Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

akhirnya.. hari dinanti-nantikan tiba jua~

14 November 2011;

Akhirnya hari 'ini' tiba jugak. Kebanyakkan orang terutamanya yang bekerja pasti agak bermuram (pada yang suka bermuram laa..) sebab dikatakan 'monday blues'. Tapi pada yang bergelar calon SPM 2011 dan calon final exam di mestech, maka xde maknenya nak ngada2 sangat nak ber'monday'2 blues... HARI NI KORANG DA START EXAM BUDAK2 SEKALIANNNNNN!!! bukan masanya dah nak tertonggeng2 bangun lambat (pd candidate mestech) dan bukan masanya dah nak bertuisyen2 (pada candidate SPM). Hari ni la korang nak bukak semua empang ilmu yang pernah kita dapat dan belajar sepanjang satu semester/ tahun demi nak hadap exam ni dan curahkan la segala yang ada. (empang ke aku ada? mcm kolah plastik adam je aku rasa... hik3) Good Luck la semua.. All the best and may the best men and mind win...

Subjek microbe menjadi pembuka tirai final exam kali ni.. yerp mcm bese, tanpa rasa gugup sangat tapi xde la yakin mcm model plak aku melangkah masuk. dengan diiringi Bismillah, aku melangkah dan menyedut sedalam2nya udara exam dalam bilik LH1 tu. hurrmmm.... rase bese la jugak.. (haishh dasat btul aku ni.. buat la muke cuak sket kot ye pon..~). masuk memang sengaja dilewatkan maka dok tercangak2 la mencari tempat duduk yang bertuah tu. tup2 memang tuah pun.. haaa amek kau, dok la depan sekali mengadap dinding! hahahaha... da sampai nak tercium dinding dah aku rasa. however, no sweat pal... aku anggap tu la pembukaan yang tebaik aku dapat. dinding yang jarang disentuh tu akhirnya dapat gak merasa belaian aku sekejap2 sementara mencari idea.. (at least mai gak seketoi dua... alhamdulillah)

macamana aku berjalan masuk, macam tu la aku melangkah keluar.. still xde rasa gugup malah kelaparan la plak. pada aku, hari ni hari yang tenang dan lancar sebab satu paper da berlalu dan harapan nak makan ikan kembong bakar+kicap lada da pon tercapai.. ALHAMDULILLAH! jadinya apa lagi yang aku nak rungutkan? Allah da dorong segalanya mudah tanpa ada halangan untuk aku hari ni.. xde sebab aku nak bermuram durja.. jadinya leh la senyum je kan???

1 down 4 to go.. InsyaAllah kite semua boleh buat. macam bese, dah usaha kita doa dan tawakkal je la. tu la bezanya kita sebagai muslim berbanding agama lain. Allah masih bantu hingga saat2 terakhir sebelum kite melangkah ke dewan exam. janji doa, tu je.. jangan la sombong sangat sampai xperlukan pertolongan Allah. kot study smpai habeh ke kulit belakang buku skalipon, dari 4.0 flat yang kite target, Allah boleh tunggingkan jadi 0.4 tau dek keangkuhan kita. ingat tu... aku memang sentiasa beringat tentang ni dan sudi nak berkongsi saling memperingati..

korang semua yang aku sayangi:

awak sayang~ Good luck dear.. saya tau xperlu dipertikaikan lagi dalam usaha awak mengejar target awak. awak da buat yang termampu dan terdaya dan segala boleh dibuktikan di sini, disaat final ni. Make this semester, ur semester! terima kasih atas segala bantuan yang tak pernah susut dari awak. terima kasih sebab sudi mengheret saya sekali dalam pecutan terakhir awak ke garis penamat semester ni. terima kasih sebab tak meninggalkan saya walaupun kasut saya dah tercabut sebelah. TERIMA KASIH SAYANG! penat lelah awak tak dapat saya bayar walau dengan segunung emas sekalipun. saya doakan segala yang terbaik untuk awak. all the best!!

mia, latt & sal~ Good Luck korang.. dengan segala usaha yang korang da buat, korang tak perlu rasa takut. korang pasti boleh! akk kenal setiap satu pada kelebihan korang... buktikan pada semua ok?! kalahkan mana2 geng 4.0flat tuh.... pe la sangat dorang tuhhhh... ahaks! All the best dan melangkah la dengan kalimah Allah nnt. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama korang.. lalui final kali ni dengan tenang ok? Black crew sentiasa bersatu, yearghh!

untuk aku~ yakin la pada kemampuan sendiri. walaupun xdapat nak berdiri sama tinggi di podium 3.0 pointer tu tapi berbanggalah dengan kemampuan untuk jadi pesaing dan fight untuk bersama2 nak cecah podium tu. mana la tau, kot satu hari nnt aku leh gak panjat mata tangga podium tu jugak kan.... (walaupun sekejap). terima kasih semua atas galakkan dan dorongan. terima kasih mak dan abah sebab sentiasa ada dengan aku walaupun tau aku dalam kepayahan nak mengejar bebudak lain ni haa.. terima kasih wahai adik beradik yang sentiasa menggila dengan aku. aku tau korang pon ckp gud luck gak (dlm ati pon boleyyy).. terima kasih sayang atas segala yang pernah diberikan terutamanya Kasih Sayang awak!.. terima kasih adik2 black crew sbb masih bersama disini.. terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat maju jaya kat aku...

terima kasih Allah kerana memberikan kekuatan pada aku.

Good Luck semua!  

Tuesday, November 8, 2011

Breaking news~ our house has been ransacked!!!!

haha.. macam thriller je tajuk entry kan? memang breaking news pon.. da boleh dikategorikan termasuk dalam list hari2 bersejarah dalam hidupku.. semua perkara yang berlaku tu aku anggap ujian Allah semata. ye la, da dekat ngan exam cenggini, bila berlaku pulak benda yang tak terjangka (kalo da jangka, mesti dapat elak..) kiranya semua dalam ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap perancangan, kejadian dan hikmah disebaliknya. boleh dikatakan agak memenatkan bila terpaksa berhadapan kejadian macam ni lepas penat berlawan dengan klutch dan gear sebab jem dijalanan. tu da jadi satu hal.. tup2 datang lagi satu berita yang betul2 mengundang debar dihati.
" akak, umah kite kena pecah msuk. barang2 habeh ilang.."
astagfirullahlazim..... melalui list lisan yang mia bagitau, anggaran kerugian memang menjerihkan untuk didengar. mencecah hampir RM10K! Ya Allah.... mudahnya bila Allah nak tarik sesuatu nikmat tu. dalam kita menaruh sepenuh kepercayaan pada manusia yang digelar pak guard, tapi hal macam ni masih boleh berlaku. guard pebenda macam tu?!!! baik suh scarlet dan boypren dia je yg jaga pagar. kiteorng pon nampak hari2 dua makhluk Allah tu sentiasa ada kat area pagar. daripada pak guard yang asyik ngeram telo je. da macam ayam dok dalam reban! tak pernah pon nampak dorang gi ronda2. takkan jaga post guard dan pagar je? wahhh!!! mahal la gaji korg kalo cenggitu.. 12jam dok dalam pondok dan main henset. mana kepercayaan pada profession korang kalo macam tu? hiii.. banyak betul nilai etika yang boleh dipersoalkan. kemain lagi  merantai dan kunci pagar.. yang tu handal la sangat, tapi orang masuk xleh lak nak pantau. siyott btoi! bukan sikit2 anak barang yang ilang. setakat ilang laptop tu, standard la... kat surau pon leh ilang. ni set kamera DSLR siap ngan lens macam2 habeh kna hangkut. kamera digital hak kasih hati aku pon kena rembat.. lepas tengok list kehilangan, sumpah penuh tangan yang mencurik tu.. smpai beg skolah orang pon dorang sebat. (xcukup beg la tu.... bengong!) maka berjam2 la g dok kat balai utk repot. punye la special kes sampai 2 balai kena melawat tengah2 malam. lepas BBB kena g kajang lak. sebab? pegawai penyiasat balai BBB xde. (da tido ngulit bini kot?? hihi.. maaf tuannn.. guwau je).. lepas pegawai penyiasat datang dan buat keje dorg, baru la semua dapat tido.. kesian kat latt tido dalam trauma. kiteorng paham perasaan dia.. takpe latt, akk dan sume org ada. insyaallah kite saling menjaga. tak pasal2 je jae yang takde kena mengena dengan KIAM, merasa jadi mangsa keadaan gak.. amacam sis? sonok jalan2 sampai lewat pagi? hak3..
xde nasihat lain yang boleh dikabarkan dah selain, jagalah harta benda anda sebaik2nya. kurang2kan potensi untuk menjadi mangsa dengan meningkatkan security kendiri. kita da tak boleh meletakkan harapan dan kepercayaan pada individu yang berseragam security dah. kadang2 dorang suspek utama.

latt,sabar ye.. setiap kejadian ada hikmahnya. terima qada' dan qadar tu yang terbaik. latt masih bernasib baik sebab hanya barang yang hilang tapi latt masih selamat dari diapa2kan. tu pun dah tergolong dalam lindungan Allah lagi. syukur and appreciate it.

awak sayang..i'm sory for ur lost.. walaupun awak meletakkan harga barang yang hilang tu rendah dari nilai kehilangan latt, tapi saya tumpang simpati sebab saya tau bukan nilai RM yang jadi ukuran tapi nilai estics pada hak kepunyaan tu yang tinggi. i'm sory dear.. however sayang... saya masih bersyukur bukan awak yang diusik. besar sangat syukur saya .. keselamatan awak lebih utama dari harta.

mia dan sal.. jadikan ni sempadan dan tauladan. kita bernasib baik sebab takde barang yang berharga besar macam dorang, kita hilang. walaupun sal pnye beg kna rembat tapi rasanya tu xjadi masalah sangat kan? unless ada nilai estetika jugak, then i felt sory for u too. juz take care of our belongings and ourselves. akk janji akk jaga korg selagi termampu dan kita saling menjaga. anggap la ni ujian untuk jadikan kita lebih bersedia untuk kemudian hari..

Allah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. kami berserah dan terima ketentuanMu. ampunkan kami kerana sentiasa alpa dan leka sehingga kami diuji begini. Kami khilaf ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun.. kami terima qada' dan qadarMu. tiada yang lebih berkuasa selainMu ya Allah....

Monday, November 7, 2011

keep hurting others~me

maaf!
jenuh dah rasanya perkataan ni kluar dari mulut. mulut pon da bosan nak cakap tapi nak wat cemane, otak da suh.. malas2 pon terpaksa la jugak luahkan. mesti mulut pon ngumpat otak sbb asyik nak sebut perkataan tu tapi dok ulang lagi buat benda salah.. *percuma aja! (bak kata ibuk2 indon....)
it's hard to be me.. tu la antara ID aku. memang betul pon.. aku takde la susah sangat tapi orang yang nak bersama aku tu jadi susah. keep hurting others especially the love one. im trying so much to conducted the flow but yet still have lack here and there... kadang2 terasa dah tak mampu tapi tetap je teruskan. nape eh? takkan la tegar betul kedegilan aku dek tahi lalat yang terlekat kat telinga ni? degil atau determination? ntah la.. tak reti gak nak pilih. aku ada jawapannya... love! kekuatan kasih sayang dan cinta tu la yang jadi kekuatan pada hati.. tapi nape aku asyik menyakitkan berbanding membahagiakan? damn me...
aku nak cuba la eksperimen kan perasaan sendiri. nape tak nak teruskan je plan nak jadi "slowdown" or "slow+down"? takde la susah sangat nak handle profile macam tu. superficially, this kind of profile will be the easiest person to handle. they juz listen and obey the command. senangkan? sume orang akan hepi.. perasaan dan emosi tu masih ada tapi dilimitkan pada diri sendiri je. sedih, penat, bengang dan terasa down tu tolak ketepi. ada la masa nanti nak manage perasaan tu. yang penting hati orang lain dulu kna jaga. mark my word, everybody will hepi. trust me...easy rite? yup! why not kan???? sampai masa, dapat gak hepi untuk diri sendiri.. pasti boleh rasa hujan petang yang ada pelangi tu.. tak yah la risau sangat. macam CPU, sampai masa dia nak shut down, it will automatically shut down. that time, bukan hibernate dah tapi rest panjang... so semua orang kena rest masa tu. as the person himself, take the deep breathe as much as u can.. amacam, ada bran?

p/s : tolong lah wahai hati.. sejajarla dengan akal dan fikiran. cukup2 la menyakitkan orang lain dan belajar la bekerjasama nak membahagiakan orang yang jiwa ni kata sayang tu.. help me ok guys? i'm counting on u.. plezzz

Friday, November 4, 2011

terkejut+terkedu= sedih~redha

sesuatu yang tak terjangka, menjengah ruang masa aku hari ni.. mood yang tak berapa stabil sebab banyak sangat benda nak dibuat pada 1 masa diganggu plak dengan dering enset yang aku sendiri terlupa nak silentkan... sendiri rasa nak marah sebab sape ajelah yang ngacau tengah2 orang sibuk nak buat presentation. takkan la nak gak kol dalam waktu kelas. tapi tak jadi nak marah sebab yang kol tu abah dan nada suara agak berlainan masa memberi salam.. ada yang tak kena...
" pak anjang kita dah tak ada..."
pak anjang? pak anjang mana? xkan la........ tekaan memang tepat. dari getaran suara abah mengesahkan 'perasaan lain' yang aku rasa tadi.. Pak anjang awie yang sinonim dipanggil pak anjang pekan dah kembali ke rahmatullah pagi tadi.. innalillahiwainnailihirajiun... tak semena2 aku rasa perasaan aneh menjalar.. sedih! aku terasa susah nak terima, terkilan dan berasa serba salah sangat2 sebab aku tak mampu balik dan melawat untuk kali terakhir. dari suara abah tadi, aku paham perasaan abah yang kehilangan abang dan adik dalam masa selang setahun je.. berkali2 aku mintak maaf sebab memang xsempat nak ke pekan disebabkan masih dalam jadual dan ada kelas. abah cakap xpe dan jangan susah hati. dorang dalam perjalanan nak ke pekan. aku betul2 tak tau nak buat apa dan terasa lemah sangat.. kenapa aku masih xmampu nak bersama mak anjang dan keluarga sedangkan aku dah ada kelebihan kenderaan..
maafkan saya pak anjang.. terkilan rasanya tak dapat bersama, bacakan yassin dan menyentuh pak anjang untuk kali terakhir. tak sangka pertemuan 3 bulan lepas  merupakan pertemuan terakhir kita. Ya Allah, terkilannya hati ni...
mak anjang & mak anjang siti.. sabar dan tabahkan hati. kita hanya merancang tapi Allah pemilik segala keputusan.. jodoh kita dengan pak anjang sampai setakat ni je. kami tau mak anjang kuat.. kami sentiasa ada dengan mak anjang sampai bila2..

takziah buat faiz, iqbal, zarith, adam dan iman.. redhakan lah pemergian ayahanda. memang mengejut tapi kami tau kalian cukup tabah nak menghadapi kehilangan ni. kami turut merasakan mendung dalam keluarga ni sebab pak anjang ayahanda kami juga. dah sampai masanya korang bersatu dan saling menjaga.. Faiz lah ketua keluarga sekarang.. walaupun dah berkeluarga, zarith, adam dan iman memerlukan abang long mereka untuk tunjangkan keluarga semula. iqbal, mulakan la langkah dewasa dengan berfikir kepentingan adik2 dan ma.. adam dan iman terlalu kecik nak paham ni semua. kasihankanlah dorang yang masih perlukan kasih sayang abah tapi dah terputus disaat puting masih dibibir...

kami akan sentiasa merindui kamu pak anjang.. pak anjang sentiasa hidup dihati kami..

al-fatihah