Powered By Blogger

Friday, February 25, 2011

silence is wise..

24/2/2011... tercatat lah satu sejarah baru. Semuanya berkenaan DENDAM dan HASAD.
Pagi2 lagi seisi rumah dikejutkan dengan perasaan cuak sebab pintu tak boleh bukak. Eh? Rosak ke tombol? maka walau dalam keadaan mamai, minda da pon mula boleh berfungsi.
"Ada orang kunci ke selak pintu kat luar ni?"
 Mujur la dengan bantuan jiran, selak tu dapat dibuka.. wah3! ada yang suda mula 'bermain' rupanya... sangat budak2 dan kebodohan terserlah. Memang la marah tapi bila difikir semula, nape la nak marah dengan budak "autisme". da memang sah2 dorang terperangkap dalam dunia keseronokan buat benda2 bodoh.. nak buat camne kan? so gelak je la yang boleh kiteorang buat. Pahala tau melayan budak2 dan orang yang terencat. Pada kami, hari tetap cerah macam biasa dan kehadiran kami ke kampus masih lagi dalam keadaan dingin tanpa perlu berasak2 dalam kenderaan awam yang sebesar sebuku roti gergasi tu kan? So ada apa2 keperluan tak untuk kami melenting tak tentu pasal. Kalau pon terpaksa memecahkan pintu dan kami terpaksa bayar kerugian, kami tetap ada alasan. Tapi mungkin takkan sampai menerajang dan menyakitkan diri sendiri kot.. Paling2 kuat pon kami mintak tolong kawan atau pihak KIAM sendiri tolong bukakkan pintu. Kan tu tindakan orang berakal.. :P

Tambah lagi dengan cerita baru.. cerita yang tak patut berlaku memandangkan perjanjian dah dibuat dari semester lepas lagi. Tapi betul la, bila dah ada darah dan dasar kenegerian itu, kami tak patut mempercayai mereka dari awal lagi. PENGKHIANAT! betul telahan salah seorang anggota kami yang mengatakan dia mengalami "kejutan".. bukan aku tak kesian dengan dia tapi aku biarkan dia meresapi dan menikmati setiap kejutan yang dia dapat tu. Dengan harapan dia boleh sebati dan hidup lebih teratur dan tenang.. Tapi, tindakan aku membiarkan dia hanyut ternyata merosakkan dia n kami. dari selembut2 budak, sekarang sudah pandai memberontak dan sikap respek dia da hilang langsung.. Dari pengamatan kami, dia sudahpon dihasut!
BAGUS!!
Dengan kebodohan sendiri mencari penyakit, dia gagal mengesan kebarangkalian yang dia bakal hadapi selepas ni. Sikap biadap dan memperlihatkan kurangnya bersyukur dengan apa yang dia perolehi selama ni, mungkin akan merugikan diri sendiri. Ikut kamu la asal kamu bahagia. Aku sebagai yang paling dewasa pon da mula terasa menyampah dengan sikap baru kamu.
Sis, kami tak pernah membuang kamu tapi kamu yang cuba membuang diri sendiri dari kami. Nampaknya kamu da bersedia sangat untuk dunia baru dan kami menyokong. Jangan sampai kami merangkak balik pada kami lepas kamu tahu sape kawan n sape lawan.. GUD LUCK!

Remain silence and calm is wiser than out loud but nothing and empty!

No comments:

Post a Comment