Powered By Blogger

Monday, May 23, 2011

do i care? like i care....

cemuih la aku mcm ni... penat! lantak la orang nak kata pe pun. ikut suka la nak luahkan pe pon. yang aku tau.. lepas aku trace semula kejadian demi kejadian.. xde kena mengena ngan aku langsung! buat penat je aku jadi blues lepas baca blog hamba Allah tu. pada aku sendiri punya kesilapan tapi orang lain kna tanggung dosanya. dat's it.. im done!
to blogger who may concern... cuba ingat semula pe yang dah berlaku. hati sape yang terguris waktu tu? dan kenapa skarang baru awak nampak? yang pastinya rel ketapi xkan terpesong sndiri kalau bukan ada yang menrik tuil pesongan atau ada yang mengawalnya dari jauh. betul kan? mungkin pemandu ketapi tu dah terlalu jemu nak ikut trek yang sama setiap hari dan akhirnya ada jurutera yang bina trek lain untuk elak lalu kat trek lama. mungkin pemandu ketapi tu da sedia nak cuba trek baru dan dia rasa sangat selesa dgn perjalanan trek baru. semuanya ada kemungkinan kan? tak adil la nampak kepincangan tu sekarang dan terlupa punca dan titik pemulaan macamana terjadinya semua hal ni. kaji semula ok?
pada aku, hak ingin menyayangi, ingin memanjakan, ingin menjaga seseorang tu adalah individu. so aku berhak nak buat apa aku suka pada sape aku nak. maafkan aku kalau ada yang terasa 'hak'nya dirampas.. this is one of the beautiful sin...~
buat awak, dun wori.. this is not battle or contest of winning something.. its juz a challenge..
i love u..
i love u more..
i love u more than more..
i love u infinity..
i love u till the end..
eternally in my heart..

p/s: fight me that..

Sunday, May 22, 2011

i knew it...

wow! tekaan yang tepat.... pelikkan? tak sampai 5 minit aku post entry tadi, tup2 2nd entry da masuk.. aku sengaja merayau membaca blog orang tadi. macam mengacau2 tangan dalam balang cabutan bertuah, maka ada la blog bertuah yang aku terbaca, blogger tu aku knal la sangat2. skrol pnye skrol, aku terjupa satu entry yang sangat menarik.. i mean 'sangat menarik'.. sebab pe tau? ada perkataan 'akak'.. eh, pasal aku la tu. bila aku baca, berdesup darah naik ke kepala.. Ya Allah, aku dah mengguris hati blogger ini rupanya! ntah bape kali terkedu dah aku hari ni... aku boleh diistilahkan 'perampas'... aku da rampas kebahagiaan dia selama ni. aku terpaksa tengok perselisihan demi perselisihan antara dorang disebabkan hal itu, tapi lepas baca luahan dia, point besar dan sebenarnya kenapa dia buat macam tu adalah sebab kehadiran orang bernama 'akak' tu.. i swear i really dun know.. =(

dear beloved sis blogger, saya mintak maaf sangat2. saya tak tau saya la puncanya ada retak pada hubungan korang berdua. i wish i can do something to repair the damage that i've done. im so sori... 
teruknya aku~

7th day without...~

hrmmmm..... da seminggu pon dok kat umah. sepatutnya hari ni aku da dekat bangi tapi ketentuan Tuhan mengubah segala perancangan. so ade kat sini lagi la gayenye... teringat semula hari yang aku dapat tahu pasal perubahan tarikh utk training tu.. terasa2 lagi kekecewaan memuncak dan sekaligus trigger smula kemarahan aku masa sukan bulan lepas.. pasal tunda game badminton. aku ledak dan lepaskan kemarahan aku pada orang yang tak sepatutnya sekaligus menyinggung sangat2 perasaan dia. macam tu la bile aku emo. aku susah nak marah orang tapi bile semangat aku dicantas, da tak dapat bendung rasa nak mengamuk tu. hasilnya aku 'tebas' semua orang yang ada disekeliling aku. tu la bila nafsu amarah menguasai akal. kekecewaan yang berlaku baru2 ni semuanya kerana terlalu mnaruh harapan tinggi nak balik bangi dan berjumpa dia. terlalu rindu macam empang nak pecah daa.. memang la aku bengang bile dengar citer bangang macam tu. nak meletup rasanya dada. tak pasal je aku mengamuk padahal bukan dia yang uruskan semua tu. padan la muka aku bila orang da merajuk. sendiri yang seksa... 

hari ni aku jadi pendiam.. banyak elemen buat aku jadi mcm ni. mud yang xbape elok disebabkan kecewa dan sedih. i really want to go back to bangi. makin hari aku terasa makin banyak aku menyakitkan hati semua terutamanya dia. aku tak dapat halang benda nak jadi tiba2.. contohnya seseorang yang datang semula mencari aku. pelik gile! aku tau dia xsuka kalau dia dapat tau hal ni. so aku cerita la kat dia. i knew it! memang dia tak suka... tengok, sekali lagi aku lukakan hati dia... aduii, teruknya aku!

kalau ikutkan da xsanggup aku menunggu utk 4 hari lagi tapi kerana nasihat dia, "sabar la.." dan aku ajar hati suh bersabar. tapi kalau hal macam semalam jadi lagi, aku memang tak sanggup nak tunggu dah. aku angkut sume brg dan trus pecut balik dan bersemuka. i mean what i said! 

7th day without... it's disaster~

Saturday, May 21, 2011

6th day without..... & hepi besday jae!

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan wahai Jae.. Allah selamatkan kamu... dasat ko ye cik jae. jenuh aku nelepon, haram kamu angkat. takkan la tido lagi?? grrrrr... 
xsempat aku nak nyumpah, tetibe ade org call.. haaa.. idop pon ko~ lepas nyanyikan lagu hepi besday baru la jae gitau dia dalam court squasy td.. woooo!! atlit squasy la plak dah. memang ade baka atlit belake adik badik aku ni. aku sebenarnya agak terkilan sebab sepatutnya aku da balik sana hari ni tapi dek berlaku rombakan besar2an, terpaksa la aku tunda.. kesian jae. ingatkan dapat la selebret ngan dia. mujo la jae xkisah. minggu depan plak ye jae... aku knal adik badik aku. kalo nak celeb bday, kek2 ni xmain la.. layan stimboat trus. mane lagi kalo bukan johny's kan... (tempat 'famili' bak kate jae..). insyaAllah jae, nnt kite g melantak kat sane. kau tunggu je la. aku suke dengar wish bday dia.. dia nak raket squasy. terbaek la jae.. kite mmg famili raket2. jangan bimbang, aku da sampaikan hajat kau, nanti ade la sebungkus raket squasy datang. nasihat aku, main je selagi daya.. nnt aku datang temankan kau main. hepi besday sis.. even aku hala ke Kl gak rini, tapi aku tak sempat nak singgah sana. just sampai genting sempah je. pastu patah balik. ape punye meeting la ka genting sempah kn?


petang tadi, dengan sengaja aku suh mak n yana bawak adam g jalan2 ke batu10.aku kat umah we. saje je suh bawak adam tu. lagipon da lame benor aku tak ke sane. adam tu lagi la... last sampai umah we pon mase raye taon lepas. nak dijadikan cerita dan rezeki, tak pasal je aku leh terjumpa dengan pak anjang pekan. tu diaaa... satu famili mai. dorang dari KL sebab antar zarith masuk UITM. nape aku cakap rezeki? dapat la aku jupe ahli famili baru p.anjang. sape lagi kalo bukan cucu sulung p.anjang yang baru berumo 56 hari.. alahai comeynye nur aisyah bt daniel faiz. kecik aje aku tengok (xlame besar la.. kn?). petang ni pon kali pertama aku jupe anak2 kecik p.anjang (wife ke2), adam dan iman. hihi.. gathering '2 adam' tadi. suka tengok iman yang sangat murah senyuman. tak macam adam, asyik nak kerut kening je. garang sangat la tu konon, ceh! lepas umah we, ajak la ramai2 ke umah m.andak lak. bukan jauh pon. jalan kaki pon sampai. hahaha... macam nak jalan jauh je aku kan? sume umah mak sedara aku jalan rini. (meby betoi nak g jauh kot.. hihi)


seronok gak aktiviti hari ni. penuh dengan jalan2.. name pon aku suka drive. jupe ngan sume orang (hampir sume), buat aku lagi hepi. so ni la kisah 6th day without...~ untuk jae, hepi besday. nnt ko dapat la pe ko hajatkan. buat awak.. saya rindu awak sangat2. impian nak berjumpa esok (sepatutnya) lebur tapi saya sabar tunggu sampai jumaat akan datang. kite same2 sabar ye... miz u a lot!




 

Friday, May 20, 2011

4th & 5th day without...

larhh... x update blog ye kelmarin? pbnde yang aku buat smpai xsempat nak jenguk mr.blog ni? ermmm... lupe lah. so kna update utk 2 hari trus la ni. dalam 2 hari ni, event yang besar2 xde la. juz meneruskan percutian dengan melayan kerenah BF yang sorang tu. haaa... mmg ada satu benda aneh berlaku kelmarin. orang yang memang aku tak terfikir dan terlalu lama da lost kontek, tup2 anta msg kat aku cakap rindu gile. siap mengimbau kenangan lama dan buat aku buntu. dia kata akhirnya terluah jugak benda yang da lame dia pendam dan mencari2 aku dimana. dia xamek masa lama nak kontek aku semula dan sampaikan rasa ati yang terjeruk tu. sumpa aku terpinga2 dan ~'drop my jaw'.. tak dapat aku nak ceritakan kat sni sebab... ishh mmang tak boleh la! kontroversi!!! dia da buat aku jadi 'ayam berak kapur' rini.. pagi2 lagi da msg. bila aku terdiam, terus tnya kredit da hbeh ke? dia nak topupkan. siyes dia ni??? ah sudah la dah.... dari cerita dia, sptutnya dia da settle down sbb da ade family tapi dia cakap dia xleh lupakan aku since peristiwa tu... gosh! cuak jugak aku... tapi aku xnak melatah. aku kan profesional.. so kna belagak profesional walaupun berpeluh atas bawah. ingat tu, BE PROFESIONAL!
* tapi untung gak, tak pasal2 je aku dapat topap free 2x hari ni.. teehee~

Dalam pening2 lalat mengenangkan sesuatu yang terjadi tiba2, hati aku sentap dengan berita baru aku dapat. berita PENUNDAAN TARIKH LATIHAN KSSU.. Ya Allah, terasa terhempap satu blok bape tan atas badan. lemah selemah2nya aku. tak tau nak disamakan dengan apa lagi menunjukkan betapa hancurnya hati aku. why last minit?!! semangat yang berkobar2 seumpama api tu terpadam macam kena serkup ngan baldi besi.. harapan aku nak melepaskan rindu dan berjumpa dia ahad ni, punah... daym! tak semena2 je aku jadi moody. adam tu aku biarkan aje sbb terlalu bengang. macam biasa, bila aku da marah, mesti ada yang tersinggung secara tak langsung. awak... saya xmarah awak. saya kecewa dengan apa yg berlaku je.. agaknye dia pun kecik ati dengan sikap lepas mulut aku. akibatnya aku sendiri yang seksa. ~padan muke!
hurmm... xde ape aku boleh buat melainkan bersabar. yup! thanx awak sebab nasihatkan saya. juz tambah bape hari je lagi kan? kite jupe jugak nnt...

4th & 5th day without... i'm dead! tak sanggup nak menambah hari tapi tu la hakikatnya. what to do? sabar lah hati~

Wednesday, May 18, 2011

3rd day without...~

hari untuk ke kuantan! hehe.... 'galak' sangat nampaknye.. macam la tak pernah g kuantan (padahal tempat PU & BO je kan kuantan tu?? hahaha..)
hari ni nak hantar adik balik asrama sekaligus angkut la barang dia skali. kan da nak cuti nanti. sambil2 tu leh la bawak BF kesayangan aku g jenjalan. buat sekian kalinya kiteorang 'kidnap' anak orang ni dan bawak berjalan.. (jeles habeh umi dia.. naseb larr.. haha). lg jelas kedengkiannye bila asyik anta sms n bertanyakan hal anak kesayangan dia tu. meragam ke tak.. tido ke tak.. menyusu ke tak.. jawapannye: adam juz fine. siap berjoget2 bile dengar lagu. gelak2 je dan tido lepas menyusu. xde wat hal pon... alaa, adam jln2 ngan atuk, wan dan acik dani dia. da tentu la dia xmeragam. kan dari baby lagi dua orang tu la yang melayan dia. da tentu2 tau cara nak handle cucu kesayangan ni. lek luu umi.. (hihi.. sebenarnye ko nak ikut kan?.. hihi, keje la umi oii. sudah2 la bercuti semata nak berjalan2)
lepas siap amek barang iwan, kiteorang gerak la ke tempat faveret aku.. TC! hulamak aihhh... santek siyot pemandangan TC waktu tengah minggu. biru je air laut. mujo la mak nak melayan kehendak aku nak ke sini. semayang kat surau TC lagi mudah! tu la alasan aku.. hihi. turun je dari kete terus terasa angin.. wow! sumpah aku suke.. aku rasa ni kali pertama adam ke sini. secara realiti la. sebelum ni dia tumpang umi dia je mandi laut. tu sebab aku cakap, dia pernah dengar bunyi ombak ni, dan hari ni dia merasai, tengok dan dengar sendiri bunyi ombak. yup, dia suke! thats my boy.. (aku rasa xde lagi manusia yang xsuka dengan pantai.. jenis mereng ade la kot.. haha)
mase main2 ngan adam, teringat lak kenangan aku ngan bebudak tu kat sni. dari jauh datang semata nak rasa mandi laut kuantan. mia ngan short purplenye, sal n bulat dok asyik la bergambar sana sini, dan.. ermmm... ade la sorang lagi tu. syok ooo bile teringat semula. siyes gigih nak datang ke sini. dan aku da kotakan janji aku kat dorang, ok la tu kan? hari ni plak, aku ajar adam jejakkan kaki ke pasir pantai. ye adam.. ni la pasir pantai. main la puas2.. acik bagi kebebasan. (nanti mandi la smula..) suke tengok dia meramas pasir. aku pon mulekan la rakaman pendek. tengah sedap2 merakam, tup2 kelam kabut iwan menerpa.. aku ingatkan kenape, rupenye adam da siram pale sendiri ngan pasir... hahaha... terbaek la!!! maklum la.. 1st time bagi main pasir real... xdpt mandi laut, mandi pasir la dulu. cepat2 kiteorang clearkan adam. bukan pe.. kan wan bising!
lepas puas main, aku bawak la adam mandi. dia da lapar dan hari pon da petang. kena balik la jawabnye.. masuk je kete, dapat 'diq' dia, terus la nyonyot sampai ttdo. senang kan? hantar iwan balik hostel dan kiteorang pon gerak la balik lipis... sampai umah sebelum maghrib td. da agak da.. umi adam jeles! nak2 bile tengok adam pakai baju yang wan beli kat TC td.. wahahahaha... sabo la umi, nnt korg bawak la adam pegi lagi. bawak mandi lak tau..

well, seronok ajar adam satu pengalaman baru. aku suka laut, air terjun dan sungai dan aku nak dia pon ada minat yang sama. kite kan outdoor person. hari ni termaktub la, adam adalah member club TC acik dani.. hihi

3rd day without her... saya harap satu hari nanti awak akan datang sini bersama saya. cipta kenangan di sini jugak macam dorang semua. saya bawak awak merasai ape yang saya rasa dulu.. awak tunggu ye? how's my 3rd day? yet still missing her a lot....

2nd day without.....~

xde benda sangat nak update untuk hari ni. pagi2 lagi da dimulakan dengan gelak2. mak pulak yang buat pengumuman guna healer kuning yang keramat tu untuk panggil semua makan sarapan. hahaha! membungkas gak la aku bangun. hari ni mula terasa sunyi sebab sejak aku balik, aku xberjumpa lagi BF kesayangan aku. dorang xbalik lagi memandangkan hari ni pon cuti wesak. petang la alamatnye aku dapat jumpe dia. lepas sarapan, mak pon bergegas2 masak gulai ayam kampung (yang sembelih semalam tu la..). siap je masak, terus ajak g raub. kemane lagi kalo bukan ke TF. Even badan trasa xbrape sedap, aku tetap kna ikut. sape lagi nak jadi kawan mak kalo bukan aku kan... macam biasa, beli dan belah la barang kperluan. still kna rush balik sebab abah ada kelas petang ni. da macam ambulans.. rush sane, rush sini..mujo la memang tough. rileks je muke even terasa amat penat. selepas lunch, aktiviti berehat pon berlangsung... xde adam ni, dapat la berehat sket. kalo dia ade, rasenye mau mengamuk aku... hihi. dengar citernye dia da makin lasak, so memang dapat bayangkan betapa hilang sabarnye kalo aku nak rehat tapi xdapat.. so guna la peluang yang ada ni sebaiknya!
petangnya, seperti yang dijanjikan, ajeh memanggil sebab salon da nak dibuka. yep! potong rambut lagi... rambut utk sukan la katekan. xde la aku nak rimas2 so kasi potong perabeh la bai... hihi, aku memang suke style ajeh potong, selesa sangat.. (sori la kengkorang sumer... xdapat lagi nak mengotakan janji xnak potong rambut tu.. len taon la eh?!) dengan bayaran yang 'berpatutan', maka ajeh akan sehabeh baik menjalankan tugasnya. hehe.. encem n comel! tu je la komen yang aku leh bagi.. hahaha...(lantak la.. pe salahnye puji dri sndiri)
lepas ptong rambut, basuh kete la plak. ajeh ni sanggup buat ape je kalo dibayar. betul la kan? tenaga orang tu perlu kita hargai.. so aku xpenah kisah bagi dia upah. dia buat keje ape...~
sebelum maghrib, baru la nampak bayang BF balik.. welcome home adam.. acik rindu sangat kat kamu. haah la.. dia da makin besar. encem! makin bijak nampaknye.. laju je mulut dok nyebut name. bukak ke pntu kete dan terus dukung dia. wow! sudah ade berat badan.. walaupun nampak susut tapi rasenye xsusut timbangan. maklum la.. dalam proses nak berjalan da kan.. kna la ade shape sket body tu.. kelakarnya adam ni, dia suke buat mimik muka. tangan plak dok asyik menunjuk sane sni je.. sape tah yang ajar. seronok jugak menghabehkan masa dengan BF yang sorg ni. memandangkan dia xtido siang sangat, maka cepat la dia mengantuk. sampai berguling2 nak menyampaikan hasrat dia penat dan ngantuk. xpe la adam, esok kite main lagi ye? esok kite berjalan2 ke kuantan tau.. juz us! tinggal la umi dan abi awak ye.. hihi...
malam ni nak tido awal sket sebab esok nak jln agak jauh. so kna rehat cukup2...

2nd day without u baby.. ermmmmm.. trasa alone walau dikelilingi ramai orang.. miz u so much dear. miz the others too...

Tuesday, May 17, 2011

1st day without....

hari ni boleh diklasifikasikan hari 'kekalahan' aku... bukti stamina da merudum tu semakin ketara. pagi2 lagi da kna wat macam2. keje umah tu memang la standard bile balik umah ni tapi yang buat aku xbape paham, mesti ke stiap kali aku balik, upacara sembelih ayam tu berlangsung?? eeiimok! benda yang paling malas aku nak setelkan, proses ayam la... leceh larrrhhh! kalo seko leh la jugak aku terima, ni kang sampai berekor2! nak buat ape la banyak2, bukan ade orang kat umah pon. sumpah malas nak proses tapi nak wat cemane, kang kecik ati lak orang yang beriye2 nak menyembelih. nasib baik la mak xnak menggulai lagi hari ni, kalo tak memang meragam la aku sepanjang hari.
menghadap ayam je da buat aku berpinar2.. bukan pe, jenuh berperang ngan nyamuk dan 'sojar' kecik golongan yang kena sembelih tu la.. xpaham aku ayam kecik tu.. tak nampak ke aku proses ape? AYAM la.. yang dorang dok kerumun nak cagut2 jugak tu apsal? da macam karnivor aku tengok dorang. pedal bangsa sendiri pon dorang nak kidnap.. bengong punye 'budak ayam'.. xsedor diri betul!
selesai proses ayam, aku da start rase best.. toilet time! cam bese la.. pastu mak plak ajak g servis kete. yup! 2 bijik skali gus nak servis. ni betul2 tunggu aku balik nampak gayenye.. cuaca agak panas jadinya aku macam da dapat agak pe yang akan berlaku. totally dehydrated! lebih xtahan bile mak ajak merayau2 sementara tunggu kereta siap. condition yang sedia xbape elok, jadi smkin buruk.. aku terfikir nak balik je dah..
sampai umah, terasa dah xmampu nak buat pe2 tapi keje xselesai lagi. kena masak utk tghri dulu. gagahkan jugak sampai siap. macam ade timing bom, trus je ke toilet lepas tu. that's it! i had enough.. memang kna masuk 'sarang' jugak la akhirnya. aku amek termometer adam dan check suhu.. 40 drjh celcius? rosak ke alat ni? pakai digital dah.. OMG! mencanak kot suhu?! cool fever xde so gna tradisional je la.. i realy nid rest.. mujo dapat rest sbb mak abah kua.. masing2 ade kelas. dapat la jugak bape jam tido. cukup la kot.. (cukop ke?) dapat sket tenaga dah la kan? bukan nak watpe dah malam ni. layan borak ngan mak dan sume orang je...
dats it.. tu je la utk hari ni.. 1st day without her. not fun isn't it? i miz her so much....

Monday, May 16, 2011

1st nite without..... :(

xnak ckap banyak...
since aku tinggalkan dia di KL sentral, aku xmampu nak bercakap ape2. untungnya aku sebab aku sorang je drive. xde sape nak tegur aku kot aku mengesat air mata banyak kali pon. tapi ruginya aku sebab aku terpaksa menahan sakit kat rahang sebab... menahan air mata dr tumpah. ironik kan? pe kena mengena rahang ngan air mata? ah! da memang cenggitu aku rase.. tak reti la plak nak citer secara saintifiknya.. x macho kan aku? alaa... dalam ganas ade gak pinknye.. bese la tu. da la perit berpisah ngan black crew jr. pon xhabeh lg, tup2 terpaksa lak berpisah ngan.. adushhhh!!!!
awak.. malam ni saya terpaksa tido tanpa awak.. saya rindukan segalanya... :(

adakah saya gembira malam ini?

meriah!
siyes meriah acara makan malam yang berlangsung tadi. sampai sekarang terasa nak senyum je. Alhamdulillah, legasi jamuan kecil2an sekeluarga yang kiteorang da terapkan sejak semester lepas, akhirnya berjaya aku bawak ke semester ni. Dan yang paling best, ada pertambahan ahli keluarga baru yang sememangnya menambahkan riuh kat umah aku ni, hik3.. my habibi la tu.. (sayang awak tau..!~iklan sekejap)
dari tengahari sampai ke petang aku keluar ngan dia. perancangan awalnye xde la smpai mcm tu tapi nak buat macamana kan, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menetapkan setiap satu kejadian.. makanya banyak la sessi lencongan berlaku.. hahahaha! biasala tu kan... alang2 da kelua. ape salahnya penuhkan setiap masa yang ada dengan aktiviti yang separa berfaedah tu.. :p (yang pastinya kan... saya hepi dgn habibi sy!)
Lepas selesai aktiviti awalan tadi makan kami beransur la ke pusat membeli belah.. nak shopping barang dapor sket. (hehe.. da mcm mak bapak plak..)
kali ni berbeza sket berbanding semester lepas sebab merata aku merayau nak cari barang keperluan. da panjang kaki la katekan... tak cantik ayam kat sini, merayau cari ayam kat tempat len.. (alasan je tuh.. kih3)
sesudah membeli belah, balik je kiam terus la ke dapor dan kononnye memasak (padahal da lewat sebenarnya).. nampak je simple tapi disebabkan dapornye tersangat la 'besar', maka amek mase la sket.. uniknye kali ni, resepi simple famili ni aku perturunkan pd new member of my famili.. what an awesome experience.. senang berurusan ngan bakal pemilik bisnes famili ni, xyah bnyk arahan, dia tau pe dia buat. pendek ceritanya, dari awal smpai akhir, memang hasil tangan dia lah! terbaek la bby... im proud of u.. 
so upacara makan2 malam tu dan sekaligus menyempurnakan hasrat seseorang (sal), berlangsung dalam serba sederhana tapi meriah.. terharu beb! aku sukekan suasana gembira macam tu. sangat FAMILI! dalam keriuhan tu ade gak rase sebak kat hati.. sebak bukan sebab sedih tapi terlalu gembira. bile aku pandang sorang2 yang ada, aku dapat rasa bertuahnya aku disitu, yup! aku tak bersorangan... dorang semua ada untuk aku... thnx guyz!!!
aku anggap, tu la majlis perpisahan dan penutup untuk semester ni.. kelainan tu pasti ada pada setiap semester.. Gud luck guys. aku doakan yang terbaik utk kite semua.. sehingga berjumpa lg semester depan.. pasti ada nai planta lagi.. dun wori!

mia, bulat, sal & yah~ terima kasih atas segalanya.. akk xpernah berkecik ati dan sentiasa hepi dengan korang semua..
sal, teruskan la membebel kat akk sebab akk suka dan akk tau sal buat gtu sebab care.  i love u so much sis!
mia & bulat~ tahniah atas kejayaan sukan.. akk bangga n tersangat menunggu untuk kite berlatih bersame lagi. this time akk nak mia beat bulat lak... sayang korang sesangat!
yah~ teruskan la bersama kami.. jangan jauhkan diri dr kami sbb kami sayangkan kamu juga...
baby LR~ terus jadi side kick sy ye? sy xkisah awk suapkan gel gamat tu stiap hari.. terima ksih sudi berkongsi n mengajar sy.. sy sygkan awak sblm ni, skrg, esok dan selamanya.. thnx bby!

Thursday, May 5, 2011

miracle six letter...

FRIEND~
Six letter that bring the whole new world...

I may not be your best friend,
but i surely know that i always try to be the best i could be..

I may not seems to care enough,
but i can feel u within my heart..

I may be so cheap that the most expensive gift i save for you
is simply being a friend!

I may not talk that much to you,
but you'll find me waiting
every minute just to listen
to every piece your heart saying!

All my wandering years had,
led me to you and being your friend
which are changing the face of my world...

From the birth to the death, in my life,
i often ask myself where i might go
to make real friend..
but they are not the people
I must travel to find!

They are the people I take with

Because real friend are
Those who can make me believe 
They live in my heart and remains deep inside...

 ~NLR, MJ, LM, SA & KSS.. will u guys with me forever? will you hold my hand, calming me, watching me, laughing, sad, and share the passion and pain with me forever?
 


 

Wednesday, May 4, 2011

that's it...

bak kata member2 yang lain, dua bala da lepas kelmarin. ye la, fasa pertama da berakhir, tinggal 2 fasa lagi.. nampak semua orang lega.. nak tumpang lega jugak la. tapi aku tau, aku xmampu nak buat macam orang lain.. ape2pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada sifu aku sebab dalam saat akhir dia masih nak mengajar dan mentatih aku untuk faham subjek yang sah2 bukan 'jalur' aku.. sekurang2 dia mampu buat aku paham tapi pe kan daya.. thnx baby. u've tried ur best and i really appreciate it. plez dun stop to teach me.. saya tau awak mmg boleh buat. keep it up..
bukan nak mengalah tapi rasenye mmg kna klua smula motto "xpe, kite kayuh pelan2.." da mmg jadi rentak dan adat aku, aku xboleh bersaing dengan korang semua, so memang terpaksa drop gear untuk bergerak.. utk korang semua, wish u all the best.
mia, bulat, sal dan yah~ akk doakan segala yang terbaik utk korg. teruskan legasi 3 pointer dan make it bigger than before... u guyz can do it
baby ~saya sayangkan awak sesangat. kejayaan awak, kebanggaan saya.. awak jangan kayuh pelan2 macam saya.. awak da boleh pecut. its ok, saya pasti mengejar... terima kasih atas segalanya.
my family~ keep praying for me..

that's it... hidup mati ni atas nama kasih sayang dan cinta...

Kerana kasih Allah, aku masih bernafas dan ada di sini dan masih bergelar muslim..
Kerana Syafaat Rasul Allah, aku masih bernaung di bawah ISLAM
Kerana kasih sayang Mak dan Abah, aku kembali mencari ilmu,
Kerana sokongan dan ikatan, adik beradik tetap ada bersama aku..
Kerana gembira dan sayangkan korang~ mia, sal, bulat dan yah~ akk xpernah terfikir nak tinggalkan korang..
dan kerana sayangkan awak LR, saya akan tetap di sini dan fight. trust me