Powered By Blogger

Thursday, March 15, 2012

hold my hand ~ for the rest of my life..

macam kenal je tittle kat atas kan? familiar sesangat pada peminat phase kat atas tu.. phase ke? bukan tajuk? hihi... kalo rase handal sangat, cari la sendiri.. heu3.

awal pagi bebenor aku ngejutkan blog ni.. naseb la.. ni la bahananya kalo aku tak tido lagi. bukan sesaje tak nak tido tapi sedikit pengorbanan kena dilakukan demi hari esok.. (last minit call!!!! hahahahahahaha...padan muke).
pagi2 ni aku tak sorang.. mujur la ramai lagi yang jadi burung antu. (melakukan 'pengorbanan' yang sama demi kebahagian esok.. hahahahaha lagi). kalo tinggal sesorang, sori la aku nak bertenggek lagi sekarang. thanx pada yang masih bernyawa dan menemani aku di dinihari yang hening ni..

berbalik pada tajuk entry pagi ni, hati ni agak tersentuh pada tajuk kedua tu. ye la, sunyi2 mcm ni, baik la nyumbat telinga dgn headfon. saje2 je nak menghiburkan hati. kompilasi lagu da disusun dan ready untuk diputarkan aje. singgah je lagu tu dipendengaran, hati tiba2 terusik... terusik dek kenangan lepas. ada sentimental value dari lirik lagu ni. ada harapan yang terputus ditengah jalan dan menyebabkan intipati lagu ini hanya tinggal lirik sahaja. bukan nak menyesal dan mengenang pe yang dah lepas tapi ada sesuatu yang telah terbukti disitu.. kita hanya merancang tapi Allah pemilik segala register plan. kita dah cuba yang terbaik tapi da termaktub, jodoh dan usia hubungan tu bukan milik kita.. aku tak menyesal walaupun da macam2 kita lalui. harapnye pihak lagi satu pun sama la juga.. aku sangat menghargai peluang yang pernah diberikan. life goes on kan?? let it bygone be bygone ok mr.AA.. mungkin ada hati lain yang lebih layak untuk menerima, menyemai dan terus subur untuk cinta dan kasih sayang awak tu, insyaAllah. tak payah tanya keizinan saya dalam awak mencari cinta sebab restu tu memang sentiasa ada. teruskan mencari..

aku bahagia dengan hidup aku sekarang dan jangan risaukan tentang kehidupan yang aku ada sekarang. i'm so grateful to be awarded with somebody that sincere to have my love and willing to share all her heart and life with me. aku tak keseorangan dalam mencari kebahagiaan dan cuba jejak kejayaan tu. dia sentiasa ada bersama aku dan kasih sayang Allah pun masih aku rasa sampai sekarang.

biar la kenangan tu jadi sejarah.
kehidupan yang ada terbentang hari ni cuba aku cuba percaturan yang terbaik.

buat hidup aku yang baru~
awak.. hold my hand ~ for the rest of my life.. saya nak bersama awak selamanya..

p/s: boleh kan?

Saturday, March 10, 2012

sahabat...~

apa beza kawan, rakan, teman dan sahabat?
pada aku maksudnya hampir sama iaitu seseorang atau beberapa individu yang tiada pertalian darah yang berada di samping kita untuk menjalani hidup ni bersama. tak kiralah berapa umurnya, jantinanya, bangsanya; asalkan kita saling mengenali, cukup la sebagai mendefinisikan ikatan itu. tanpa kita sedar, dari kita lahir sampai la umur yang ada sekarang, koleksi 'kawan' itu mungkin da menjangkau ribuan.. ye lah, bape ramai dah kite kenal manusia laen selain adik beradik sendiri.. klisenye kite akan sebut.. 'kawan aku tu...', 'rakan kelas dulu2..' pe level status kawan ni? pernah dengarkan pepatah ni; "kawan tu masa berada".. habeh bile kite dah tak berada? mane dorang pegi?? amacam.. best tak ada kawan?

teman, macamana plak entrepretasinya? sape plak sahabat?

malas la nak bagi definisi teman ni.. xde la best sgt jadi teman pd seseorang.. pe yang kita semua dambakan adalah.. SAHABAT. susah oo nak cari manusia yang kite boleh jadikan sahabat. nak berkenalan dan berkawan tu senang tapi nak naikkan iktiraf tu jadi sahabat, aduuuuu sikit punya susah beb! takat nak menyakitkan hati kawan, carutkan aje dah leh gaduh besar dan putus kawan. tapi ngan sahabat ni, carut2 dan bertumbuk pon belom tentu dapat retakkan ikatan persahabatan apatah lagi memutuskan. macam tu sekali tingginya persefahaman dan kasih sayang sesama mereka. elemen penting yang ada dalam ikatan ni, KASIH SAYANG. tu sebab ade gak pepatah utk sahabat; " sahabat ibarat sebutir permata di tengah padang pasir; sekali terjumpa, digilap, dicanai sehingga berkilat dan disimpan sebagai harta yang tidak ternilai harganya" haaaa... macam tu sekali nilainya seorang sahabat disisi kita. dah kite anggap mahal macam tu, tak sayang ke???

persoalan yang perlu kita jawab bila nak ada sahabat: mampukah kita jadi seagung itu pada manusia lain? mampu tak kita menjaga perasaan, zahir dan batin seorang sahabat tanpa mencalarkan walau segaris luka sehalus lembar benang di hatinya? mampu tak kita memelihara maruah dan keselamatannya walaupun hebat dikacaugugat oleh anasir luar? mampukah kita pertahankan pertalian agung itu dan menjadi sahabat sebenarnya dan bukan sekadar pada nama? ikhlas tak dengan nama Allah, kita dalam berkongsi kasih sayang dan segalanya yang ada dalam ikatan persahabatan tu? mampu tak kita berlaku adil dalam bersahabat?

mampu tak???

jangan salahkan sesiapa jika sahabat mula menjauhkan diri..
jangan bertanya kenapa ikatan tu mkin pudar..
jangan bersedih sekiranya simpulan itu dah mula longgar dan akhirnya terlerai..
sebab.. kalau kita jawab MAMPU pada semua soalan di atas,
maka kepedihan dan kesedihan takkan berlaku...

pada diri aku yang serba kekurangan ini, jawapan MAMPU itu hanya boleh aku janjikan dengan InsyaAllah...  aku cuba buat yang terbaik demi persahabatan yang aku simpulkan talinya. maafkan aku jika ada yang merasakan simpulan aku terlalu kuat sehingga meleraikan simpulan orang lain... semuanya kerana takdir yang menemukan aku dengan insan itu...

p/s : utk awak, jadi sahabat saya sampai ke akhirnya ye?

Tuesday, March 6, 2012

tu diaaaa.. bila ayam jantan mula berkokok.. (jantan ke???)

aigooo.. perang taip2 da bermula.. jeng jeng jeng....
(eh nak gelak la sket sebagai permulaan kalam.. hihihihihihihihi....)
emosi hangin satu badan dek kepenatan dan perpeluhan akibat mengangkat hampir 20 gelen air dengan baldi, terubat sket lepas bukak laman sosial cyber ni.. hik3.. perang mulut sambil menaip?!! what the.. tuuuut!
definisi spark perang pada pendapat saya yang xreti langsung pasal akta2 dan undang2 ni, senang je..

" bile ada yang memulakan statement yang menuju atau menghala kepada individu tertentu secara sengaja atau tidak sengaja tu dan mendatangkan rasa tidak senang hati dan menaikkan amarahnya lalu menyebabkan individu terbabit menyerang balas dengan apa jua cara, maka cetusan perang la tu.. sekian definisi dari nhatfiction.hepisokmo" (pandai2 je aku.. hahahaha... i like!)

ohooo... pandai lak nak marah2 dan meletup ye En.Selalumerasakandirinyabetul? nak tanya sket, nape nak membuak2 marah tu ye? terkena batang hidung sendiri ke? ataupun lastikan melantun tepat kat spek google kau? pecah tak? hihi...

encik.. kalau terasa tak mampu nak menahan geli, jangan la sengaja2 angkat ketiak tu suruh orang geletek. kalau kita tak mulakan, takkan la orang sengaja2 nak ketuk kita semula. haaaaa.. kire adil la tu kan? kite memberi, orang terasa.. orang mengetuk kembali, kite plak sakit kepala... best tak pantun mek jemah??? hahahaha (da jadi johan lak aku.. ah kesah plak.. hahahahahahahaha)

sessi berbalas status di laman sosial tu mmg menggelikan hati. banyak jasa beb! aigoo... ikhlasnye buat keje selame ni ye sampai perlu diingatkan tahap jasa tu.. BESAR tau.. jangan lupa!
encik... kami tak pernah lupa jasa baik yang besar tu... sampai mengamuk2 aku dulu tau disebabkan jasa kau tu. la ni pon xleh lupa.. ni nak habaq kat hang.... hamboih la! nyampah lak tengok dia dok ngamuk2 sakan.. siap mengarut tah bende2 lagi.. naik habeh nama puak2 pembangkang tu kat wall.. da besar sangat la tu leh bersekongkol ngan puak "main bontot" macam tu?! phuiii!!!

kalau orang mcm tu la yg jadi idola kau, hurmmmm.... no wonder la beb macam tu kepimpinan ko.. kepimpinan cakap je lebih dan besar sampai sanggup menggadaikan nationality kau.. kepimpinan yang tetap pertahan benda yang salah dan kepimpinan yang munafik sbb mungkir janji aje kejenye... elok la tu encik.. ramai sangat la penyokong kau sampai nak bawak jentera yang xde kena mengena ngan environmen politik semasa.. maen2 pondok2 tapi ajak sekampung maen skali.. haaaa..pandai~ nak tepuk sket la.. plapplapplap.. phuii..

kat sini skali lagi aku nak cakap.. AKU MEMANG TAK PUAS HATI NGAN KO ex-VP... aku bukan jaguh nak taip2 je.. kalo setakat nak bersemuka, aku leh je bertentang muka n mata.. tang mana tak puas, meh kite bercerita. ko ni mmg kena sedarkan sket.. nampak sangat hanyut nye.. kalo ade yang tak paham, meh akak pahamkan... akak bagi lesson free je nnt. tolong bayarkan air dah la..

p/s : jgn tau berkokok je.. pastikan kokok tu buat manusia terjaga. ingat tu