Powered By Blogger

Friday, August 3, 2012

semangat~ kembali lah. aku perlukan kamu!

Hye mr.blog.. salam ramadhan... lame dah kite tak borak2. jom borak jap nak? untung2 leh borak sampai ke sahur nanti..
hurmm.. nak stat dari mane eh? rasenye mcm tak jumpa titik permulaan, so hentam je la dari mane2 pon, bleh kan?
mr.blog.. hari ni terasa macam jemu sangat... macam tak nak berada kat satu2 tempat lame2 sangat especially dalam kelas. nape tah!
yup! BOSAN!!
since dari result keluar, aku tak rasa apa2 spark pun lagi. kalau org laen mungkin da stat panaskan enjin utk hadapi semester baru tapi aku? sumpah tak rasa pe2 pun.. buat teghokkkk!!
tak tau la pe setan da menyelinap kat hati ni sampai berjaya belai aku supaya jadi malas dan bertambah malas. terdetik rasa nak teruskan legasi azam kononnya nak terus2 menaikkan gred tp.... sekali lagi aku bertangguh. risau tu ada tapi nape aku masih tak nak mulakan pe2?? arhhhh... semangat.. datang la!!!
lebih membingungkan... rasa 'down' tu datang semula. belum pun battle dimulakan tapi rasa nak mengalah tu da menjolok2 hati.. hurrrmmmm... :(
nape eh rasa macam tu? nape terasa berkecil dan jauh hati dengan cabaran yang bakal dihadapi? bukan xpenah hadapi pe2 pertarungan sebelum ni. macam la tak biasa hadapi tahun2 baru. lebih sedap didengar, macam la tak penah jatuh! kot tertiarap sekalipun, mampu je bangun kan? tapi pe yang haunted sangat kali ni ye???
tu semua kata2 motivasi yang aku sendiri nasihatkan kat diri sendiri. setiap masa bermonolog dan rejim minda sendiri suh bangkit. at least 'ring the bell' la jugak utk aku.. tu yang pelik bile hati aku mula mengecut sekarang... nape eh?
aku ingat semuanya aku da telan dan hadam dalam otak aku tapi nampaknye belum lagi.. kata2 sinis yang penah aku dengar lbh kurang 2 taun lalu seolah menyepak2 semula aku.

" with ur previous condition, u'll gonna face with hard time.. why u so bother to challenge ur ability? u'll find urself in deep frustration when u can't handle it. trust me! ur injuries remains injuries. don't push urself"

masa nya utk membuktikan teori di atas tu da tiba ke? rasanya mungkin bakal terbukti kot kata2 insan yang arif dgn pe yg dia tau. mungkin segala2nya yang penah ada tu da hilang... semua yang penah hadir dlm hidup aku dulu, tinggal kenangan je dah. ntah ke mana hilangnye 'pride n joy' aku dalam kemahiran bermain nombor dan kekuatan aku dalam membina data dan program.. agaknye da tercicir kat tepi tebing yang rabakkan pale aku dulu kot... cisss!
isunya skrg, mampu ke aku mengejar kelompok yang memang da berbatu jauhnya tu sedangkan aku terpaksa merangkak semula? sadis betul laaaaa~

mengingatkan kekurangan ni, jiwa aku jadi lebur.. semangat pun menipis je.. terasa bodoh mengenangkan zaman kegemilangan sedangkan semua tu sejarah belaka. orang bukannya nak baca sgt teks sejarah.. yg orang berminat adalah pada fosilnya.. fosil tu jejak yang sangat bernilai. masalahnya, dalam sejarah aku, cuma tinggal 'tulisan hieroglif' yg tak jelas pada batu2 sedangkan fosilnya da hilang.. so kat mana nilainya yg sebenar???? NOTHING!!! hurmmmm..... down btul la...

semangat.. tolong la kembali. aku xnak tewas pada keadaan semasa. it;s too hurt. jangan la berjaya buktikan teori kekurangan aku tu. plezz