Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

mara oh mara..

penangan duit mara... dalam masa seminggu je aku da tengok macam2 barang dan gadjet paling latest ada di genggaman student mestech yang dapat cek sara hidup sem lepas.. banyak tau. RM4200! bayangkan pada sape yang tak pernah seumur hidup pegang duit lebih dari RM1000 tup2 dapat sedebak betul RM4200.. dasat sungguh perasaannya. waktu menunggu cek yang macam segan2 je nak kunjung tiba, semua da panas punggung. hari2 dok menonggeng kat kaunter finance sebab nak tau status "cek saya da sampai ke belum?".. sampaikan orang yang menguruskan bahagian pinjaman mara tu naik lemas dan terasa nak siram je budak2 yang asyik bertanya tu dengan minyak panas. Manusia bernama k.shima tu plak, time2 tu la nak nikah kawen. so tekanan sangat2. sume orang tertekan sebab ade peringkat2 untuk dapatkan cek. ada batch pertama yang dah dapat cek lepas final exam sem lepas, dorang da raya katak mengabiskan duit tu. orang batch brikutnya mestila tertanya2 bilalah turn dorang pulak nak merasa jadi 'OKB' plak. macam benda dah diangan2kan. lepas puas menunggu dan dah bertangki2 makian dan umpatan dikumpulkan, akhirnya impian tercapai.. CEK MARA SUDA MARI!!! nampak lah wajah2 ceria dan senyuman makin lebar sebab barang yang diimpikan macam dah sebelah tangan dalam jangkauan. betul telahan aku bila cek dah didepositkan dan cek dah ditunaikan, sepantas kilat malah lebih pantas dari kelajuan cahaya, mereka-mereka ini melunaskan hajat yang dipendam agak sekian lama.. ye, handset baru dalam genggaman, laptop baru diusung ke sana sini, pakaian baru dah menguliti badan, kasut baru mula menapak, gadjet2 lain yang tak penah nampak sebelum ni da mula bergayutan di sana sini. mungkin ada yang lebih advance, kenderaan baru! eh aku tak terlibat yea... tu bukan hasil duit mara.. tu kerana ehsan dan kasih sayang serta galakkan dari parents aku yang sangat aku cintai... so aku bukan tergolong dalam mempunyai barang serba baru hasil dari cek mara...
macamana penerimaan dan persepsi aku pada perkara ni? hahahaha.. aku dah ada pengalaman la. aku penah rasa macamana dorang rasa sekarang. menjadi shoplifter yang sangat dasat. baru dapat rm3riban je tapi macam2 aku beli. serik dowh! so bila kali kedua ni aku dapat, pada aku xde barang yang baru. cuma menaiktarafkan barang. ye aku da ade kesayangan baru dan aku perlu duit untuk maintenace dia. savvy hensem aku tu perlu dititik beratkan, phantom black the 2nd lover aku tu pon perlukan perhatian aku, aku masih perlukan 2 pasang kasut untuk melengkapkan keperluan. bukan untuk 'action' tapi aku ni kasar dan lasak orangnye, jadinya aku perlukan 2 pasang kasut untuk mengelakkan lusuh dengan cepat... keperluan kan?
belum pon sempat bulan kedua berganjak, ramai yang dah mengeluh sebab duit semakin susut tapi badan makin naik. hahahaha.. (aku la tu). bukan badan je tapi belanja untuk barang baru tu memang dasat. bila da beli handset dasat2, kena la beli kit kelengkapannya sekali kan? maklumlah, gadjet aje da bape harga korang beli. menganga aku dengar bile harga handset sama harga dengan maintenace tayar kete. korang biau betul?!! hehe.. takpe la, dah memang korang nak kan benda alah tu? puaskan hati masing2 tapi jangan menyesal. tak mengapalah, hak masing2.. asalkan korang ade reserve untuk sem depan dan bayar yuran, udah la..
mak n abah~ terima kasih sebab dah jadi MARA untuk kiteorang sebelum MARA bagi pinjaman pulak. aku dah dapat lappy, aku dah dapat blueberry yang aku idamkan, paling ultimate~ Savvy! aku tak perlukan swift, myvi, BLM or satria neo. Savvy cinta pandang pertama aku dan mendapat restu mak selepas aku pilih. semuanya sebelum dapat cek mara.. alhamdulillah, aku tak perlukan gadjet baru dah. tinggal aku nak belanja untuk life dan kelengkapan harian.. yang penting makan~ mak abah pesan makan biar cukup! jangan kerana barang lain, aku kebulur....

mara oh mara~ kerana kau orang tersenyum, kerana kau ada yang menangis....

Monday, January 24, 2011

macam harammmm!!!!

Tak tau nak cakap macam mane dah. Terasa nak mengalah tapi bila dinilai semula, apa salah aku??? Aku tak nampak kat mana silap aku sampai macam ni sekali penangan yang aku dapat. Rasanya setakat sorang dua tu aje yang mencari pasal dengan aku tapi sekarang ni bilangan tu da meningkat. Tak boleh langsung ke orang nak berkawan dengan aku sampai macam tu sekali bahana yang aku kena tanggung? Aku tak kisah langsung sebenarnye tapi aku kesian pada orang yang terkena tempias tu. Dorang tak salah tapi kenapa libatkan sekali?? Macam ni ke mentaliti orang melayu.
"kalau aku jatuh, aku nak kau ikut skali aku jatuh. jangan berangan nak hidup senang kalau aku susah!"
Apa jenis manusia macam ni. Betul-betul menjatuhkan maruah dan nama melayu. Tak boleh ke guna semangat kekitaan tu dari spec Islam? Islam itu bersaudara.. tak ada batasan umur untuk bersaudara. Cuma kena beringat dan jaga batasan gender dan aurat. Yang tu paling utama. Pada korang, salah kalau orang berkawan dengan orang yang pernah buat dosa dengan kau tapi kau bebas berkawan laki pompuan macam adik beradik@ laki bini, takpe pulak?
Agaknye tercapai la hajat dan kemahuan kau nak tengok aku "kesunyian takde kawan".. kau jumpa semua orang dan cerita semua propaganda pasal aku dan boleh dikatakan berjaya menghasut semua supaya dengar cerita dongeng kau. Syabas kawan.. Tapi ingat, aku memang xde kawan ramai macam kau tapi aku ada saudara jauh lebih memahami dan mengembirakan berbanding korang. Ikhlas berkawan dan bersaudara tanpa ada kompromi. Kau? kau da siasat dan kenal orang-orang yang ada disekitar kau? Aku dah biasa berdikari tapi aku tak nampak tu pada kau. Jangan heret orang lain susah sama-sama kau sebab dengkikan aku boleh membawa sedikit kesenangan pada orang.
Grow up!
Perangai macam katak bawak tempurung dan tak boleh berfikiran matang tu boleh bawak padah pada korang so hati2 la...

macam haremmm!

Thursday, January 20, 2011

hepi thaipusam besday bro..

bila otak prank da memainkan peranan, tak kira la cinta dan kasih sayang.. semuanya diperjudikan!
hahahahahaha....
mia~ akak suka idea mia mempermainkan perasaan farid ismat! walaupun hati sendiri da mula berbelah bahagi tapi semangat 'prankerz' yang menebal tu mampu membuatkan mia jadi 'hati kering'! salute la sis...
idea dan story board da ada dan jalan cerita pun da menarik tapi mia kena gilapkan lagi ending untuk setiap story board supaya ada klimaks dan kesinambungannya. 
and the end, farid ismat terkena jua... hahaha.
gigihnya mia bangun awal selepas semalaman meniup belon demi awak, so jangan la awak hangin satu badan dengan dia. tu la antara perkara yang romantik yang perlu awak kenang sampai bila2 sebab kalau ikut idea akak, awak da lame menonggeng2 frust! hahahaha..*semuanya kerana akk jauh lagi otai dalam bidang prank ni.. 
nasib awak baik sebab mia yang organize idea ni.. sweet kan???
farid ismat~hepi 21th besday.. jadilah orang yang terbaik dikalangan yang terbaik demi kebaikan bersama dan jadikan hubungan korang sesuatu yang terbaik dalam hidup. wish u guys all the best. doa akak sentiasa dengan korang.
mia~ same to you sis.. akak tak pernah menipu bila akak cakap akak sayang korang semua. terasa legasi prankerz da mula diturunkan pada korang. ingat motto kita: live ur life and no tacing! terasa nak tacing, kita buang organ.. kalau tak jadi jugak~ FIND UR LIFE!!! 

sal n ijan~ thanx for being part of it. same2 berjalan mencari kek dan kedai bunga. tu la semangat yang perlu ada dikalangan kita. thanx jugak sebab bangun awal dan bergembira kat taman tasik cempaka dan jugak bermain badminton. ketagih kan?

yana~ takkan boleh terkecuali dari sebarang aktiviti kat 503+3 ni. setiap apa yang berlaku, nama yana tetap terpateri ditempat yang sama. 

Tuesday, January 18, 2011

hidup saya seakan kembali..

badminton~
tu sebabnya aku berkata "hidup saya seakan kembali"..
semester ni aku macam berjumpa semula aku yang dulu.
keseronokkan membawa raket kesayangan dan menghayun bulu tangkis, betul-betul buat aku hidup semula.
walaupun ade kekangan kecederaan tapi rasenye boleh diatasi.
diam2 suda....
lebih hepi bila dapat bermain dengan kawan-kawan dan adik-adik.
tak terasa langsung penatnya.
peluh tu yang aku cari walaupun stamina tak seberapa. maklumlah, dah lama sangat tak bermain secara serius.
banyak lagi skill yang perlu digilap semula.
dalam bermain, seronok jugak dapat berkongsi tips n ilmu..
biar la semester ni jadi semester sihat untuk aku.
jadinya..
jom korang kite main badminton?!

Thursday, January 13, 2011

bersambung semula pulak dah....

seperti yang dijangka.. kisah tempohari sudah berubah statusnya...
bersambung semula daaaa......
ayuh la kite ikuti kisah ini lagi lain kali...

Tuesday, January 11, 2011

penyakit yang sengaja dicari~

haaaa... yok!! tak tauuu.....
gile terkejut bile aku dengar citer yang terbaru pasal 'sahabat' aku yang sorang ni...
oii minah! pe aje la yang ko da buat ni???
Biar betul ko sampai takut sendiri disebabkan perangai playgirl ko tu?
Sampai nak nyorok2 kat bilik orang len plak dah..
helo miss, kalo berani buat berani tanggung la..
sebenarnya aku lagi keliru dengan perangai n sape ko sebenarnye.
tapi aku bukan jenis yang nak siasat latar belakang orang sebab aku bukan busy body dan xkan jadi busy body sebusy bodynye ko pada aku dulu...
aku xpenah amek peduli sape pakwe ko, bekas pakwe or sape pon dengan ko yang aku anggap selagi bukan laki ko.. sumpah aku tak pedulik!
tapi skang aku naik muak dengar citer pasal ko.
macam2 nama jantan aku dah dengar dan dikaitkan dengan ko.. *konon2nya la
kirenya ko la seorang gadis yang sangat laku, lebih laku dari emas 999..
tapi kan.. nape xde citer yang best pon yang aku dengar pasal ko?
dengan orang tu.. ko cakap "walaupun dia kaya, tapi dia xhensem! tok seh aku!!"
pastu tetiba aku dengar ko da bertunang.. aik? bile plak?? tapi aku xamek port pon.. lantak ko la.
aku ingatkan kisahnye ko ngan tunang tersayang ko sumenye best2 la.. tp yang aku dengar sume asik berbalah je hari2.. ape cer?
kemudian kisah di kem.. hah? da ade org baru? astaghfirullalazim.. semudah tu?
aku keliru!
dalam tempoh ni, tak masuk pon minggu kedua belajar, aku dengar plak citer len.. ko dengan sengajanya BREAK dgn mamat tu??? W.T.F??!! *sori la salwanis.. akak bukan tak sengaja nak mencarut tapi akk memang sengaja!
should i laugh now? no! aku simpati dgn mamat tu.. walaupun aku xknal ko mat tapi aku simpati sebab ko pon terkena mat.. ko sampai demam2 apsal? yang tu aku terasa kelakar sebab aku demam kerana terlalu penat tapi ko demam sebab kena tinggal terkulat2 dengan pompuan tu? grow up derr...
pe yang ko dah janji dan pe dia dah bagi smpai camtu skali penerimaan ko? demam? kenal pon xsampai sebulan tapi da boleh demam? aku lagi teruk tau.. 8 tahun! 8 tahun berakhir macam tu je.. rilek je?!
dan ko pompuan~ ko ingat ko bagus sangat ke nak buat orang macam tu?
lepas macam2 benda orang tu da bagi kat ko, macam tu je ko break off? haduiii.... senangnye!
tapi kali ni ko macam da tersilap langkah kan? ko silap orang nak break off sesuka hati kan? nampak sangat ko mudah memperlekehkan orang tapi mamat yang ko perlekehkan kali ni xdatang sendiri tau.. penah dengar istilah 'brother's' tak? haaa... ko usik dia, kawan2 dia plak yang kejar ko...
aku dengar ko da kena warning kan? tu sebab ko mintak tolong kat ramai orang skang kan? siap nak nyorok lagi.. tu la, siasat la dulu latar belakang orang tu sbelum ko nak attach ngan dia. da xpasal2 je~
well my fren.. berani buat, berani tanggung la ye..
bak kata kawan kite.. jangan sampai jadi headline muka depan berita surat khabar dah la.
skang ni macam2 kes da jadi.. so hati2 la. aku bukan nak amek berat sangat pasal ko tapi aku malu gak la kalo name ko jadi tajuk akhbar...
aku doakan ko xde pe2 dan mamat tu berlembut hati dan lepaskan ko. aku kesiankan famili ko yang semangat hantar ko ke sini untuk dapatkan ilmu n dimeterai atas segulung ijazah tapi ko bagi kat dorg dozen2 cerita yang xbest dengar pasal jantan dan dimeterai samada berbuktikan secara DNA @ headline paper.
nauzubillah! mintak jauh..

tu lah penyakit yang sengaja dicari~ best of luck pal

2nd day of sem 2

KECOH!
Pagi2 lagi da berlaku kekecohan.. Pasal kelas yang dianjakkan waktunya dr petang bawak ke pagi dan akhirnya menimbulkan suasana yang berteraburan. Bila da gabung 2 kelas, memang la kelas jadi pack maka terjadilah adegan pinjam meminjam kerusi dari kelas sebelah.. Tengah2 sibuk dengan acara pindah memindah tup2 madam ajak pindah ke kelas sebelah pulak! adessssss..... pindah sekali lagi~ Tapi takde keluhan dari aku sebab aku anggap tu aktiviti sampingan je.. syok jugak awal2 pagi buat kecoh. hahahaha.... Hari ni kelas masih lagi suam2 kuku sebab kelas abeh awal disebabkan batal jugak kelas kedua... nak kata Yes pon xbleh sebab bila kelas awal2 da batal, mesti kelas ganti tu nanti terbawak2 ke akhir sem...

lepas abeh kelas terus merayau kua cari makan. bukan main jauhnye mencari makan sampai ke bandar baru bangi! hahahaha.. betul la cakap mak, aku xkan berubah! bila kaki da pijak pedal.. aku akan pejam mata dan biarkan tangan n kaki yang bawak kete tu untuk aku *pejam mata hati. kalo pejam mata betul2 satgi jadi 'sawi masak sos tiram' si savvy aku.. hahaha.. nauzubillah! mintak jauh la.. jgn la jadi pe2 kat kekasih aku yang kontot tu.. sayang dia! akibat me'raban' jauh sangat, aku hampir terlepas peluang nak mendaftar ko-ku 1st aid.. mujo la adik kesayangan aku dalam batch bachelor dengan rela hatinya mendaftarkan nama aku.. thanks sis! i owe u one..

Dan seawal kul 1 aku dah ada kat hostel.. lepak2 kat dewan sampai kul 3 dengan dik yana n dik yah. banyak jugak la benda dibincangkan. ermmm.... nape kali ni aku tak se'excited' dulu bile diberitahu kelas batal? skang aku da mula rasa kerugian bila kelas batal.. umm~ dah nak berubah ke aku???

well, ni je la xtvt untuk 2nd day.. harap esok xde la citer boring dah..

Monday, January 10, 2011

demam~

bagi tepukan sket kat diri sendiri... haaa.. elok sangat la tu. Asal nak mula kelas je terus datang macam2 penyakit. Potong stim btul la.. Orang nak la memulakan hari baru dengan suasana yang ceria dan kesihatan yang tip top, ni tidak... skali dia bagi 40degrees terus.. memang tertiarap la aku..

sampai2 je kat umah, takde tempat lain yang aku kejar melainkan bilik aku. Dah tak tertahan rasa sakit kepala dan sakit seluruh sendi. No! jangan la terkena demam urat lagi.. seksa beb! Makin lame aku rasa makin menjadi2 seram sejuk dan seluruh badan sakit. Malam tu terpaksa la ke klinik sebab sume orang da cakap aku macam udang kena bakar. so kat klinik berabeh la lebih kurang rm70 demi nak mendapatkan ubat yang terbaik untuk aku..*mak memang manjakan sket bile anak dia xsihat. Tapi kesan dari ubat klinik untuk meredakan kesakitan aku, agak slow.. bile aku demam, aku mudah merengek2.. (hanya orang yang penah jaga aku tau betapa geramnye tengok aku bile aku demam.. hihi).. agaknye tahap rengekan aku da mencapai 'annoying' yang amat2, maka mak pon menghangkut aku ke hospital dan terus ditahan di day care wad~ masuk iv drip, push ubat dan turunkan suhu.. senang je cara mak aku! lepas 12 jam di situ, baru la aku balik dan rehat kat umah.. walaupun ting tong lagi tapi aku tetap bersemangat nak balik sebab nak tengok AJL25..

mak suh rehat dan tido awal sebab pagi ni aku nak bertolak balik ke bangi kul 3pagi, tapi aku da puas tido siang jadinya takde masalah la kot nak bangun. Aku sangat hepi sebab Anna Raffali juara AJL25. Sebab lagu 'tolong ingatkan aku' tu lagu favorite aku dan mia! hehe.. Aku masuk tido dalam keadaan puas dan berjaya bangun jam 2 pagi untuk mandi dan bersiap2. tepat pada masanya, jam 3 pagi aku dan jae pon bertolak balik.. Magisnya, aku berjaya sampai di UIA tepat jam 5pagi! mak aihh.... 2jam je aku lenjan dari lipis ke KL? hahaha.... kalo siang, da tentu2 aku kena perambat ngan 'kuda putih'. Kemudian tepat jam 6pagi aku sampai depan bilik 506.. Seperti dah diduga, dorg mesti sakan lagi tido.. Xpe la, xde pe nak dikejar sebab bilik ni ade kenderaan sendiri. 

1st kelas awal2 da batal dan menyebabkan hari ni cuma ada satu kelas. oke la tu! aku pon xsihat sangat.. sume orang perasan.. dan skang aku atas katil. pe cite? xde cite pe2 la.. juz nak berborak ngan mr.bloggie pastu nak rehat. ubat xmakan lg. tunggu petang nanti je.. 

hari pertama berjalan lancar.. let's proceed to 2nd day shall we? gud luck everybody...

Friday, January 7, 2011

Tahun baru dan semuanya baru~

Salam 2011 dan semester 2....

Tup-tup da 2011 pun.. cepat jugak masa berlalu. Lagu tup-tup bile da masuk semester 2 pon pengajian. Aishhh!! Macam tak percaya tapi muka da sakit sebab kena tampar dengan tangan sendiri demi menyedarkan yang aku da melangkah masuk ke tahun baru! alemak dah nak tua aku rupanya... naaa~ umur hanya angka.. lek luuuu~ hahahaha

so semalam da siap la pendaftaran kemasukan ke semester 2. Segalanya buat sendiri.. xde lagi dah mak dan abah nak berangkut sana sini menghantar aku mendaftar. dah besar sangat dah... pandai2 la nak berdikari. alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ade sikit kekalutan pasal asrama. Ah, xpela xdapat bilik asal. sekali ade lagi orang UKM daaaa... ingatkan da pindah. Kekecewaan tu terasa gak sebab hajat tak tercapai nak temankan mia menatap gamba 'ex-boyfie' dia yang tertampal kat loker lame.. hahahah.. nasib la sape2 yang tertatap gamba tu. hajat ko terlaksana gak mia.. hihi..

Walaupun kehilangan bilik kesayangan 503, tapi still dpt takhta floor 5 bila diberikan bilik 506.. Tambah '3' je lagi dari 503.. boleh la tu dari xde... hihi.

Aktiviti angkut mengangkut barang pon bermula. Malas nak susun2 lagi sebab ade lagi barang dari stor yang xbawak naik. lek luu.... lagipon xcukup korum lagi. Mia dan yana balik smula. so juz tinggal aku dan ijan. kemas mana perlu la dulu. Paling seronok bila 'allen key' da beli. Pe lagi jadi pomen la aku bila dok ngupas skru dr katil baru semata2 nak susun bawak ke bilik sebelah. Perghhh... sem ni, dengan selambanya kiteorang jadi 'decor' dan men'decor'kan bilik. Bilik yg besar jd sarang dan bilik yg kecik jadi wardrobe dan bilik semayang! sweet kan??? pada kiteorang tu da cukup kemas n sesuai. Jadinya xdela almari yang terpaksa letak kat ruang tamu.. yang bestnya bilik 506 & 508 mempunyai decor yang sama. same2 puas hasil kerjasama yang jitu.

Jadinya malam ni malam pertama kiteorang mencuba hasil nukilan terbabit. Ermmmm.... nampaknye sume memang leh tido dan xde masalah. bagus! harap2 titik permulaan ni tak menimbulkan masalah sampai ke akhir semester. Hari ni dimulakan dengan pelbagai emosi tapi aku paling suka kemesraan n gelak ketawa yang tak putus2 dan aku tak nak sume tu hilang. korang.. kite cuba menjaga antara 1 sama lain ye... ingat pada rules n regulation yang kite bentuk sem lepas? walaupun da bertukar bilik tapi rules tetap sama! kekalkan tu sume....

kesimpulannya.. Tahun baru, semester baru, attitude baru dan rules yang lama.. Let the fun year begin~