Powered By Blogger

Friday, February 25, 2011

silence is wise..

24/2/2011... tercatat lah satu sejarah baru. Semuanya berkenaan DENDAM dan HASAD.
Pagi2 lagi seisi rumah dikejutkan dengan perasaan cuak sebab pintu tak boleh bukak. Eh? Rosak ke tombol? maka walau dalam keadaan mamai, minda da pon mula boleh berfungsi.
"Ada orang kunci ke selak pintu kat luar ni?"
 Mujur la dengan bantuan jiran, selak tu dapat dibuka.. wah3! ada yang suda mula 'bermain' rupanya... sangat budak2 dan kebodohan terserlah. Memang la marah tapi bila difikir semula, nape la nak marah dengan budak "autisme". da memang sah2 dorang terperangkap dalam dunia keseronokan buat benda2 bodoh.. nak buat camne kan? so gelak je la yang boleh kiteorang buat. Pahala tau melayan budak2 dan orang yang terencat. Pada kami, hari tetap cerah macam biasa dan kehadiran kami ke kampus masih lagi dalam keadaan dingin tanpa perlu berasak2 dalam kenderaan awam yang sebesar sebuku roti gergasi tu kan? So ada apa2 keperluan tak untuk kami melenting tak tentu pasal. Kalau pon terpaksa memecahkan pintu dan kami terpaksa bayar kerugian, kami tetap ada alasan. Tapi mungkin takkan sampai menerajang dan menyakitkan diri sendiri kot.. Paling2 kuat pon kami mintak tolong kawan atau pihak KIAM sendiri tolong bukakkan pintu. Kan tu tindakan orang berakal.. :P

Tambah lagi dengan cerita baru.. cerita yang tak patut berlaku memandangkan perjanjian dah dibuat dari semester lepas lagi. Tapi betul la, bila dah ada darah dan dasar kenegerian itu, kami tak patut mempercayai mereka dari awal lagi. PENGKHIANAT! betul telahan salah seorang anggota kami yang mengatakan dia mengalami "kejutan".. bukan aku tak kesian dengan dia tapi aku biarkan dia meresapi dan menikmati setiap kejutan yang dia dapat tu. Dengan harapan dia boleh sebati dan hidup lebih teratur dan tenang.. Tapi, tindakan aku membiarkan dia hanyut ternyata merosakkan dia n kami. dari selembut2 budak, sekarang sudah pandai memberontak dan sikap respek dia da hilang langsung.. Dari pengamatan kami, dia sudahpon dihasut!
BAGUS!!
Dengan kebodohan sendiri mencari penyakit, dia gagal mengesan kebarangkalian yang dia bakal hadapi selepas ni. Sikap biadap dan memperlihatkan kurangnya bersyukur dengan apa yang dia perolehi selama ni, mungkin akan merugikan diri sendiri. Ikut kamu la asal kamu bahagia. Aku sebagai yang paling dewasa pon da mula terasa menyampah dengan sikap baru kamu.
Sis, kami tak pernah membuang kamu tapi kamu yang cuba membuang diri sendiri dari kami. Nampaknya kamu da bersedia sangat untuk dunia baru dan kami menyokong. Jangan sampai kami merangkak balik pada kami lepas kamu tahu sape kawan n sape lawan.. GUD LUCK!

Remain silence and calm is wiser than out loud but nothing and empty!

Tuesday, February 22, 2011

maafkan saya....

buat sekian kalinya aku mengecewakan hati orang-orang yang menyayangi dan mengambil berat tentang aku. ketidakadilan yang aku tunjukkan mungkin mencalarkan hati mereka. aku tak niat pon nak melarikan diri tapi aku tak mahu memeningkan kepala mereka disaat mereka bergelut dengan persediaan untuk menghadapi ujian esok hari. biarlah aku mengundurkan diri dan merawat diri sendiri dari terpaksa menyekat mereka dari terus belajar.. jangan bimbang sebab keadaan ni hanya untuk sementara..

maafkan saya...
terima kasih atas kasih sayang.. insyaallah semuanya akan selesai. kite kembali ceria dan gembira..

Sunday, February 20, 2011

seksa macam ni....

tak faham aku.. dah masuk 2 minggu atau mungkin lebih, dan aku masih macam ni.. virus apa yang menyerang sistem badan aku sampai seluruh tenaga aku macam dah kering. Penat menghantui aku dan terasa sangat menganggu tugasan harian. Alamak! jangan la sakit yang lama datang semula?! tak larat aku nak tanggung dan cukup menyusahkan semua orang kalau benda tu berulang lagi... Aku suka bila bertenaga dan lincah mengacau semua orang. Tak nak la asyik terbaring, mengeluh dan menahan kesakitan aje.. Tu bukan aku! Kesian kat semua orang yang nanti terpaksa melayan kerenah aku. NOPE! aku kena elak benda ni sebelum diaorang terkena bahana menjaga aku. Biar la aku tanggung sendiri dan teruskan tersenyum macam biasa. Alaaa... small the matter kan? Bila terasa dah tak larat, berundur seketika dan bagi masa untuk sembuh semula. Macam la tak biasa aku buat sebelum ni... ahaks! korang semua, akak akan sentiasa jadi akak.. janji! no more hurt and sick..
tapi.. memang sangat seksa macam ni.. hurmmmmm.. wat to do? hadapi la dengan tenang dan percaya..

Monday, February 14, 2011

masalah takkan pernah selesai...

betul tak tajuk kat atas tu? masalah takkan pernah selesai.. ye la, macamana nak selesai kalau tray IN da melimpah ruah tapi tray OUT, suku pon xkurang?! tak mampu rasanya otak nak mentafsir, memahami dan mencari jalan penyelesaian sekaligus menyelesaikan puzzle masalah tu kalau kat 'cache memori', line up masalah lain da mula menimbun... walaupun Allah cipta manusia ni dengan selengkap2nya otak yang berselirat dengan urat saraf yang makin susah nak sebut namanya tapi kalau lebih banyak otak yang tersangat la suka menambah masalah setiap hari dan dimanakah jalan penyelesaiannya? aishhhhhh... serabut! duhai manusia, tak mahukah kamu hidup di bumi ini dengan aman damai? tak sukakah kamu mengirup udara yang segar tanpa ada rasa hasad dan kebencian? hina sangat kah manusia yang lain sehingga ada yang boleh meletakkan taraf dan kasta?
saya mahukan keamanan... plez~ 

Saturday, February 5, 2011

bila saya memandu...

yup! bila yani menjejakkan kakinya ke pedal...
tak kiralah bape penat pon badan, aku tetap akan memandu kalau tu yang aku nak..
demi nak melepaskan rindu pada dorang, penat tu aku letak ketepi. memang menjadi kepuasan menjejakkan kaki ke rumah dorang. Hilang segala penat bila yang menyambut aku kat pintu tu, budak yang paling aku sayang, eisya. rindunya kat dia... eisya da makin pandai. macam tu jugak hanah.. tersenyum je bila aku bagi salam dan tegur dia. Ju cakap, biasanya hanah bila tak kenal orang, dia menangis jugak tapi dengan aku dia boleh je tersenyum.. alhamdulillah! dorang sume kenal aku lagi. eisya dengan perangai manjanya terus nak bermanja-manja dan berdukung dengan aku. hanah pon same..
seharian aku mengabiskan masa dengan dorang. memang la tak cukup masa tapi insyaallah aku datang lagi nanti. korang tunggu je lah eh..
rindu kat korang sangat2..