Powered By Blogger

Saturday, July 30, 2011

percaya padaku..

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Friday, July 29, 2011

mungkin.... aku tak selayaknya untuk itu~

Alhamdulillah dah hampir seminggu sesi semester baru ni dah pun bermula. Adat la minggu pertama, kelas pon celup2 lagi tapi aku tak nafikan bz sungguh aku sampai nak menjenguk mr.blog ni pon tak sempat. (kot sempat pon, saje je xnak singgah sebab xckup masalah lg.. kan mr.blog kannnn... hehe)
Hepinya bila da masuk asrama semula.. dapat jumpa semua adik2 aku ~the black crew~ 2 bulan aku tunggu dorang. walaupun banyak masalah dari awal (pasal bilik la..) tapi akhirnya kami bersama lagi. Yup! legasi floor 5 tetap diteruskan. walaupun suasana bilik baru ni "kidal" tapi kami tetap suke...
Dari segi hubungan, kami tetap "sister's" mcm dulu. Gurau2 kasar tu la makanan kami. baru live ur life.... tapi kan, terbit la sikit sedih kat hati ni.. dalam ramai2 kami gembira tu, ada la hati yang muram n suram.. dan kesuraman tu hanya dengan aku. Baguslah dengan aku je.. sekurang2nya orang lain tak terlibat. aku mencari2 kat mana silap aku tapi ye lah, aku tak sehandal mana nak mengorek walaupun sedikit sebnyak ilmu memjuk tu aku ada. Lebih menyakitkan, suasana suram antara aku dan dia berterusan hingga hari ni. Hanya inbox menjadi medium perbincangan dan bicara kami. walau aku pujuk, dia tetap menepis dan mengelak. aku nak sangat dia yang dulu tapi bila la agaknye boleh dapat... apepun aku tetap hepi tengok dia enjoy dengan orang lain.. sekurang2nya aku tumpang senyuman tu.. memadai la kot.
Dan sekarang tambah 1 lagi kes.. ntah la kes ayang aku malas nak sebut sebab menyakitkan hati sendiri. Hak orang tapi aku nak berkira. Dah puas aku pujuk hati dan akal aku ni, "hak orang, kamu jangan sentuh!".. tapi degil sungguh pale rabak ni. betul la aku hanya pandai bercakap tapi xpandai nak praktikkan. konsep toleransi dan tolak ansur tu aku gagal tunjukkan. sudahnya aku bawak diri semata2 nak tenangkan hati tapi berakhir dengan perang dingin. haishhh!!!!!!! nape la plak aku yang nak merajuk padahal itu hak dia? gile la aku niiii!!!!! kadang2 terlalu sayang, makan diri gak.. padan la muka aku.
Pe lagi aku boleh buat? kiri aku tak mampu nak cover. kanan pon aku tak larat nak kepung.. semuanya aku keciciran. camne eh?

mungkin ke??? (tajuk kat atas)

3 kata keramat itu hanya untuk kamu...

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
 Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
 Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
 
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
 Kita tidak terpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan 
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga 
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar 
Pejamkan matamu
Lihat lah di hati 
Semua kasih terhimpun, 
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang keluar
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..i love you    

p/s :

3 kata dalam pelbagai bahasa samada dimuatkan dalam lirik ini atau tiada dalam lirik; hanyalah untuk kamu....

Friday, July 8, 2011

aishiteru~

hurmmm... hari pe ni ye? khamis da kan? wow, sekarang baru terasa cepatnya masa berlalu. tggal bape hari je lagi.. hehe! Rasa tak percaya tu still ada. ye ke ni? ahad ni da nak balik ke bangi untuk join training OC.. PAP!! haaa.. sekuat alam aku tampar dinding. adusss... memang sakit. maksudnya aku memang berpijak atas bumi yang nyata la. Masa dapat berita tu, aku macam lost. ha? tu je reaksi yang aku leh bagi. Last minit kot~ bercampur2 perasaan aku. gembira+terkejut+serba salah+blurr. Gembira sebab kesakitan aku akan diakhirkan lebih awal dari yang sepatutnya. terkejut sebab layak ke aku join. serba salah sebab kehadiran aku sebagai orang awam sahaja mungkin menjejaskan reputasi yang mencadangkan nama aku. blurr sebab.. memang blurr la! Tapi peratusan kegembiraan melebihi segala2nya dan semua perasaan lain aku tolak ke tepi. 'kesah pulak' bak kata amor aku. jadinya, aku dengan semangatnye akan bertraining bersama dorang. aku anggap ni la peluang baik dan tak salah aku rebut dan laksanakan. (macam la aku xpenah buat dulu.. hik3). terima kasih atas kepercayaan dan peluang diberikan..

tapi hari ni kekecewaan sedikit terasa sebab dengan xsemena2 benda alah tu menyerang lagi. sedaya upaya aku jaga sebab tggal bape hari je lagi tapi nak jugak dia datang. ahhhh... kesah plak. macam x biasa high temperature tiba2 kan? cool fever kan ada. insyaallah sumenye reda nanti. cool fever? huwaaaa.. rindunya! bila sebut pasal cool fever ni, memang xboleh lupa dan dia sangat related pada benda alah ni. kerana nak pastikan aku xkena shock sbb badan panas tiba2, dia sanggup bangun tengah malam mengelap dan menampal cool fever di merata tempat kat badan aku. paling aku tak sangka, dia sanggup keluar lewat malam nak beli asam jawa. katanya ikut petua orang.. sungguh la aku da susahkan dia. aku betul2 hargai pengorbanan dia. bukan aku yang boleh membalasnya, hanya Allah boleh!

aku akan pastikan aku xmenghampakan dia utk bersama2 ke kem training OC. janji! kekuatan tu datang dari semangat yang dia penah bagi pada aku. insyaallah aku akan ada bersama..awak, tunggu tau. nanti kite camping same2... semuanya kerana pe awak tau?

私はあなた永遠に愛して....

Thursday, July 7, 2011

ada lagi eh kisah cenggini?

bz.. bz.. bz.. and bz (eleh ye la sangat.. haha).
mengalahkan pak menteri kesibukkan aku neh. tapi 'memey' pon aku bz. tuu... dak adam tu la. da dapat kaki n mulut ni, huwarrghhhhhhhh... penat la jadi balaci bos kecik nih! tapi mujo la sayang kat dia tu lebih lagi. kalo tak, da lame aku sangkut kat pokok.. kussssss semangat!
dalam kesibukkan pon aku cuba luangkan masa ke hospital. ade edara eksiden plak dah. kena lepak spital la dia dek kecederaan yang agak parah tu. atas dasar kekeluargaan, tiap2 petang la aku bawak adam melawat sedara kami tu. hihi.. teringat lak zaman aku terdampar kat spital ni. eksiden la jugak.. tapi aku dok wad sebelah. so mmg mengimbau kenangan jugak la bile tgok org eksiden dgn kaki msuk besi arial tv, gantung tgn, leher da mcm bionik. ngeee~
aku kesian tengok sedara aku ni.. dalam sakit mcm tu, hal keluarga xreda jugak. dia mmg ada selisih sket ngan bapak dorang. dalam ramai2 adik badik, dia ni mmg bapak asyik marah je. katanya berpunca dari hubungan yang tak direstu. keras ati bapak dia membawa ke perselisihan yang tak sudah2. akibatnya, anak terkedang kat wad camtu, bapak pon berat2 je nak datang melawat. tak macam abah aku, baru je nak nyuap nasik ke mulut, tup2 dapat brita aku kat ER, terus melompat2 datang. syukurnya ada abah n mak macam ni. Simpati jugak nengokkan nasib dia.. sabar je la~
nak dijadikan cerita dan rezeki aku, satu petang tu aku datang melawat.. aku terserempak la dengan BF dia yang memang da ada melawat. oo.. ni la bf dia. ermmmm.... agak berasas jugak menimbulkan kemarahan bapak dia, sebab jarak dan beza umo yang sangat ketara. tapi kalo da jodoh, nak wat cemane kan? dek risau n takut berlakunya pertembungan antara bapak n bf tu, si adik berusaha sedaya upaya cover line. tapi pintu lain yang dorang cover, dari pintu laen si bapak muncul.. GULP! 
Yup.. perkara yang tak diinginkan sudah pon berlaku. hilang segala adab dan perasaan malu bila nampak orang yang dia xsuka@benci. halamakkkk... da macam drama lak jadinya. si bapak bermati-matian menyumpah seranah. si bf dah pon mengalah dan nak berundur diri tapi ntahape yang rasuk si bapak sampai nak cari pasal gak kat situ. hadoiii... sumpah aku terasa setebal dinding da muka. memang la aku xde kena mengena tapi aku kesian kot kat yang tengah sakit tu! luar dalam sakit bile nengokkan kerenah bapak macam tu. tempat awam pon nak tunjuk keras pale. bapak.. bapak..
aku simpati tapi sah2 xboleh nak tolong pe2. emosi terganggu bile jadi macam tu. terkedu aku.. sabar la, da memang nasib nak kena macam tu. kita da berusaha tapi Allah dorongkan jugak utk berlakunya kejadian tu. ada hikmah disebaliknnya, jadinya bawak bersabar dan bertenang je. tu je la yang mampu aku cakap.. :(

bersyukurnya aku ada mak abah yang sangat sporting dan penyayang. aku xbleh nak mintak lebih da.. ni la makbapak terbaek yang penah aku ada dan xakan ada yang laen. aku tertanya2 jugak.. susah sangat ke nak tengok anak bahagia? kalau da tu jodoh dia, ape salahnya restukan aje. pandai la dia nak idup lepas tu. sekurang2 bapak da leh lepaskan dosa anak utk orang laen yang bergelak suami dia utk menanggung. tak kesian kat anak ke? hurrmmmm.. tak sangka, ada lagi kisah macam ni...

Friday, July 1, 2011

aku tak sedia lagi~

adam.. adam..~
buat kerenah macam ni la yang acik xlarat n tak berkenan. haish!!
dari mane la dia belajar menjerit2 dan membentak bile xdapat ape dia nak? ni la akibat bila xnak dengar cakap n nasihat orang. anak tu tak salah tapi cara mak bapak dia berfikir tu yang buat aku menyampah. nape la slow sangat? kenape susah sangat nak terima pandangan orang lain yang ada sedikit pengalaman walaupun muda dr korang? bukan tak tau aku penah tinggal same dengan orang yang ade life hampir sama mcm korang jugak. tapi dia ok je. boleh je idup. tengok ape da jadi skang? sudahnya anak korang xnak dengan orang laen dan lebih melemahkan, ank korang kurang sosial skill. susa la ini mcm...

tu la aku cakap, aku tabik pada orang yang nak kawen n kawen. betapa kagumnya aku sebab pada pendapat aku, dorang da cukup bersedia nak menempuh alam baru. alam yang segalanya tentang diri kita n pasangan serta zuriat yang akan datang. kalau aku, aku nakkan segalanya lengkap dan da ada persediaan rapi. bak kata mak, sebagai pompuan/ bakal isteri/ isteri.. before get married, kite mesti ada sekurang2nya 50% harta dari diri kita sendiri. bile da kawen, lagi separuh tu datangnya tentu2 dari husband. buat bekalan awal so in case kalau jodoh xpanjang, kita da bersedia. i want the best 4 family, myself n kids.. yap! aku penah bincangkan hal ni dengan seseorang dulu. mujur la ada yang memahami kehendak aku yang agak demand ni.

tapi melihatkan cara dorang ni.. hurmmm... aku memang tak sedia lagi...