Powered By Blogger

Sunday, January 8, 2012

dear.. plez be fine... :(

"sakit..."
Ya Allah, pedih nye la hati aku bile baca dan dengar keluhan menyebut perkataan tu. terasa useless sangat2 bila tak mampu nak meredakan kesakitan yang ditanggung. kekangan jarak jauh macam ni lagi la memburukkan keadaan. tu sbb la aku marah sangat ngan katun doremon... *malas dah nak cakap pasal kucing biru tu*
kalau la jarak tu sekadar 120km, aku henjut gak savy tu malam2 gni demi nak redakan kesakitan dia tapi nak buat macamana.. memang sah2 setengah hari masa diambil nak sampai ke sana.. hurmmm, terasa failed sangat2...~
aku tau mesej2 memang tak lut bile terkena situasi mcm ni. memang tak mampu pun nak mengurangkan apa2...  haduiii... tambah lagi point ke'failed'an aku..
awak.. saya tau awak sakit dan untuk pengetahuan awak, saya pun turut rasa pe awak rasa sekarang tapi saya tak berdaya... i wish i can be there to make u feels better but i cant.. plez forgive me.. saya doakan awak cepat sihat sebab saya betul2 nak jumpe awak dah. bagi saya masa 2 hari je lagi then we be together again. plez get well very soon... saya nak hari2 awak sihat dan gembira.
awak.. jaga diri baik2 tau. saya tak nak jupe awak dalam keadaan awak n saya tak sihat. terjejas btul rasenye.. saya sayang awak dan saya nak awak sayang saya jugak.

LR, tolong la sihat sbb bile awak sihat, saya sihat jugak..

p/s : i love u more if u healthier than me..

Thursday, January 5, 2012

bye 2011, welcome 2012~

berakhir la sudah tahun 2011, tahun yang agak keramat buat aku sebab nombornye yang cantik tu.. cantik la sebab sekian lame aku tunggu 20.11.2011 (sebut doploh sbelas, doploh sbelas), akhirnya bertemu jugak. hihi.. sebenarnya ada harapan yang pernah disimpan dari dulu lagi tak berjaya dikotakan pada tarikh keramat tu. tarikh yang boleh jadi kenangan tapi da terlepas pon.. ah kesah plak! nombor je kot?! pe la sangat.. lagipun kita hanya merancang tapi Allah pemilik segala keputusan. life goes on gak, hihi!

ermm... secara ringkasnya pe yang dah berlaku sepanjang 2011, ermmm.... aku berada dalam semester 2 & 3 la dah. terasa serba lengkap dah. permulaan tahun 2011 dimulakan dengan bermulanya khidmat si savvy kat aku. haaaa.... ibu segala permulaan la tu. (bape banyak mula daaa...) however, that was the most awesome present dari parents untuk aku dan akan aku kenang sampai bila2. thanx mak n abah! 

2011 was the love year for me! say what??? yup! it was the beginning of love story dan disepanjang berada di 2011, hati aku tak pernah kemarau dari rasa sayang dan rindu. tak tahu dari mana mulanya rasa macam tu tapi hakikatnya mmg ia berlaku. prinsip 'live my life' yang aku pegang selama ni memang betul2 berlaku. rite now, my life is more alive colored by love air.. suka, duka, ketawa, menangis, gurau, senda dan beberapa perkataan berlawanan yang laen jadi warna2 dalam hidup aku sekarang. kehadiran dia bukan sekadar mengisi kekosongan tapi membawa sejuta kebahagiaan untk aku. dia berjaya bukak hati aku untuk buang jauh semua persepsi negatif tentang subjek yang aku anggap asing memandangkan aku bukan dari aliran ni... ironiknya, aku boleh buat! terima kasih krn prcya pd kemampuan aku dan terus jadi faktor penggalak aku. sape ye orang yang aku sebut2kan ni? it's u LR.. 

dalam 2011 jugak bermacam2 xtvt yang dah aku buat bersama. tak keterlaluan kalau aku katekan, 2011 pemula segala aktiviti berduet kami, since smua org da nampak aku sntiasa dengan dia, so kebanyakkan xtvt, orang pasti nampak aku dgn dia juga. hihi.. best couple la katekan. tahun 2011 boleh dikatakan tahun aktif utk kami berdua. dia pun ada kenangan manisnya jugak.. jadi ahli JPM la antaranya. aku tumpang bangga dengan kejayaan dia tu. she deserved it. tahun tu jugak tahun kiteorng bersukan KSSU dan dabel joy sbb aku dan dia tetap bersama. pe lagi eh? owh, aku jugak diberi kesempatan jadi OC untuk orientasi bebudak baru and it was an awesome moment! terima kasih atas peluang yang diberi, sayang... sebenarnya banyak lagi aktiviti bersama tapi biarla aku dan dia je yang simpan dalam lipatan kenangan kiteorang...

dan penutup yang terindah tahun 2011 adalah datangnya daripada limpah kurnia kasih serta rahmat dari Allah yang tak pernah surut kepada hambaNya ini dan disertakan dengan himpunan kasih sayang yang terindah dari si pemberi kasih dan jugak dari ahli keluarga yang abadi di hati. aku berhak tersenyum pada kali ini... alhamdulillah, akhirnya podium itu aku berjaya jejak.. terasa tak cukup dengan ucapan terima kasih pada si dia yang bertungkus lumus mengheret aku skali dalam rally final tu. segalanya terasa berbaloi... terima kasih sayang, love u infinity.. sem depan kite buat lagi ye?

maasalamah ya 2011.. ahlan wasahlan wamarhababikum ya 2012...

azam aku mudah je.. teruskan legasi azam2 yang lepas dimana aku yakin tak semuanya berjaya aku capai. Doa aku untuk tahun baru ni moga2 Allah sentiasa bersama aku lagi dan sentiasa mendengar doa2 yang aku panjatkan. aku teringin skali lagi jejak kat podium tu but next time, aku nak jejak bersama2 dia, insyaAllah.. harapan aku jugak semoga kasih itu tak pernah putus dari dia dan akan terus menyayangi aku. bolehkan LR?

2012, here i come. be nice to me...




Tuesday, January 3, 2012

bila manusia jadi setan..!

astaghfirullahala'zim..astaghfirullahala'zim..astaghfirullahala'zim.. ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku mula lalai dan leka. sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah dan tak lari dari kekhilafan..

sebenarnya aku nak marah sangat masa tulis entri ni. perasaan marah bercampur2 dengan sedih, kecewa dan patah hati. aku tak paham nape manusia ni mudah sangat lupa daratan. bila berkisarkan kisah pangkat, darjat dan harta, semua jadi punah.. keluarga jadi pecah belah, masyarakat berkecai2 jadi macam bukit kna bom. semuanya sebab apa? sebab nikmat dunia la! syurga dunia ni la yang jadi rebutan sampai berperang2 sedangkan yang kekal abadi kat sana xde sape nak amek peduli sangat. ni la akibat daripada Islam hanya pada IC dan keturunan. kopiah songkok atas pale pon mudah2 je jatuh ke tanah dan dihenyak2 dengan kaki.. kecewa betul aku!

kelmarin aku jadi saksi pada kisah tragis mangsa ketamakkan orang. da lame aku nak datang melawat tapi dek kekangan masa, baru skrg aku berkesempatan ke rumahnya. seribu kemaafan aku pohonkan pada insan ni yang terlalu hebat dimata aku. budi yang penah dia curahkan, xkan dapat aku balas sampai bila2 pun. orang yang aku panggil aki bedul@atok ni aku pernah iktiraf dia sebagai lelaki gagah. yup! nak tau nape? tahap kecergasan dia melangkaui orang muda2 sedangkan ketika aku kenal dia lebih rapat, umur da cecah 70-an. sumpah gagah! masih larat buat macam2 kerja dan merayau serata2 alam lagi. orang laen kalo da cecah umo 65 ke atas, semua da pencen dan nak rhat je tapi atuk n nek wan tak... dorang sedaya upaya dan selagi ada kudrat tu la dorang teruskan bekerja. kagum betul aku pada kesungguhan dorang dalam menjalankan tugas. dedikasi dan keikhlasan bekerja yang dorng tunjuk masa dalam megaforce security betul2 buka mata aku. aku jadikan dorang idola veteran aku tau... aku adore kebolehan atuk yang fasih berbahasa cina dan tamil tu. dia xpandai membaca da menulis tapi tu lah kelebihan yang Allah bagi pada dia, terang hati dan cerdas minda. aku sendiri yang belajar sampai ada diploma, cakap melayu pon trabur lagi. malu derr.. atuk dan nek wan jugak tersangat la pemurah dan tak lokek pon dengan aku. panggilan cucu tak penah lekang dari bibir dorang memperkenalkan aku pada sape pon walaupun aku hanya cucu pada pangkat sahaja.. banyak da kenangan masa dia sihat yang aku share bersama..

tapi sekarang atuk da tak macam dulu.. tak segagah dulu dah. bergenang air mata aku bila bersua semula kelmarin. atuk da berubah sangat2.. da pudar sinar ceria walaupun dia cuba tersenyum. alhamdulillah dia masih ingat aku dan jae. "cucu atuk da datang.." terkedu aku bila berdepan dengan atuk yang dulu sangat tegap berdiri dan asyik ketawa ceria je, sekarang da transformed 100%. atuk da lumpuh sebelah badan dan dengan sisa2 tenaga yang ada tu la dia cuba berjalan menghesot2 sambil bertongkat. Ya Allah, berat benar dugaan Kau buat hambaMu itu. atuk da semakin lemah dan perlahan.. bak kata nek wan, da dekat sebulan atuk tak makan.. petanda ke tu? berat mata memandang, berat lagi beban digalas atuk. tak larat rasanya aku tengok atuk mengheret kakinya yang da hilang fungsi tu demi dan berjumpa aku. luluh hati aku! atuk masih kenal aku dan cuba sedaya upaya berbual dan bergurau. aku sambut gurauan dia walaupun dada da perit menahan tangis. itu bukan atuk yang aku kenali dah....

aku luangkan masa 2 jam di rumah atuk dan nek wan, berkongsi ape je cerita yang ada. terkilan dan terasa jahatnya aku sebab menyempitkan masa untuk berjumpa dorang. terasa derhaka dan tak mengenang budinya aku pada orang yang besar jasanya pada aku dulu. maafkan saya atuk dan nek wan...

atuk, saya doakan dengan sisa umur yang ada pada atuk tu, atuk gembira walaupun kesihatan makin pudar. bersabarlah dengan dugaan yang menimpa dan kekuatan atuk meneruskan hidup menjadi inspirasi saya.
nek wan, ketabahan wan dalam menjaga atuk turut saya sanjungi. takde contoh terbaek yang boleh saya ikuti selain kekuatan dan pengorbanan wan dalam menjaga atuk.. terima kasih tak terhingga pada jasa dan budi yang pernah atuk dan wan berikan pada cucu ni. saya amat hargai dan takkan saya lupakan sampai mati.

pada manusia setan yang teringin sangat jadi ahli neraka tu, tahniah la berjaya menjatuhkan dan menganiaya saudara kandung sendiri sehingga dia sesiksa tu. tak mengapalah.. ragut la kesihatan dan nyawa dia selagi ko mampu demi harta yang jadi tinggalan dunia tu je. selamat mencari kemaafan dan keredhaan orang bile ko nak mati nanti! harap2 kubur ko xde masalah tak cukup tanah plak disebabkan ko sibuk2 sangat nak bertanah banyak. Gud luck evil..