Powered By Blogger

Wednesday, December 28, 2011

piu dan podium itu~

boleh tak kalau nak tersenyum lagi? ^_______________^
haaa... lebar kan senyuman katak tu.. hik3... bukan pe, xdapat nak mengekspresikan senyuman yang real kat sini. pakai ikon jadila. nape nak senyum lebar2 gitu? hihi... gembira la punye pasal asyik je~ eh, mcm kenal je gaya cakap tunggang tebalik ni.. hehe. yup! aku still dalam mood hepi, bersyukur dan macam kurang percaya. dek disebabkan kurang pecaye tu la aku skali lagi memiangkan diri bermain dengan e-citie. kali ni dengan lebih jelas dan besar 'font'nya berbanding skrin enset je... alhamdulillah kenyataannya masih begitu dan tiada perubahan. tak payah nak cubit dan lempang pipi untuk kepastian aku tak mengigau dan itulah keputusan final aku yang lepas..ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH! podium 3.0 pointer yang aku intai2 di entry aku yang lepas, akhirnya berjaya aku jejaki. biar pun dan setinggi mane but.. i made it! besar sangat maknanya pada aku yang sekadar underdog ni. dengan keputusan macam tu sekaligus meletakkan aku dalam CGPA yang selamat berbanding sem lepas yang tergelincir sket dan da cecah RED alert. phewwww lega!

dalam keadaan terkapai2 nak memahamkan setiap satu maksud pada nota, aku bertuah sebab ada yang sudi berada di sebelah untuk ajar, pupuk, bimbing dan buat segalanya untuk aku paham pe yang aku belajar. merata tempat kiteorang jelajah semata2 nak bagi aku belajar dalam selesa dan gembira. macam2 warna dalam nota yang dipetakan khas untuk aku... thanx God, it's work for me. terharu dan kagum betul aku dengan kesabaran dia nak gilap aku yang sedia berkarat ni. budi yang tak akan dapat dibalas dengan apa jua bentuk bayaran sekalipun! result kali ni la hadiah dari aku untuk 'sifu' aku yang tersayang tu dan untuk semua ahli keluarga aku..

mungkin pada orang laen kalau setakat banyak tu je, apelah sangat nak digembirakan tapi pada aku tak! cecahnye aku pd angka tu petanda aku da hampir pulih.. aku xde la bangang sangat lepas injured tu sampai ade yang memandang rendah pada kemampuan aku nak guna otak aku smula. sebenarnya terapi yang korang guna dulu tu xbest langsung.. tu pasal la aku ngamuk masa fisio. tu baru tengok2 kertas n gamba je da sampai aku ngamuk dan sakit pale. so skang takyah fisio2 dah sebab aku da ade physiotherapist aku sendiri. insyaAllah dia boleh bantu aku. dengan kasih sayang, kesabaran dan beribu cara dia nak 'training' otak aku pelan2, aku yakin aku boleh buat. aku harapkan usaha aku dan dia berbaloi dengan adanya izin Allah..

awak LR, macam saya cakap kat atas, tak ternilai sumbangan dan bantuan yang awak hulurkan. tak mampu saya nak sain mana2 cek demi nak bayar segala penat lelah awak. boleh tak agaknye kalau saya teruskan menyayangi awak sampai bila2 pun? boleh tak saya bersama awak sampai tiada noktah sekalipun? infinity la maksud saya.. boleh tak??? awak, terima tak keputusan hasil dari ajaran awak tu sebagai hadiah? awak berjaya polish piupiu awak ni tau.. awak patut berbangga dan letak dalam resume : "antara kejayaan yang pernah dicapai - mengajar si injured otak sehingga berjaya capai target.. subjek medic tau. ingat senang ke?!" haha... terima kasih sifu! sayang dan chenta sifu saya sampai mati.

buat famili yang tersayang, terima kasih atas dorongan yang tak pernah putus, ni pun dikira hadiah dah untuk smua... sem depan aku cuba lagi, insyaAllah! ^_______________^

sekian la entry gembira+tak pecaya+tapi pecayalah+terima kasih yang tak terhingga.. akhirnya podium itu piupiu berjaya panjat. nnt kite panjat same2 ye sifu?

p/s : infinity love~ LRNH

vacation!

ahaks! lambatnye nak update blog kali ni kan? xde mase derr. nak taip2 je terus ngantuk. berblog dalam mimpi je la.. hehe. nak cite pe tadi eh? owh.. pasal vacation ke penang ritu..

my first comment : AWESOME!

memang awesome beb.. bukan setakat je penang je, percutian kali ni ibaratnya 2 in 1. perak & penang.. hahaa.. nak namakan double PE-vacation la. PErak dan PEnang! tapi khususnya di perak tu Taiping la.. hihi. doa dah dimakbulkan.. Syukur Ya Allah~

perjalanan dari pahang secara solo ke taiping yang mengambil masa hampir 6 jam la jugak tak terasa penat pon.. macam jalan2 cari makan je. hik3! tol kemunting/taiping tu jadi kemuncak segala perasaan yang terpendam sepanjang cuti ni. awak, here i come!!! terasa senyum sampai 360darjah keliling kepala lepas nampak orang yang ditunggu da sampai nak menjemput saya. assalamualaikum rindu~ phewwwww.. lepas semua beban rasanya bile dapat jupe, dengar dan bau orang yang saya rindu sangat tu. hurrmmm... ahh! haaaa... tu bunyi lega yang amat sangat la tu.

2 hari 2 malam di taiping memang seronok. merata2 gak aku dibawak berjalan. ade la satu dua tempat lagi xdapat g tapi takpe, save the best for the last la.. laen kali datang lagi kannnnnn... hihi. tempat melawat tu xde la penting sangat.. berada di sisi tu yang jadi keutamaan! terima kasih tuan rumah yang bawak saya balik kg dan jenguk2 kg awak.. nnt kte g kelah2 tau.. teringin gak nak jejak kaki ke tempat yg awak suke sangat tu.. hik3.

lepas 2 hari berseronok2 kat taiping maka perjalanan seterusnya diteruskan. yup! let the vacation for 2 begins... lebih kurang 2jam je masa di amek utk smpai ke jambatan P.Pinang. hahaha.. at last! berjaya jugak kite melalui jambatan ni secara berduet ye awak. Arahan pertama, ke komtar. dun wori beb.. pasti cecah gak komtar tu nnt, pecaya la.. haha. terbukti la kiteorng mmg terbaek sbb berjaya smpai dan siap parking lagi tau! lepas parking kat komtar, kiteorng pakat naek beca g pusing2 bdr penang smpai ke padang kota lama. sumpah macam pelancong.. kui3. eh mmg pelancong la kan? domestik pon dikira pelancong gak.. ingat omputeh je ke leh naek beca?? kesah lak haku! haha. lepak2 padang kota lama smbil tunggu boss. damn so gud kna angin laut. orang pon ramai.. mmg la sbb ahad! mcm2 kerenah manusia leh tengok. tapi kerenah ramai yang bangang tu da tentu la ada. mentang2 la laut tu luas, tong sampah kat blakang bontot pon da xnampak.. elok sngat la perangai buang2 smpah ke laut camtu. makbapak same je.. bangang! da puas lepak maen angin, kiteorg pon grak smula ke komtar. naek beca lagii... kali ni rombongan cik kiah la plak. mane muat nak naek 3 org 1 beca kan... hehe. sblm makan, smpat la naek 2st avenue sat nak beli tiket wayang utk mlm esoknye. MI-ghost protocol la beb. hahai! lepas pekena piza sedas, maka kiteorng pon balik le ke umah di lebuh gat macallum.. penat2 dan rehat2 la smbil layan merlin 4 malam tu.

1st day,

seawal pagi lagi kiteorng da bangun dan besiap.. miss jay nak training driving! hehe.. puas jugak la kiteorng menahan cuak sebab 1st time melepaskan tuan pnye kete tu drive sendiri. hahaiii.... sabar je la nak training orang ni. Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasinya. lepas hantar ke kolej, kiteorng balik berehat je.. lek luu... kiteorang tak g mane2 pon 1st ni.. lepak umah je sambil melepaskan rindu dendam dan berehat secukupnya. maklumla, malam tu nak tengok 'gambar' MI-ghost protocol lak. kan tiket da beli... yg pnting sblm layan 'gambar' malam tu, kiteorng menggila dulu kat arcade. tu diaaa.. miss jay pon tnjuk bakat maen pool! lantak la.. janji hepi. habeh tengok gambar, kiteorang balik dan melantak megi smpai kul 2 pagi. haaaa.... bagus kan? hihi.. tu smua lapo pnye pasal. lepas melantak, tido la plak...


2nd day,

so aktiviti berjalan2 bermula lepas hantar cik pensyarah, miss jay ke kolej. matlamat utama nak trained miss jay untuk drive ke tmpat keje berjalan lancar.. setel je bekpes, BUKIT BENDERA la yang kami tuju. hak3! berbekalkan route yg diberi oleh google map, misi mencari jalan ke BB diteruskan. haishhhh.... sedangkan KL tu kiteorng pegang, penang tu apelah sangat. memang jupe punyela! saya sangat beruntung sebab ada co-pilot yang sangat cekap. haaa.. aku ade lovely co-pilot, korang ada?! hahaha..

sepagi suntuk kiteorang bercengkerama kat atas BB.. sumpa da lame xmai sini.. skang xmaen la naek ketapi slow cam siput manjat bukit bendera tu, dorng da upgrade pakai LRT daaaa! hahaha... cuak habaq hang tahap lajunye train tu manjat bukit. zuuuuppppp! da sampai.. bile da laju naek, bayangkan la train meluru turun bukit... waaaaaaaaa~ xyah naek roller coster da rasenye. kat atas BB, kiteorng sewa buggycar tu naek berdua je.. ronda2 tengok pe ade atas BB tu. haha, nikmat btul berhoneymoon berdua cggini... tercapai jugak hasrat nak bercuti bersama tu. awesome!

malam tu plak pakat henjut g pesta penang.. ye la, alang2 da smpai penang pada musim pesta gini, xkan la lepas peluang nak g kan? memang ramai sungguh manusia. tapi dek sebab kiteorng datang awal, so xde la masalah sangat, nak2 tang parking tu. pengalaman mai ke pesta penang taon lepaih, mmg jadi pengajaran la..(kalah tuan umah.. hehe).. hujan mengiringi kemasukan kami ke tapak pesta.. lepas siap solat dan ujan pon da reda, sesi bermain pon bermula. maen challenger dah la.. kat tapak pesta jugak la kami berjumpa dengan tuan umah-latt! akhirnya sampai gak dia... kalo dulu, dia la pemandu pelancong tapi kali ni, kite manage sampai ke tapak tu tanpa pemandu pelancong. kire terer la kan? taon lepas dia cabar aku naik vortex, aku ni nmpak je brani tapi sbnarnye xnak pon naek benda alah vortex tu.. sah2 pening nnt. nengokkan cara menatang tu tungging terbalikkan orang, seyau la plak nak naek. hehe.... meby next time je la. lagipun xsihat sangat. lepas abehkan token ngan maen kete langgar ngan baby, kiteorng grak g cari makanan lak. huhu.. mmg lapa beb. xnak la balik umah melantak megi lagi. lepak la makan2 ngan ditemani latt dan kiteorng pon balik la lepas makan... penat ooo~ jom tido baby? hehehe...

3rd day,

hari ni kiteorang heading ke pantai batu feringghi. tak susah mane pon sebab papan tanda da nampak awal2 lagi. lepas melilau2 cari pintu masuk nak ke pantai, akhirnya kiteorng berjaya gak jejak kaki ke pasir2 pantai tu. halamakkk... kesilapan besar btul xbawak baju nak mandi. haish!!!! tapi xpe... jalan beriringan sambil maen ombak kat gigi pasir pon seronok gak. dari kejauhan, kiteorang macam ditarik2 ke tempat launching parasailing.. uhuiii mmg tersangkut dah kiteorang kat situ. disebabkan naik parasailing tu xyah basah2, maka rapid decision kiteorang buat. we're gonna fly!!! sumpah awesome terbang macam tu. hahahaha... macam tak pecaya je kiteorg mmg buat parasailing! terasa bebas je kat langit.. hihi. xnyesal la bayar utk naek bnda alah tu. thanx awak sebab sudi terbang jugak. it's fun! lepas berterbangan, kiteorng lepak2 la tgok org laen berxtvt di laut. terkilan gak sebab terlepas nak maen banana boat, donat dan jetski tapi dun wori, kiteorang pasti akan kembali dan melantak cukup2 watersport kat sini.. we will come again rite bby? batu feringghi ditinggalkan dengan penuh kepuasan dan janji akan kembali smula dengan penuh nekad..

trip ke feringghi membuatkan kaseh hati saya kepenatan dan xbape sihat.. kesian dia. lepas makan, kaseh hati kna rehat. so ptg tu sorang2 je la saya g jemput jae balik dari keje. disebabkan si dia xbape sihat dan memang malas nak kua, so malam tu kiteorg dinner bersama2 sambil tengok tv. layan mam ncik ngan lele penyet. sambal dia mmg syok! malam tu kiteorang juz lepak umah dan berehat.

4th day (last day)

hari ni hari last da kiteorang bercuti di penang.. masa untuk bersiap2 nak balik dah. malam tu kiteorang naek tren plak. kutip segala pengalaman yang ada beb! jae pon siap amek mc separuh hari lak tu. habeh sume jadi xsihat. lepas melepak makan kek kat secret recipe, kiteorang pon balik umah dan besiap nak balik. lepas maghrib, kiteorang pon naek teksi ke jeti. nak naek tren kna la naek feri ke seberang.. tertancap jugak la kenangan kiteorng atas feri tu bersama.. lepas dinner, kiteorang trus ke stesen tren. mujo la ada tiket lagi even dpt yg katil. juz rase sedey sket sbb ke kl je yg ada tiket katil. ahhhhh... kesah lak nak ajak org trun taiping pon lepak kat katil.. tiket da baya pon. hik3. sepanjang perjalanan nak sampai ke stesen taiping, terasa pedih sangat hati ni. why la mesti berakhir dah pertemuan kiteorang ni. cepatnya masa berlalu... :(

masa2 yang tinggal tu, kiteorang spend sampai habeh.. xpe lah, skurang2nya aku da hantar dia ke stesen taiping dan da pasti keselamatannya. hurrmmm... even ada jae, terasa alone je spanjang perjalanan ke KL. nak tido pon xlena.. already missed her.. :'(

pada aku, percutian singkat kali ni mmg terbaek yang pernah aku rasa. aku nak rancang lagi trip yang laen plak. insyaAllah akan tercapai kalau plan baek2 dan diizinkan Allah. pada aku, it is not all about vacation only sebab puncak kegembiraan aku pun terkandung skali dalam percutian ni. Kalut orang dok bercerita pasal result da kluar.. aku macam bese wat muke selambe katak buat tak reti je. tapi dalam diam aku branikan diri nak check jugak result. harapan aku satu je, nak lulus semua subjek. Alhamdulillah! bukan setakat lulus tapi kejutan untuk aku sebab keputusan yang luar jangkaan aku berjaya aku capai. syukur yang tak terhingga aku panjatkan pada Allah dan ucapan infinity terima kasih aku buat 'sifu' aku yang sentiasa ada bersama aku dan terlalu bersabar mengajar aku sampai aku mampu panjat 'podium' yang impikan.. terima kasih sayang! tahniah jugak buat awak sayang. kita lulus dan ada peningkatan.. alhamdulilllah..

double joy tu hanya untuk awak dan saya. terima kasih sentiasa ada untuk saya. infinity kaseh dan sayang saya pada awak. rindu yang tak pernah surut jugak hanya untuk awak.. nnt kite cuti same2 lagi ye..

p/s : i love u so much!

Friday, December 9, 2011

Ombak RINDU, RINDU berombak~

sekarang ni tengah hangat dok citer pasal Ombak Rindu. hari2 ada je status pasal movie yang boleh dikata berhantu la jugak skang ni kat wayang. yang da bace novel, da tentu2 nak tengok juge. yang tak penah tau cite tu dari adaptasi novel, menggagau2 jugak nak masuk panggung. ye la, dari trailer dan statistik terbaru kutipan untuk box office, dalam mase bape hari tayangan je kutipan da juta2. mesti la teruja dan meluap2 manusia nak g tengok. nak2 plak pelakon2nye mantap2.. (dorang cakap la.. aku ikut je.. hihi). dalam kehangatan orang dok memperkatakan kehebatan plot cite yang digarap oleh pengarah LBS hasil adaptasi dari novel tajuk ni, hati aku takde la rase melonjak2 sangat nak g nonton. terasa tawar je... mudah je jawapan kepada perasaan tawar heber ni; rindu aku lagi berombak! bukan setakat berombak je, da klua amaran tsunami pon.. sekuat2 badai ombak rindu kat wayang, menggila lagi tsunami di hati aku... :(.

aku tahan benteng kesabaran aku demi hari yang aku tunggu2 tu. memang la perancangan nak berjumpa tu tertakluk pada terma dan syarat serta ketentuan Allah tapi aku berharap sangat segalanya dipermudahkan. Ya Allah, perkenankanlah doa kami.. Amin.

p/s : teruskan berdoa ye, moge2 xde halangan utk kita berjumpa. miss u much!

Sunday, December 4, 2011

missed her so damn much...!

bape hb hari ni? baru 3hb.disember??? adoyaaiiiii..... lambat gile la lagi nak sampai ke bulan depan kalo gitu. huwaaaaa.... eh by the way, hepi besday pada side kick prankerzsmania aku nun di penang sana... sweet 19th larr liyana manap oii.. akk doakan segala yang terbaek utk latt.. keep loving and in love rite sis?! takpe, ble masuk isu sayang2 ni, mmg kna banyak buat pengorbanan. memang penat tapi keberbaloian tu yang kite cari. sabar mesti banyak.. sabar?? huwaaaaaa.... nak sambung nangis la smula. aku dok cakap kat orang pandai tapi diri sendiri tak reti nak praktikkan. mana tahan derr... sebulan pon terasa berbulan2 dah. AKU TERLALU RINDUKAN DIA... huhu. sumpah memang nakkan menatang kucing biru tak bertelinga tu.. aku nak PINTU SESUKA ATI!!!! benci btul jadi macam ni tapi takat mane je kemampuan kite.. takat ni je la... (menangis lagi)

awak, awak sabar jugak yea. insyaAllah nnt kite jupe. buat mase ni kite jupe kat sini je la dulu. ada jugak hikmahnya kita berjauhan sebab thru cuti panjang ni la kite nak services smula hubungan. mcm saya ckp dulu, appreciate masa yang kita ada sblm ni sbb ni la masanya kita nak guna appreciation yang kita da buat. macamana? banyak tak nak kena services? 

saya percaya pada ketentuan Allah, kita cuba merancang dulu dan selebihnya biar DIA yang tentukan. juz wait for me ok? miss u so much!!!!

Friday, December 2, 2011

sem 3 final wrap, home sweet home and thousand misses~

summary of the last even:-

final~ 
alhamdulillah, segalanya dah selesai.. pembukanya microbe, penutupnya human disease. pada aku, tiada penyesalan selepas semuanya dilalui. aku macam biasa, xpandai nak kalut2 sangat bile nak mula dan selesai exam. macam tu la aku masuk, macam tu la aku keluar. shelamberrr dan maintain cool je. ye la, kot kalut2 pon macam la aku leh msuk smula dewan dan betulkan jawapan. tarak la tu sume. dunia belake.... hahaha. let it bygone be bygone. kita da usaha, tawakkal la pada Allah dengan jawapan yang diberi masa menjawab tu, so sekarang tunggu result je la. pedepehal??? (haish aku ni.... teruk btul perangai... hihi). gud luck smua tau, insyaAllah result kite semua baik2 aje.

besday~
haha... kali kedua neh berbesday di sini. shukernyerrrrr.. merasa jugak la menyambut besday dikala smua orang sedang bertarung dengan final exam. awesome what! yang penting, celebratebersama2 orang tersayang! ni la tuah yang terselit namenye. disaat orang laen kalut2 dan kusut2 memikirkan paper esoknye, aku pulak tersenyum bahagia. ye la, mane tak bahagianya.. asyik je dapat kejutan. wow! memang la orang suke buat air mata macho aku ni mengalirkan???? how romantik... eheee~ wish list aku didengari.. terima kasih sayang! segan pun ada sebab susah payah dia menyediakan surprise dan hadiah. sayang, pasal dabel 'middle finger' tu bukan nak marah tau tapi reaksi aneh sbb terlalu awesome perasaan terkejut tu. sori tau??? tak sengaja terbagi.. anggap la complement tau.. hihi.. anyway, tenkiu so much for the 'big surprise in the closet', thanx for the nice videos.. wow! it's mean huge to me.. thanx for ur love and everything. i love u so much baby..

last 3 days before hostels evacuate~
semua orang hepi bile habeh exam dan ngemas2 nak balik umah. ye la aku pon same tapi yang membezakan aku ngan dorg, aku terasa agak sedih sbb cuti panjang bukan kegemaran aku. bukan sebab nak kemas barang yang bnyak mcm tinggal dalam banglo tu tapi sedih sebb berpisah agak lame. da 1 sem tido same, makan same, jalan same, dlm kelas same and almost everythings done together, so mmg berat la sket nak berpisah tu. memang la sbulan je tapi... haishhh, tak reti la nak ckap. hurrrrmmmm.... i gonna missed her!!!! huwaaaaaaa... aku nak doremon! dalam banyak2 bnda unik dlm poket dia tu, aku nak pintu suke ati, tu je. tolong la! nak jupe je, bukak pintu zuuupp.. lepas ke bilik dia. malam2 leh tido same lagi. geram betoi sape yang cipta citer doremon tu, dah aku terpengaruh sakan. huhu.... nak dia.. :(

sesi mengemas barang kali ni lebih teratur dan ikut schedule. aku suka style ni tp still ada lack lagi. xpe, jadikan postmortem utk sem depan lak. mungkin lebih tersusun lagi. mcm bese, isu stor ni mmg jadi best top story. kali ni memang haram jadah sbb student makin ramai tapi stor 1 je bagi. hahahaha.. sumpah mcm tsunami. terbaek la cara bebudak ni handle barang dorg. main letak je. tak fikir langsung org laen yg nak ltak jugak tu. well, naseb korang la bile jentolak 501 buat keje. hahahaha... da mcm maen puzzle 3D kiteorg buat. ah kisah plak! janji lepas nak susun barang kiteorg. hehehe...

kali ni, xde sesi antar ke KL sentral sbb bapaknya datang amek. xpe la, lega sket sbb dia da tentu slamat di tangan bapak sndiri. saat yang paling menyakitkan bila da sampai masanya berpisah. terasa susahnye nak lepaskan.. :'(
tapi xleh nak tnjuk sangat sbb ade lak org laen balik ngan aku skali. aku tau dua2 dalam kepayahan nak melepaskan tapi kena redha jugak nak berpisah sekejap. xpe la sayang, nnt kite jupe lagi. insyaallah...

awak, rindu saya tak pernah kurang. xdenye boleh diibaratkan ombak membadai pantai yang kejap pasang dan kejap lagi surut. xleh wat persamaan macam tu. rindu saya sememangnya infinity pada awak. terima kasih sebab ada bersama2 saya mengharungi semester 3 lepas. tersangat la tertunggu2 nak meneruskan semester 4 akan datang dengan awak. sudi ye nak jadi tutor saya lagi? i promise i'll be good!

saya pun tak pandai nak luahkan melalui kata2, jadinya cari la bukti kerindun dan sayang saya pada awak di blog ni ye.. sms memang penguhubung kita, tapi luahan lebih dalam mungkin di sini tempatnya. tak setiap hari, tapi pasti ada ceritanya..

p/s : i love u more..