Powered By Blogger

Wednesday, December 28, 2011

piu dan podium itu~

boleh tak kalau nak tersenyum lagi? ^_______________^
haaa... lebar kan senyuman katak tu.. hik3... bukan pe, xdapat nak mengekspresikan senyuman yang real kat sini. pakai ikon jadila. nape nak senyum lebar2 gitu? hihi... gembira la punye pasal asyik je~ eh, mcm kenal je gaya cakap tunggang tebalik ni.. hehe. yup! aku still dalam mood hepi, bersyukur dan macam kurang percaya. dek disebabkan kurang pecaye tu la aku skali lagi memiangkan diri bermain dengan e-citie. kali ni dengan lebih jelas dan besar 'font'nya berbanding skrin enset je... alhamdulillah kenyataannya masih begitu dan tiada perubahan. tak payah nak cubit dan lempang pipi untuk kepastian aku tak mengigau dan itulah keputusan final aku yang lepas..ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH! podium 3.0 pointer yang aku intai2 di entry aku yang lepas, akhirnya berjaya aku jejaki. biar pun dan setinggi mane but.. i made it! besar sangat maknanya pada aku yang sekadar underdog ni. dengan keputusan macam tu sekaligus meletakkan aku dalam CGPA yang selamat berbanding sem lepas yang tergelincir sket dan da cecah RED alert. phewwww lega!

dalam keadaan terkapai2 nak memahamkan setiap satu maksud pada nota, aku bertuah sebab ada yang sudi berada di sebelah untuk ajar, pupuk, bimbing dan buat segalanya untuk aku paham pe yang aku belajar. merata tempat kiteorang jelajah semata2 nak bagi aku belajar dalam selesa dan gembira. macam2 warna dalam nota yang dipetakan khas untuk aku... thanx God, it's work for me. terharu dan kagum betul aku dengan kesabaran dia nak gilap aku yang sedia berkarat ni. budi yang tak akan dapat dibalas dengan apa jua bentuk bayaran sekalipun! result kali ni la hadiah dari aku untuk 'sifu' aku yang tersayang tu dan untuk semua ahli keluarga aku..

mungkin pada orang laen kalau setakat banyak tu je, apelah sangat nak digembirakan tapi pada aku tak! cecahnye aku pd angka tu petanda aku da hampir pulih.. aku xde la bangang sangat lepas injured tu sampai ade yang memandang rendah pada kemampuan aku nak guna otak aku smula. sebenarnya terapi yang korang guna dulu tu xbest langsung.. tu pasal la aku ngamuk masa fisio. tu baru tengok2 kertas n gamba je da sampai aku ngamuk dan sakit pale. so skang takyah fisio2 dah sebab aku da ade physiotherapist aku sendiri. insyaAllah dia boleh bantu aku. dengan kasih sayang, kesabaran dan beribu cara dia nak 'training' otak aku pelan2, aku yakin aku boleh buat. aku harapkan usaha aku dan dia berbaloi dengan adanya izin Allah..

awak LR, macam saya cakap kat atas, tak ternilai sumbangan dan bantuan yang awak hulurkan. tak mampu saya nak sain mana2 cek demi nak bayar segala penat lelah awak. boleh tak agaknye kalau saya teruskan menyayangi awak sampai bila2 pun? boleh tak saya bersama awak sampai tiada noktah sekalipun? infinity la maksud saya.. boleh tak??? awak, terima tak keputusan hasil dari ajaran awak tu sebagai hadiah? awak berjaya polish piupiu awak ni tau.. awak patut berbangga dan letak dalam resume : "antara kejayaan yang pernah dicapai - mengajar si injured otak sehingga berjaya capai target.. subjek medic tau. ingat senang ke?!" haha... terima kasih sifu! sayang dan chenta sifu saya sampai mati.

buat famili yang tersayang, terima kasih atas dorongan yang tak pernah putus, ni pun dikira hadiah dah untuk smua... sem depan aku cuba lagi, insyaAllah! ^_______________^

sekian la entry gembira+tak pecaya+tapi pecayalah+terima kasih yang tak terhingga.. akhirnya podium itu piupiu berjaya panjat. nnt kite panjat same2 ye sifu?

p/s : infinity love~ LRNH

vacation!

ahaks! lambatnye nak update blog kali ni kan? xde mase derr. nak taip2 je terus ngantuk. berblog dalam mimpi je la.. hehe. nak cite pe tadi eh? owh.. pasal vacation ke penang ritu..

my first comment : AWESOME!

memang awesome beb.. bukan setakat je penang je, percutian kali ni ibaratnya 2 in 1. perak & penang.. hahaa.. nak namakan double PE-vacation la. PErak dan PEnang! tapi khususnya di perak tu Taiping la.. hihi. doa dah dimakbulkan.. Syukur Ya Allah~

perjalanan dari pahang secara solo ke taiping yang mengambil masa hampir 6 jam la jugak tak terasa penat pon.. macam jalan2 cari makan je. hik3! tol kemunting/taiping tu jadi kemuncak segala perasaan yang terpendam sepanjang cuti ni. awak, here i come!!! terasa senyum sampai 360darjah keliling kepala lepas nampak orang yang ditunggu da sampai nak menjemput saya. assalamualaikum rindu~ phewwwww.. lepas semua beban rasanya bile dapat jupe, dengar dan bau orang yang saya rindu sangat tu. hurrmmm... ahh! haaaa... tu bunyi lega yang amat sangat la tu.

2 hari 2 malam di taiping memang seronok. merata2 gak aku dibawak berjalan. ade la satu dua tempat lagi xdapat g tapi takpe, save the best for the last la.. laen kali datang lagi kannnnnn... hihi. tempat melawat tu xde la penting sangat.. berada di sisi tu yang jadi keutamaan! terima kasih tuan rumah yang bawak saya balik kg dan jenguk2 kg awak.. nnt kte g kelah2 tau.. teringin gak nak jejak kaki ke tempat yg awak suke sangat tu.. hik3.

lepas 2 hari berseronok2 kat taiping maka perjalanan seterusnya diteruskan. yup! let the vacation for 2 begins... lebih kurang 2jam je masa di amek utk smpai ke jambatan P.Pinang. hahaha.. at last! berjaya jugak kite melalui jambatan ni secara berduet ye awak. Arahan pertama, ke komtar. dun wori beb.. pasti cecah gak komtar tu nnt, pecaya la.. haha. terbukti la kiteorng mmg terbaek sbb berjaya smpai dan siap parking lagi tau! lepas parking kat komtar, kiteorng pakat naek beca g pusing2 bdr penang smpai ke padang kota lama. sumpah macam pelancong.. kui3. eh mmg pelancong la kan? domestik pon dikira pelancong gak.. ingat omputeh je ke leh naek beca?? kesah lak haku! haha. lepak2 padang kota lama smbil tunggu boss. damn so gud kna angin laut. orang pon ramai.. mmg la sbb ahad! mcm2 kerenah manusia leh tengok. tapi kerenah ramai yang bangang tu da tentu la ada. mentang2 la laut tu luas, tong sampah kat blakang bontot pon da xnampak.. elok sngat la perangai buang2 smpah ke laut camtu. makbapak same je.. bangang! da puas lepak maen angin, kiteorg pon grak smula ke komtar. naek beca lagii... kali ni rombongan cik kiah la plak. mane muat nak naek 3 org 1 beca kan... hehe. sblm makan, smpat la naek 2st avenue sat nak beli tiket wayang utk mlm esoknye. MI-ghost protocol la beb. hahai! lepas pekena piza sedas, maka kiteorng pon balik le ke umah di lebuh gat macallum.. penat2 dan rehat2 la smbil layan merlin 4 malam tu.

1st day,

seawal pagi lagi kiteorng da bangun dan besiap.. miss jay nak training driving! hehe.. puas jugak la kiteorng menahan cuak sebab 1st time melepaskan tuan pnye kete tu drive sendiri. hahaiii.... sabar je la nak training orang ni. Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasinya. lepas hantar ke kolej, kiteorng balik berehat je.. lek luu... kiteorang tak g mane2 pon 1st ni.. lepak umah je sambil melepaskan rindu dendam dan berehat secukupnya. maklumla, malam tu nak tengok 'gambar' MI-ghost protocol lak. kan tiket da beli... yg pnting sblm layan 'gambar' malam tu, kiteorng menggila dulu kat arcade. tu diaaa.. miss jay pon tnjuk bakat maen pool! lantak la.. janji hepi. habeh tengok gambar, kiteorang balik dan melantak megi smpai kul 2 pagi. haaaa.... bagus kan? hihi.. tu smua lapo pnye pasal. lepas melantak, tido la plak...


2nd day,

so aktiviti berjalan2 bermula lepas hantar cik pensyarah, miss jay ke kolej. matlamat utama nak trained miss jay untuk drive ke tmpat keje berjalan lancar.. setel je bekpes, BUKIT BENDERA la yang kami tuju. hak3! berbekalkan route yg diberi oleh google map, misi mencari jalan ke BB diteruskan. haishhhh.... sedangkan KL tu kiteorng pegang, penang tu apelah sangat. memang jupe punyela! saya sangat beruntung sebab ada co-pilot yang sangat cekap. haaa.. aku ade lovely co-pilot, korang ada?! hahaha..

sepagi suntuk kiteorang bercengkerama kat atas BB.. sumpa da lame xmai sini.. skang xmaen la naek ketapi slow cam siput manjat bukit bendera tu, dorng da upgrade pakai LRT daaaa! hahaha... cuak habaq hang tahap lajunye train tu manjat bukit. zuuuuppppp! da sampai.. bile da laju naek, bayangkan la train meluru turun bukit... waaaaaaaaa~ xyah naek roller coster da rasenye. kat atas BB, kiteorng sewa buggycar tu naek berdua je.. ronda2 tengok pe ade atas BB tu. haha, nikmat btul berhoneymoon berdua cggini... tercapai jugak hasrat nak bercuti bersama tu. awesome!

malam tu plak pakat henjut g pesta penang.. ye la, alang2 da smpai penang pada musim pesta gini, xkan la lepas peluang nak g kan? memang ramai sungguh manusia. tapi dek sebab kiteorng datang awal, so xde la masalah sangat, nak2 tang parking tu. pengalaman mai ke pesta penang taon lepaih, mmg jadi pengajaran la..(kalah tuan umah.. hehe).. hujan mengiringi kemasukan kami ke tapak pesta.. lepas siap solat dan ujan pon da reda, sesi bermain pon bermula. maen challenger dah la.. kat tapak pesta jugak la kami berjumpa dengan tuan umah-latt! akhirnya sampai gak dia... kalo dulu, dia la pemandu pelancong tapi kali ni, kite manage sampai ke tapak tu tanpa pemandu pelancong. kire terer la kan? taon lepas dia cabar aku naik vortex, aku ni nmpak je brani tapi sbnarnye xnak pon naek benda alah vortex tu.. sah2 pening nnt. nengokkan cara menatang tu tungging terbalikkan orang, seyau la plak nak naek. hehe.... meby next time je la. lagipun xsihat sangat. lepas abehkan token ngan maen kete langgar ngan baby, kiteorng grak g cari makanan lak. huhu.. mmg lapa beb. xnak la balik umah melantak megi lagi. lepak la makan2 ngan ditemani latt dan kiteorng pon balik la lepas makan... penat ooo~ jom tido baby? hehehe...

3rd day,

hari ni kiteorang heading ke pantai batu feringghi. tak susah mane pon sebab papan tanda da nampak awal2 lagi. lepas melilau2 cari pintu masuk nak ke pantai, akhirnya kiteorng berjaya gak jejak kaki ke pasir2 pantai tu. halamakkk... kesilapan besar btul xbawak baju nak mandi. haish!!!! tapi xpe... jalan beriringan sambil maen ombak kat gigi pasir pon seronok gak. dari kejauhan, kiteorang macam ditarik2 ke tempat launching parasailing.. uhuiii mmg tersangkut dah kiteorang kat situ. disebabkan naik parasailing tu xyah basah2, maka rapid decision kiteorang buat. we're gonna fly!!! sumpah awesome terbang macam tu. hahahaha... macam tak pecaya je kiteorg mmg buat parasailing! terasa bebas je kat langit.. hihi. xnyesal la bayar utk naek bnda alah tu. thanx awak sebab sudi terbang jugak. it's fun! lepas berterbangan, kiteorng lepak2 la tgok org laen berxtvt di laut. terkilan gak sebab terlepas nak maen banana boat, donat dan jetski tapi dun wori, kiteorang pasti akan kembali dan melantak cukup2 watersport kat sini.. we will come again rite bby? batu feringghi ditinggalkan dengan penuh kepuasan dan janji akan kembali smula dengan penuh nekad..

trip ke feringghi membuatkan kaseh hati saya kepenatan dan xbape sihat.. kesian dia. lepas makan, kaseh hati kna rehat. so ptg tu sorang2 je la saya g jemput jae balik dari keje. disebabkan si dia xbape sihat dan memang malas nak kua, so malam tu kiteorg dinner bersama2 sambil tengok tv. layan mam ncik ngan lele penyet. sambal dia mmg syok! malam tu kiteorang juz lepak umah dan berehat.

4th day (last day)

hari ni hari last da kiteorang bercuti di penang.. masa untuk bersiap2 nak balik dah. malam tu kiteorang naek tren plak. kutip segala pengalaman yang ada beb! jae pon siap amek mc separuh hari lak tu. habeh sume jadi xsihat. lepas melepak makan kek kat secret recipe, kiteorang pon balik umah dan besiap nak balik. lepas maghrib, kiteorang pon naek teksi ke jeti. nak naek tren kna la naek feri ke seberang.. tertancap jugak la kenangan kiteorng atas feri tu bersama.. lepas dinner, kiteorang trus ke stesen tren. mujo la ada tiket lagi even dpt yg katil. juz rase sedey sket sbb ke kl je yg ada tiket katil. ahhhhh... kesah lak nak ajak org trun taiping pon lepak kat katil.. tiket da baya pon. hik3. sepanjang perjalanan nak sampai ke stesen taiping, terasa pedih sangat hati ni. why la mesti berakhir dah pertemuan kiteorang ni. cepatnya masa berlalu... :(

masa2 yang tinggal tu, kiteorang spend sampai habeh.. xpe lah, skurang2nya aku da hantar dia ke stesen taiping dan da pasti keselamatannya. hurrmmm... even ada jae, terasa alone je spanjang perjalanan ke KL. nak tido pon xlena.. already missed her.. :'(

pada aku, percutian singkat kali ni mmg terbaek yang pernah aku rasa. aku nak rancang lagi trip yang laen plak. insyaAllah akan tercapai kalau plan baek2 dan diizinkan Allah. pada aku, it is not all about vacation only sebab puncak kegembiraan aku pun terkandung skali dalam percutian ni. Kalut orang dok bercerita pasal result da kluar.. aku macam bese wat muke selambe katak buat tak reti je. tapi dalam diam aku branikan diri nak check jugak result. harapan aku satu je, nak lulus semua subjek. Alhamdulillah! bukan setakat lulus tapi kejutan untuk aku sebab keputusan yang luar jangkaan aku berjaya aku capai. syukur yang tak terhingga aku panjatkan pada Allah dan ucapan infinity terima kasih aku buat 'sifu' aku yang sentiasa ada bersama aku dan terlalu bersabar mengajar aku sampai aku mampu panjat 'podium' yang impikan.. terima kasih sayang! tahniah jugak buat awak sayang. kita lulus dan ada peningkatan.. alhamdulilllah..

double joy tu hanya untuk awak dan saya. terima kasih sentiasa ada untuk saya. infinity kaseh dan sayang saya pada awak. rindu yang tak pernah surut jugak hanya untuk awak.. nnt kite cuti same2 lagi ye..

p/s : i love u so much!

Friday, December 9, 2011

Ombak RINDU, RINDU berombak~

sekarang ni tengah hangat dok citer pasal Ombak Rindu. hari2 ada je status pasal movie yang boleh dikata berhantu la jugak skang ni kat wayang. yang da bace novel, da tentu2 nak tengok juge. yang tak penah tau cite tu dari adaptasi novel, menggagau2 jugak nak masuk panggung. ye la, dari trailer dan statistik terbaru kutipan untuk box office, dalam mase bape hari tayangan je kutipan da juta2. mesti la teruja dan meluap2 manusia nak g tengok. nak2 plak pelakon2nye mantap2.. (dorang cakap la.. aku ikut je.. hihi). dalam kehangatan orang dok memperkatakan kehebatan plot cite yang digarap oleh pengarah LBS hasil adaptasi dari novel tajuk ni, hati aku takde la rase melonjak2 sangat nak g nonton. terasa tawar je... mudah je jawapan kepada perasaan tawar heber ni; rindu aku lagi berombak! bukan setakat berombak je, da klua amaran tsunami pon.. sekuat2 badai ombak rindu kat wayang, menggila lagi tsunami di hati aku... :(.

aku tahan benteng kesabaran aku demi hari yang aku tunggu2 tu. memang la perancangan nak berjumpa tu tertakluk pada terma dan syarat serta ketentuan Allah tapi aku berharap sangat segalanya dipermudahkan. Ya Allah, perkenankanlah doa kami.. Amin.

p/s : teruskan berdoa ye, moge2 xde halangan utk kita berjumpa. miss u much!

Sunday, December 4, 2011

missed her so damn much...!

bape hb hari ni? baru 3hb.disember??? adoyaaiiiii..... lambat gile la lagi nak sampai ke bulan depan kalo gitu. huwaaaaa.... eh by the way, hepi besday pada side kick prankerzsmania aku nun di penang sana... sweet 19th larr liyana manap oii.. akk doakan segala yang terbaek utk latt.. keep loving and in love rite sis?! takpe, ble masuk isu sayang2 ni, mmg kna banyak buat pengorbanan. memang penat tapi keberbaloian tu yang kite cari. sabar mesti banyak.. sabar?? huwaaaaaa.... nak sambung nangis la smula. aku dok cakap kat orang pandai tapi diri sendiri tak reti nak praktikkan. mana tahan derr... sebulan pon terasa berbulan2 dah. AKU TERLALU RINDUKAN DIA... huhu. sumpah memang nakkan menatang kucing biru tak bertelinga tu.. aku nak PINTU SESUKA ATI!!!! benci btul jadi macam ni tapi takat mane je kemampuan kite.. takat ni je la... (menangis lagi)

awak, awak sabar jugak yea. insyaAllah nnt kite jupe. buat mase ni kite jupe kat sini je la dulu. ada jugak hikmahnya kita berjauhan sebab thru cuti panjang ni la kite nak services smula hubungan. mcm saya ckp dulu, appreciate masa yang kita ada sblm ni sbb ni la masanya kita nak guna appreciation yang kita da buat. macamana? banyak tak nak kena services? 

saya percaya pada ketentuan Allah, kita cuba merancang dulu dan selebihnya biar DIA yang tentukan. juz wait for me ok? miss u so much!!!!

Friday, December 2, 2011

sem 3 final wrap, home sweet home and thousand misses~

summary of the last even:-

final~ 
alhamdulillah, segalanya dah selesai.. pembukanya microbe, penutupnya human disease. pada aku, tiada penyesalan selepas semuanya dilalui. aku macam biasa, xpandai nak kalut2 sangat bile nak mula dan selesai exam. macam tu la aku masuk, macam tu la aku keluar. shelamberrr dan maintain cool je. ye la, kot kalut2 pon macam la aku leh msuk smula dewan dan betulkan jawapan. tarak la tu sume. dunia belake.... hahaha. let it bygone be bygone. kita da usaha, tawakkal la pada Allah dengan jawapan yang diberi masa menjawab tu, so sekarang tunggu result je la. pedepehal??? (haish aku ni.... teruk btul perangai... hihi). gud luck smua tau, insyaAllah result kite semua baik2 aje.

besday~
haha... kali kedua neh berbesday di sini. shukernyerrrrr.. merasa jugak la menyambut besday dikala smua orang sedang bertarung dengan final exam. awesome what! yang penting, celebratebersama2 orang tersayang! ni la tuah yang terselit namenye. disaat orang laen kalut2 dan kusut2 memikirkan paper esoknye, aku pulak tersenyum bahagia. ye la, mane tak bahagianya.. asyik je dapat kejutan. wow! memang la orang suke buat air mata macho aku ni mengalirkan???? how romantik... eheee~ wish list aku didengari.. terima kasih sayang! segan pun ada sebab susah payah dia menyediakan surprise dan hadiah. sayang, pasal dabel 'middle finger' tu bukan nak marah tau tapi reaksi aneh sbb terlalu awesome perasaan terkejut tu. sori tau??? tak sengaja terbagi.. anggap la complement tau.. hihi.. anyway, tenkiu so much for the 'big surprise in the closet', thanx for the nice videos.. wow! it's mean huge to me.. thanx for ur love and everything. i love u so much baby..

last 3 days before hostels evacuate~
semua orang hepi bile habeh exam dan ngemas2 nak balik umah. ye la aku pon same tapi yang membezakan aku ngan dorg, aku terasa agak sedih sbb cuti panjang bukan kegemaran aku. bukan sebab nak kemas barang yang bnyak mcm tinggal dalam banglo tu tapi sedih sebb berpisah agak lame. da 1 sem tido same, makan same, jalan same, dlm kelas same and almost everythings done together, so mmg berat la sket nak berpisah tu. memang la sbulan je tapi... haishhh, tak reti la nak ckap. hurrrrmmmm.... i gonna missed her!!!! huwaaaaaaa... aku nak doremon! dalam banyak2 bnda unik dlm poket dia tu, aku nak pintu suke ati, tu je. tolong la! nak jupe je, bukak pintu zuuupp.. lepas ke bilik dia. malam2 leh tido same lagi. geram betoi sape yang cipta citer doremon tu, dah aku terpengaruh sakan. huhu.... nak dia.. :(

sesi mengemas barang kali ni lebih teratur dan ikut schedule. aku suka style ni tp still ada lack lagi. xpe, jadikan postmortem utk sem depan lak. mungkin lebih tersusun lagi. mcm bese, isu stor ni mmg jadi best top story. kali ni memang haram jadah sbb student makin ramai tapi stor 1 je bagi. hahahaha.. sumpah mcm tsunami. terbaek la cara bebudak ni handle barang dorg. main letak je. tak fikir langsung org laen yg nak ltak jugak tu. well, naseb korang la bile jentolak 501 buat keje. hahahaha... da mcm maen puzzle 3D kiteorg buat. ah kisah plak! janji lepas nak susun barang kiteorg. hehehe...

kali ni, xde sesi antar ke KL sentral sbb bapaknya datang amek. xpe la, lega sket sbb dia da tentu slamat di tangan bapak sndiri. saat yang paling menyakitkan bila da sampai masanya berpisah. terasa susahnye nak lepaskan.. :'(
tapi xleh nak tnjuk sangat sbb ade lak org laen balik ngan aku skali. aku tau dua2 dalam kepayahan nak melepaskan tapi kena redha jugak nak berpisah sekejap. xpe la sayang, nnt kite jupe lagi. insyaallah...

awak, rindu saya tak pernah kurang. xdenye boleh diibaratkan ombak membadai pantai yang kejap pasang dan kejap lagi surut. xleh wat persamaan macam tu. rindu saya sememangnya infinity pada awak. terima kasih sebab ada bersama2 saya mengharungi semester 3 lepas. tersangat la tertunggu2 nak meneruskan semester 4 akan datang dengan awak. sudi ye nak jadi tutor saya lagi? i promise i'll be good!

saya pun tak pandai nak luahkan melalui kata2, jadinya cari la bukti kerindun dan sayang saya pada awak di blog ni ye.. sms memang penguhubung kita, tapi luahan lebih dalam mungkin di sini tempatnya. tak setiap hari, tapi pasti ada ceritanya..

p/s : i love u more..

Monday, November 14, 2011

akhirnya.. hari dinanti-nantikan tiba jua~

14 November 2011;

Akhirnya hari 'ini' tiba jugak. Kebanyakkan orang terutamanya yang bekerja pasti agak bermuram (pada yang suka bermuram laa..) sebab dikatakan 'monday blues'. Tapi pada yang bergelar calon SPM 2011 dan calon final exam di mestech, maka xde maknenya nak ngada2 sangat nak ber'monday'2 blues... HARI NI KORANG DA START EXAM BUDAK2 SEKALIANNNNNN!!! bukan masanya dah nak tertonggeng2 bangun lambat (pd candidate mestech) dan bukan masanya dah nak bertuisyen2 (pada candidate SPM). Hari ni la korang nak bukak semua empang ilmu yang pernah kita dapat dan belajar sepanjang satu semester/ tahun demi nak hadap exam ni dan curahkan la segala yang ada. (empang ke aku ada? mcm kolah plastik adam je aku rasa... hik3) Good Luck la semua.. All the best and may the best men and mind win...

Subjek microbe menjadi pembuka tirai final exam kali ni.. yerp mcm bese, tanpa rasa gugup sangat tapi xde la yakin mcm model plak aku melangkah masuk. dengan diiringi Bismillah, aku melangkah dan menyedut sedalam2nya udara exam dalam bilik LH1 tu. hurrmmm.... rase bese la jugak.. (haishh dasat btul aku ni.. buat la muke cuak sket kot ye pon..~). masuk memang sengaja dilewatkan maka dok tercangak2 la mencari tempat duduk yang bertuah tu. tup2 memang tuah pun.. haaa amek kau, dok la depan sekali mengadap dinding! hahahaha... da sampai nak tercium dinding dah aku rasa. however, no sweat pal... aku anggap tu la pembukaan yang tebaik aku dapat. dinding yang jarang disentuh tu akhirnya dapat gak merasa belaian aku sekejap2 sementara mencari idea.. (at least mai gak seketoi dua... alhamdulillah)

macamana aku berjalan masuk, macam tu la aku melangkah keluar.. still xde rasa gugup malah kelaparan la plak. pada aku, hari ni hari yang tenang dan lancar sebab satu paper da berlalu dan harapan nak makan ikan kembong bakar+kicap lada da pon tercapai.. ALHAMDULILLAH! jadinya apa lagi yang aku nak rungutkan? Allah da dorong segalanya mudah tanpa ada halangan untuk aku hari ni.. xde sebab aku nak bermuram durja.. jadinya leh la senyum je kan???

1 down 4 to go.. InsyaAllah kite semua boleh buat. macam bese, dah usaha kita doa dan tawakkal je la. tu la bezanya kita sebagai muslim berbanding agama lain. Allah masih bantu hingga saat2 terakhir sebelum kite melangkah ke dewan exam. janji doa, tu je.. jangan la sombong sangat sampai xperlukan pertolongan Allah. kot study smpai habeh ke kulit belakang buku skalipon, dari 4.0 flat yang kite target, Allah boleh tunggingkan jadi 0.4 tau dek keangkuhan kita. ingat tu... aku memang sentiasa beringat tentang ni dan sudi nak berkongsi saling memperingati..

korang semua yang aku sayangi:

awak sayang~ Good luck dear.. saya tau xperlu dipertikaikan lagi dalam usaha awak mengejar target awak. awak da buat yang termampu dan terdaya dan segala boleh dibuktikan di sini, disaat final ni. Make this semester, ur semester! terima kasih atas segala bantuan yang tak pernah susut dari awak. terima kasih sebab sudi mengheret saya sekali dalam pecutan terakhir awak ke garis penamat semester ni. terima kasih sebab tak meninggalkan saya walaupun kasut saya dah tercabut sebelah. TERIMA KASIH SAYANG! penat lelah awak tak dapat saya bayar walau dengan segunung emas sekalipun. saya doakan segala yang terbaik untuk awak. all the best!!

mia, latt & sal~ Good Luck korang.. dengan segala usaha yang korang da buat, korang tak perlu rasa takut. korang pasti boleh! akk kenal setiap satu pada kelebihan korang... buktikan pada semua ok?! kalahkan mana2 geng 4.0flat tuh.... pe la sangat dorang tuhhhh... ahaks! All the best dan melangkah la dengan kalimah Allah nnt. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama korang.. lalui final kali ni dengan tenang ok? Black crew sentiasa bersatu, yearghh!

untuk aku~ yakin la pada kemampuan sendiri. walaupun xdapat nak berdiri sama tinggi di podium 3.0 pointer tu tapi berbanggalah dengan kemampuan untuk jadi pesaing dan fight untuk bersama2 nak cecah podium tu. mana la tau, kot satu hari nnt aku leh gak panjat mata tangga podium tu jugak kan.... (walaupun sekejap). terima kasih semua atas galakkan dan dorongan. terima kasih mak dan abah sebab sentiasa ada dengan aku walaupun tau aku dalam kepayahan nak mengejar bebudak lain ni haa.. terima kasih wahai adik beradik yang sentiasa menggila dengan aku. aku tau korang pon ckp gud luck gak (dlm ati pon boleyyy).. terima kasih sayang atas segala yang pernah diberikan terutamanya Kasih Sayang awak!.. terima kasih adik2 black crew sbb masih bersama disini.. terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat maju jaya kat aku...

terima kasih Allah kerana memberikan kekuatan pada aku.

Good Luck semua!  

Tuesday, November 8, 2011

Breaking news~ our house has been ransacked!!!!

haha.. macam thriller je tajuk entry kan? memang breaking news pon.. da boleh dikategorikan termasuk dalam list hari2 bersejarah dalam hidupku.. semua perkara yang berlaku tu aku anggap ujian Allah semata. ye la, da dekat ngan exam cenggini, bila berlaku pulak benda yang tak terjangka (kalo da jangka, mesti dapat elak..) kiranya semua dalam ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap perancangan, kejadian dan hikmah disebaliknya. boleh dikatakan agak memenatkan bila terpaksa berhadapan kejadian macam ni lepas penat berlawan dengan klutch dan gear sebab jem dijalanan. tu da jadi satu hal.. tup2 datang lagi satu berita yang betul2 mengundang debar dihati.
" akak, umah kite kena pecah msuk. barang2 habeh ilang.."
astagfirullahlazim..... melalui list lisan yang mia bagitau, anggaran kerugian memang menjerihkan untuk didengar. mencecah hampir RM10K! Ya Allah.... mudahnya bila Allah nak tarik sesuatu nikmat tu. dalam kita menaruh sepenuh kepercayaan pada manusia yang digelar pak guard, tapi hal macam ni masih boleh berlaku. guard pebenda macam tu?!!! baik suh scarlet dan boypren dia je yg jaga pagar. kiteorng pon nampak hari2 dua makhluk Allah tu sentiasa ada kat area pagar. daripada pak guard yang asyik ngeram telo je. da macam ayam dok dalam reban! tak pernah pon nampak dorang gi ronda2. takkan jaga post guard dan pagar je? wahhh!!! mahal la gaji korg kalo cenggitu.. 12jam dok dalam pondok dan main henset. mana kepercayaan pada profession korang kalo macam tu? hiii.. banyak betul nilai etika yang boleh dipersoalkan. kemain lagi  merantai dan kunci pagar.. yang tu handal la sangat, tapi orang masuk xleh lak nak pantau. siyott btoi! bukan sikit2 anak barang yang ilang. setakat ilang laptop tu, standard la... kat surau pon leh ilang. ni set kamera DSLR siap ngan lens macam2 habeh kna hangkut. kamera digital hak kasih hati aku pon kena rembat.. lepas tengok list kehilangan, sumpah penuh tangan yang mencurik tu.. smpai beg skolah orang pon dorang sebat. (xcukup beg la tu.... bengong!) maka berjam2 la g dok kat balai utk repot. punye la special kes sampai 2 balai kena melawat tengah2 malam. lepas BBB kena g kajang lak. sebab? pegawai penyiasat balai BBB xde. (da tido ngulit bini kot?? hihi.. maaf tuannn.. guwau je).. lepas pegawai penyiasat datang dan buat keje dorg, baru la semua dapat tido.. kesian kat latt tido dalam trauma. kiteorng paham perasaan dia.. takpe latt, akk dan sume org ada. insyaallah kite saling menjaga. tak pasal2 je jae yang takde kena mengena dengan KIAM, merasa jadi mangsa keadaan gak.. amacam sis? sonok jalan2 sampai lewat pagi? hak3..
xde nasihat lain yang boleh dikabarkan dah selain, jagalah harta benda anda sebaik2nya. kurang2kan potensi untuk menjadi mangsa dengan meningkatkan security kendiri. kita da tak boleh meletakkan harapan dan kepercayaan pada individu yang berseragam security dah. kadang2 dorang suspek utama.

latt,sabar ye.. setiap kejadian ada hikmahnya. terima qada' dan qadar tu yang terbaik. latt masih bernasib baik sebab hanya barang yang hilang tapi latt masih selamat dari diapa2kan. tu pun dah tergolong dalam lindungan Allah lagi. syukur and appreciate it.

awak sayang..i'm sory for ur lost.. walaupun awak meletakkan harga barang yang hilang tu rendah dari nilai kehilangan latt, tapi saya tumpang simpati sebab saya tau bukan nilai RM yang jadi ukuran tapi nilai estics pada hak kepunyaan tu yang tinggi. i'm sory dear.. however sayang... saya masih bersyukur bukan awak yang diusik. besar sangat syukur saya .. keselamatan awak lebih utama dari harta.

mia dan sal.. jadikan ni sempadan dan tauladan. kita bernasib baik sebab takde barang yang berharga besar macam dorang, kita hilang. walaupun sal pnye beg kna rembat tapi rasanya tu xjadi masalah sangat kan? unless ada nilai estetika jugak, then i felt sory for u too. juz take care of our belongings and ourselves. akk janji akk jaga korg selagi termampu dan kita saling menjaga. anggap la ni ujian untuk jadikan kita lebih bersedia untuk kemudian hari..

Allah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. kami berserah dan terima ketentuanMu. ampunkan kami kerana sentiasa alpa dan leka sehingga kami diuji begini. Kami khilaf ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun.. kami terima qada' dan qadarMu. tiada yang lebih berkuasa selainMu ya Allah....

Monday, November 7, 2011

keep hurting others~me

maaf!
jenuh dah rasanya perkataan ni kluar dari mulut. mulut pon da bosan nak cakap tapi nak wat cemane, otak da suh.. malas2 pon terpaksa la jugak luahkan. mesti mulut pon ngumpat otak sbb asyik nak sebut perkataan tu tapi dok ulang lagi buat benda salah.. *percuma aja! (bak kata ibuk2 indon....)
it's hard to be me.. tu la antara ID aku. memang betul pon.. aku takde la susah sangat tapi orang yang nak bersama aku tu jadi susah. keep hurting others especially the love one. im trying so much to conducted the flow but yet still have lack here and there... kadang2 terasa dah tak mampu tapi tetap je teruskan. nape eh? takkan la tegar betul kedegilan aku dek tahi lalat yang terlekat kat telinga ni? degil atau determination? ntah la.. tak reti gak nak pilih. aku ada jawapannya... love! kekuatan kasih sayang dan cinta tu la yang jadi kekuatan pada hati.. tapi nape aku asyik menyakitkan berbanding membahagiakan? damn me...
aku nak cuba la eksperimen kan perasaan sendiri. nape tak nak teruskan je plan nak jadi "slowdown" or "slow+down"? takde la susah sangat nak handle profile macam tu. superficially, this kind of profile will be the easiest person to handle. they juz listen and obey the command. senangkan? sume orang akan hepi.. perasaan dan emosi tu masih ada tapi dilimitkan pada diri sendiri je. sedih, penat, bengang dan terasa down tu tolak ketepi. ada la masa nanti nak manage perasaan tu. yang penting hati orang lain dulu kna jaga. mark my word, everybody will hepi. trust me...easy rite? yup! why not kan???? sampai masa, dapat gak hepi untuk diri sendiri.. pasti boleh rasa hujan petang yang ada pelangi tu.. tak yah la risau sangat. macam CPU, sampai masa dia nak shut down, it will automatically shut down. that time, bukan hibernate dah tapi rest panjang... so semua orang kena rest masa tu. as the person himself, take the deep breathe as much as u can.. amacam, ada bran?

p/s : tolong lah wahai hati.. sejajarla dengan akal dan fikiran. cukup2 la menyakitkan orang lain dan belajar la bekerjasama nak membahagiakan orang yang jiwa ni kata sayang tu.. help me ok guys? i'm counting on u.. plezzz

Friday, November 4, 2011

terkejut+terkedu= sedih~redha

sesuatu yang tak terjangka, menjengah ruang masa aku hari ni.. mood yang tak berapa stabil sebab banyak sangat benda nak dibuat pada 1 masa diganggu plak dengan dering enset yang aku sendiri terlupa nak silentkan... sendiri rasa nak marah sebab sape ajelah yang ngacau tengah2 orang sibuk nak buat presentation. takkan la nak gak kol dalam waktu kelas. tapi tak jadi nak marah sebab yang kol tu abah dan nada suara agak berlainan masa memberi salam.. ada yang tak kena...
" pak anjang kita dah tak ada..."
pak anjang? pak anjang mana? xkan la........ tekaan memang tepat. dari getaran suara abah mengesahkan 'perasaan lain' yang aku rasa tadi.. Pak anjang awie yang sinonim dipanggil pak anjang pekan dah kembali ke rahmatullah pagi tadi.. innalillahiwainnailihirajiun... tak semena2 aku rasa perasaan aneh menjalar.. sedih! aku terasa susah nak terima, terkilan dan berasa serba salah sangat2 sebab aku tak mampu balik dan melawat untuk kali terakhir. dari suara abah tadi, aku paham perasaan abah yang kehilangan abang dan adik dalam masa selang setahun je.. berkali2 aku mintak maaf sebab memang xsempat nak ke pekan disebabkan masih dalam jadual dan ada kelas. abah cakap xpe dan jangan susah hati. dorang dalam perjalanan nak ke pekan. aku betul2 tak tau nak buat apa dan terasa lemah sangat.. kenapa aku masih xmampu nak bersama mak anjang dan keluarga sedangkan aku dah ada kelebihan kenderaan..
maafkan saya pak anjang.. terkilan rasanya tak dapat bersama, bacakan yassin dan menyentuh pak anjang untuk kali terakhir. tak sangka pertemuan 3 bulan lepas  merupakan pertemuan terakhir kita. Ya Allah, terkilannya hati ni...
mak anjang & mak anjang siti.. sabar dan tabahkan hati. kita hanya merancang tapi Allah pemilik segala keputusan.. jodoh kita dengan pak anjang sampai setakat ni je. kami tau mak anjang kuat.. kami sentiasa ada dengan mak anjang sampai bila2..

takziah buat faiz, iqbal, zarith, adam dan iman.. redhakan lah pemergian ayahanda. memang mengejut tapi kami tau kalian cukup tabah nak menghadapi kehilangan ni. kami turut merasakan mendung dalam keluarga ni sebab pak anjang ayahanda kami juga. dah sampai masanya korang bersatu dan saling menjaga.. Faiz lah ketua keluarga sekarang.. walaupun dah berkeluarga, zarith, adam dan iman memerlukan abang long mereka untuk tunjangkan keluarga semula. iqbal, mulakan la langkah dewasa dengan berfikir kepentingan adik2 dan ma.. adam dan iman terlalu kecik nak paham ni semua. kasihankanlah dorang yang masih perlukan kasih sayang abah tapi dah terputus disaat puting masih dibibir...

kami akan sentiasa merindui kamu pak anjang.. pak anjang sentiasa hidup dihati kami..

al-fatihah

Thursday, October 13, 2011

dah agak dah...

benda yang aku harap memang tak selalu jadi... tak boleh nak sanggah langsung klause " kita hanya merancang tapi Tuhan lebih dulu menetapkan untuk kita.." da cuba sedaya upaya nak capai target tapi macam tu jugak yang dapat. tak nak la tergolong dalam golongan yang tak tahu bersyukur tapi terasa jugak nak mengeluh kekesalan. bukan salah sesape tapi disebabkan kekurangan sebagai manusia biasa ni lah, aku akui kegagalan nak capai matlamat perancangan sendiri. walaupun da ada prediction, tapi masih nak mencuba nasib.. guess what? yup.. sekali lagi "i'm just a human being..." perancangan tu bukan milik kita. cuba mencari sesuatu yang menggembirakan dan menguntungkan semua pihak tapi ada pihak lain yang terpaksa berkorban dan akhirnya kerugian juga dalam genggaman.
kekadang tertanya2 jugak, bila agaknye nak merasa keuntungan? balik2 kena buat plan, proceed plan, tapi result...????
dah agak dah... :(
terima kasih semua sebab sudi menyertai plan aku. sekurang2nya aku da dapat ramal beberapa kerugian yang aku bakal hadapi kalau aku masih nak mencuba nasib macam ni. well, thanx but no thanx.. no next time anymore...~

Wednesday, October 5, 2011

apa ada pada nama...

sambil2 belek status, gambar2 dan komen teman2 di laman sosial cyber, terlintas sekejap satu pertanyaan..
"macam2 nama orang sekarang ni.."
nak2 pada orang yang baru bergelar mak bapak.. nama mesti secomel baby yang dilahirkan. bersuku-suku kata dah bila menamakan anak. nak berbelit lidah pun ada. setiap pujian mesti datang dengan pakej~
" alah2 comeynye baby... nama pun dasat! nak berbelit makcik nyebutnye.."
 mesti bangga n kembang kencup daddy n mummy baru tu. siap ade definisi makna yang indah untuk nama terpilih tu.. untung la si anak. memang da jadi trend nama kena ikut arus pemodenan dan terkini. tapi sayang... nama dah datang berpakej dengan mksud nan indah, da lengkap pembuka, pertengahan dan siap penutup pun namun.. panggilannya tetap sekadar; 'baby', 'boboy', 'gurlgurl', 'danny', 'khyle', 'shasha'... laaaa... kalo da nak banyak tu je panggil, apsal panjang2 sangat bagi???? da sampai tergeliat atuk dan nenek nak panggil, tup2 banyak tu je tinggal.. wat penat je..
bukan nak mengata sebab pada nama aku sendiri pun sewenang2nya dipendekkan. tu yang aku sendiri tak dapat nak jawab. lepas dikaji (secara mudahnya la..), NUR HAYANI terlalu indah maksudnya.. 'cahaya kehidupan'.. aku suka maksudnya sebab hidup=live=survive.. aku ada pada semua ciri tu. aku anggap aku survival sehingga sekarang dan tersangat mahu hidup yang mampu memberi kehidupan kepada orang laen.. aku suka motto "live ur life" yang aku pegang berkurun tu.. sekurang2nya aku still boleh gembira sampai sekarang walaupun banyak benda dah aku hadapi. walaupun kebanyakkan orang pandang nama tu terlalu berbeza dengan pemiliknya tapi aku suka! aku suka cara abah menerangkan kenapa nama tu dipilih untuk aku.. dia nak aku hidup dan memberi kehidupan pada orang laen... teruskan menyayangi, mencari kasih sayang dan disayangi,  bolehkan?
aku suka apa yang ada pada aku dan aku harap aku xubah apa2..
so apa ada pada nama? lu pikir la sendiri...

Friday, September 30, 2011

i'm not belong here... again~

tak tau nape tetiba terasa macam ni. ada 1 perasaan menyelinap dan jauh kat lubuk ati ni terasa sedih sangat2. terima kasih Tuhan sebab takdirkan aku macam ni dimana aku mampu menyembunyikan perasaan tu. disaat ni betul2 terasa nak mengalah dan set back dari semua 'current status'. aku mula terasa berat nak melangkah. perasaan ni aku pernah rasa masa sem 1 dulu. sekali lagi terasa ketidakmampuan yang nyata. xboleh nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. sekarang makin bertambah buruk rasanya. aku semakin menyusahkan orang disekeliling. 1 benda aku boleh overcome, aku dah boleh elak dari menyakitkan orang disekeliling tapi sekarang terasa menambah beban untuk orang menanggung. aku tak nak jadi macam ni. ibaratnya gali lubang, untuk kambus lubang lain tapi kena gali lubang lain lagi untuk tutup lubang yang aku bukak sebentar tadi.. dah tu bila nak berakhir??? tu sebab aku terasa aku tak layak ada di sini. aku bukan menyenangkan orang tapi bertambah susah. aku taknak digelar opportunist. untuk hari ni je aku dah sentap! sms demi sms masuk bertanyakan dimana janji aku dulu. senangnye aku memungkirkan janji padahal aku la yang menetapkan janji tu. tapi kalau boleh aku mmg nak elak janji yang aku buat tu. ingatkan boleh ilang ikut angin je tapi ye la.. xkan la boleh lawan dengan organizer electronik yang dok digonggong merata tu kan? sah2 la ada reminder kat situ. kalau la boleh aku nak buat orang faham ape yang aku nak... terasa bertimpa la sekarang ni masalahnya...jawapan mudah tanpa kompromi yang boleh aku bagi; aku tak sedia lagi. bagi la aku masa lagi. sampai 'time-out' pon aku tak kisah. tambah pulak dengan pelbagai kerenah yang timbul sekarang. buat aku terasa sangat terhimpit... perlu ke aku je yang nak faham orang? xboleh ke orang cuba nak faham aku plak?
betul ke aku layak ada kat sini?

Friday, August 12, 2011

perlu ke nak cabar aku?

suke la sangat manusia ni mencabar kan? da aku bagi peluang, still nak main2 ngan aku.. lawak sangat ye bile buat gurau ngada2 macam tu? ingat aku nak gelak ketawa n bergurau senda ngan ko? hey g mampos la dengan gurau bangang ko tu. pantang betul bile orang da langkah limit yang aku da letak. dari guna bahasa manusia sampai guna bahasa sindir, still nak tersengih2 n ade hati nak bergurau lagi? F**k Y*U la! macam tu nak dikatakan cemerlang dan berbakat nak memimpin? HAHA.. in ur dream la kawan... dengan umo yang aku ada melangkaui nyawa korang tu, awal2 lagi aku da tergelak dalam sweater. bagus la bile nak tunjuk bakat kepimpinan tapi kat mana respek yang nak kami letakkan pada manusia bodoh sombong macam ni? bodoh sombong la tu bile xmampu nak respek orang laen jugak. pendapat ko je yang betul, time ko je yang tepat, keputusan ko je yang leh pakai... cancibai la beb! berbangga la dengan pe yang ko ada sementara ni sebab lepas ni orang xde selera nak respek ko dah. aku orang pertama yang xkan pandang ko sebab attitude taik katak ko tu. cakap meletup2 tapi tolong la.. xnampak pon betulnya. aku rasa aku berhak nak cakap mcm ni sebab aku lebih lama idup dan belajar menyanjungi n hormat orang. hormat bukan sekadar tunduk dan merendahkan diri dan suara tapi elemen hormat tu luas, antaranya hormat sket waktu tido n rehat orang! kau nak jadi monyet ke, jadi kelawar ke, ko jadi sorang2! xpayah ajak orang laen!! sebab ko, semuanya rosak.. terima kasih la banyak2. aku serahkan bulat2 tanggungjawab tu kat ko. sekarang ko boleh g mampos!

Saturday, July 30, 2011

percaya padaku..

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Friday, July 29, 2011

mungkin.... aku tak selayaknya untuk itu~

Alhamdulillah dah hampir seminggu sesi semester baru ni dah pun bermula. Adat la minggu pertama, kelas pon celup2 lagi tapi aku tak nafikan bz sungguh aku sampai nak menjenguk mr.blog ni pon tak sempat. (kot sempat pon, saje je xnak singgah sebab xckup masalah lg.. kan mr.blog kannnn... hehe)
Hepinya bila da masuk asrama semula.. dapat jumpa semua adik2 aku ~the black crew~ 2 bulan aku tunggu dorang. walaupun banyak masalah dari awal (pasal bilik la..) tapi akhirnya kami bersama lagi. Yup! legasi floor 5 tetap diteruskan. walaupun suasana bilik baru ni "kidal" tapi kami tetap suke...
Dari segi hubungan, kami tetap "sister's" mcm dulu. Gurau2 kasar tu la makanan kami. baru live ur life.... tapi kan, terbit la sikit sedih kat hati ni.. dalam ramai2 kami gembira tu, ada la hati yang muram n suram.. dan kesuraman tu hanya dengan aku. Baguslah dengan aku je.. sekurang2nya orang lain tak terlibat. aku mencari2 kat mana silap aku tapi ye lah, aku tak sehandal mana nak mengorek walaupun sedikit sebnyak ilmu memjuk tu aku ada. Lebih menyakitkan, suasana suram antara aku dan dia berterusan hingga hari ni. Hanya inbox menjadi medium perbincangan dan bicara kami. walau aku pujuk, dia tetap menepis dan mengelak. aku nak sangat dia yang dulu tapi bila la agaknye boleh dapat... apepun aku tetap hepi tengok dia enjoy dengan orang lain.. sekurang2nya aku tumpang senyuman tu.. memadai la kot.
Dan sekarang tambah 1 lagi kes.. ntah la kes ayang aku malas nak sebut sebab menyakitkan hati sendiri. Hak orang tapi aku nak berkira. Dah puas aku pujuk hati dan akal aku ni, "hak orang, kamu jangan sentuh!".. tapi degil sungguh pale rabak ni. betul la aku hanya pandai bercakap tapi xpandai nak praktikkan. konsep toleransi dan tolak ansur tu aku gagal tunjukkan. sudahnya aku bawak diri semata2 nak tenangkan hati tapi berakhir dengan perang dingin. haishhh!!!!!!! nape la plak aku yang nak merajuk padahal itu hak dia? gile la aku niiii!!!!! kadang2 terlalu sayang, makan diri gak.. padan la muka aku.
Pe lagi aku boleh buat? kiri aku tak mampu nak cover. kanan pon aku tak larat nak kepung.. semuanya aku keciciran. camne eh?

mungkin ke??? (tajuk kat atas)

3 kata keramat itu hanya untuk kamu...

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
 Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
 Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
 
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
 Kita tidak terpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan 
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga 
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar 
Pejamkan matamu
Lihat lah di hati 
Semua kasih terhimpun, 
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang keluar
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..i love you    

p/s :

3 kata dalam pelbagai bahasa samada dimuatkan dalam lirik ini atau tiada dalam lirik; hanyalah untuk kamu....

Friday, July 8, 2011

aishiteru~

hurmmm... hari pe ni ye? khamis da kan? wow, sekarang baru terasa cepatnya masa berlalu. tggal bape hari je lagi.. hehe! Rasa tak percaya tu still ada. ye ke ni? ahad ni da nak balik ke bangi untuk join training OC.. PAP!! haaa.. sekuat alam aku tampar dinding. adusss... memang sakit. maksudnya aku memang berpijak atas bumi yang nyata la. Masa dapat berita tu, aku macam lost. ha? tu je reaksi yang aku leh bagi. Last minit kot~ bercampur2 perasaan aku. gembira+terkejut+serba salah+blurr. Gembira sebab kesakitan aku akan diakhirkan lebih awal dari yang sepatutnya. terkejut sebab layak ke aku join. serba salah sebab kehadiran aku sebagai orang awam sahaja mungkin menjejaskan reputasi yang mencadangkan nama aku. blurr sebab.. memang blurr la! Tapi peratusan kegembiraan melebihi segala2nya dan semua perasaan lain aku tolak ke tepi. 'kesah pulak' bak kata amor aku. jadinya, aku dengan semangatnye akan bertraining bersama dorang. aku anggap ni la peluang baik dan tak salah aku rebut dan laksanakan. (macam la aku xpenah buat dulu.. hik3). terima kasih atas kepercayaan dan peluang diberikan..

tapi hari ni kekecewaan sedikit terasa sebab dengan xsemena2 benda alah tu menyerang lagi. sedaya upaya aku jaga sebab tggal bape hari je lagi tapi nak jugak dia datang. ahhhh... kesah plak. macam x biasa high temperature tiba2 kan? cool fever kan ada. insyaallah sumenye reda nanti. cool fever? huwaaaa.. rindunya! bila sebut pasal cool fever ni, memang xboleh lupa dan dia sangat related pada benda alah ni. kerana nak pastikan aku xkena shock sbb badan panas tiba2, dia sanggup bangun tengah malam mengelap dan menampal cool fever di merata tempat kat badan aku. paling aku tak sangka, dia sanggup keluar lewat malam nak beli asam jawa. katanya ikut petua orang.. sungguh la aku da susahkan dia. aku betul2 hargai pengorbanan dia. bukan aku yang boleh membalasnya, hanya Allah boleh!

aku akan pastikan aku xmenghampakan dia utk bersama2 ke kem training OC. janji! kekuatan tu datang dari semangat yang dia penah bagi pada aku. insyaallah aku akan ada bersama..awak, tunggu tau. nanti kite camping same2... semuanya kerana pe awak tau?

私はあなた永遠に愛して....

Thursday, July 7, 2011

ada lagi eh kisah cenggini?

bz.. bz.. bz.. and bz (eleh ye la sangat.. haha).
mengalahkan pak menteri kesibukkan aku neh. tapi 'memey' pon aku bz. tuu... dak adam tu la. da dapat kaki n mulut ni, huwarrghhhhhhhh... penat la jadi balaci bos kecik nih! tapi mujo la sayang kat dia tu lebih lagi. kalo tak, da lame aku sangkut kat pokok.. kussssss semangat!
dalam kesibukkan pon aku cuba luangkan masa ke hospital. ade edara eksiden plak dah. kena lepak spital la dia dek kecederaan yang agak parah tu. atas dasar kekeluargaan, tiap2 petang la aku bawak adam melawat sedara kami tu. hihi.. teringat lak zaman aku terdampar kat spital ni. eksiden la jugak.. tapi aku dok wad sebelah. so mmg mengimbau kenangan jugak la bile tgok org eksiden dgn kaki msuk besi arial tv, gantung tgn, leher da mcm bionik. ngeee~
aku kesian tengok sedara aku ni.. dalam sakit mcm tu, hal keluarga xreda jugak. dia mmg ada selisih sket ngan bapak dorang. dalam ramai2 adik badik, dia ni mmg bapak asyik marah je. katanya berpunca dari hubungan yang tak direstu. keras ati bapak dia membawa ke perselisihan yang tak sudah2. akibatnya, anak terkedang kat wad camtu, bapak pon berat2 je nak datang melawat. tak macam abah aku, baru je nak nyuap nasik ke mulut, tup2 dapat brita aku kat ER, terus melompat2 datang. syukurnya ada abah n mak macam ni. Simpati jugak nengokkan nasib dia.. sabar je la~
nak dijadikan cerita dan rezeki aku, satu petang tu aku datang melawat.. aku terserempak la dengan BF dia yang memang da ada melawat. oo.. ni la bf dia. ermmmm.... agak berasas jugak menimbulkan kemarahan bapak dia, sebab jarak dan beza umo yang sangat ketara. tapi kalo da jodoh, nak wat cemane kan? dek risau n takut berlakunya pertembungan antara bapak n bf tu, si adik berusaha sedaya upaya cover line. tapi pintu lain yang dorang cover, dari pintu laen si bapak muncul.. GULP! 
Yup.. perkara yang tak diinginkan sudah pon berlaku. hilang segala adab dan perasaan malu bila nampak orang yang dia xsuka@benci. halamakkkk... da macam drama lak jadinya. si bapak bermati-matian menyumpah seranah. si bf dah pon mengalah dan nak berundur diri tapi ntahape yang rasuk si bapak sampai nak cari pasal gak kat situ. hadoiii... sumpah aku terasa setebal dinding da muka. memang la aku xde kena mengena tapi aku kesian kot kat yang tengah sakit tu! luar dalam sakit bile nengokkan kerenah bapak macam tu. tempat awam pon nak tunjuk keras pale. bapak.. bapak..
aku simpati tapi sah2 xboleh nak tolong pe2. emosi terganggu bile jadi macam tu. terkedu aku.. sabar la, da memang nasib nak kena macam tu. kita da berusaha tapi Allah dorongkan jugak utk berlakunya kejadian tu. ada hikmah disebaliknnya, jadinya bawak bersabar dan bertenang je. tu je la yang mampu aku cakap.. :(

bersyukurnya aku ada mak abah yang sangat sporting dan penyayang. aku xbleh nak mintak lebih da.. ni la makbapak terbaek yang penah aku ada dan xakan ada yang laen. aku tertanya2 jugak.. susah sangat ke nak tengok anak bahagia? kalau da tu jodoh dia, ape salahnya restukan aje. pandai la dia nak idup lepas tu. sekurang2 bapak da leh lepaskan dosa anak utk orang laen yang bergelak suami dia utk menanggung. tak kesian kat anak ke? hurrmmmm.. tak sangka, ada lagi kisah macam ni...

Friday, July 1, 2011

aku tak sedia lagi~

adam.. adam..~
buat kerenah macam ni la yang acik xlarat n tak berkenan. haish!!
dari mane la dia belajar menjerit2 dan membentak bile xdapat ape dia nak? ni la akibat bila xnak dengar cakap n nasihat orang. anak tu tak salah tapi cara mak bapak dia berfikir tu yang buat aku menyampah. nape la slow sangat? kenape susah sangat nak terima pandangan orang lain yang ada sedikit pengalaman walaupun muda dr korang? bukan tak tau aku penah tinggal same dengan orang yang ade life hampir sama mcm korang jugak. tapi dia ok je. boleh je idup. tengok ape da jadi skang? sudahnya anak korang xnak dengan orang laen dan lebih melemahkan, ank korang kurang sosial skill. susa la ini mcm...

tu la aku cakap, aku tabik pada orang yang nak kawen n kawen. betapa kagumnya aku sebab pada pendapat aku, dorang da cukup bersedia nak menempuh alam baru. alam yang segalanya tentang diri kita n pasangan serta zuriat yang akan datang. kalau aku, aku nakkan segalanya lengkap dan da ada persediaan rapi. bak kata mak, sebagai pompuan/ bakal isteri/ isteri.. before get married, kite mesti ada sekurang2nya 50% harta dari diri kita sendiri. bile da kawen, lagi separuh tu datangnya tentu2 dari husband. buat bekalan awal so in case kalau jodoh xpanjang, kita da bersedia. i want the best 4 family, myself n kids.. yap! aku penah bincangkan hal ni dengan seseorang dulu. mujur la ada yang memahami kehendak aku yang agak demand ni.

tapi melihatkan cara dorang ni.. hurmmm... aku memang tak sedia lagi...

Tuesday, June 28, 2011

KSSU.. the end~

tamat la sudah KSSU~
kat sini la aku kembali.. atas tilam nan empuk, kat umah yang damai. hurmmm... damai ke? hahaha.. menipu diri sendiri aku ni. hati macam nak pecah menahan perasaan, lagi cakap damai.. chitt! aku nak nangis ni.. tolongggggg!!!!
ni la hari dan saat yang paling aku xsuka. saat perpisahan. memang da lali dengar pepatah 'setiap yang bermula pasti ada akhirnya' tapi still tak leh nak cope. hadoi laa.... belagak macho pon xguna sebab ati da terlalu 'dadih'... memang la happy sampai umah dan tengok muka2 yang aku rindu tapi nape xleh mengatasi rindu pada yang aku tinggalkan? haishhhh... teruk suda aku ni.
sepanjang jalan tadi terasa berpasir je mata.. boleh gila aku dibuatnya sebab setiap tempat yang aku pakukan mata, mesti berebut2 memori nak msuk ke otak. setiap dialog yang penah dituturkan, synchronize dengan tempat2 yang aku lalu. haiyoooo... sesak nafas beb! tangan pon xbleh nak alih dr tempat bese.. terasa hangat lagi. sehangat ada jasadnya di sebelah..
pada aku, KSSU tu adalah dia. its all about sports, me and her. skang KSSU da habeh, so secara rasminya aku pon da kna balik. same goes to everybody. cepatnya masa berlalu~

tempoh seterusnya yang aku kna tunggu, SEBULAN. haaa kau, merasalah puas2 berguling gelimpang utk sebulan ni. hahaha.... sedangkan ada depan mata pon rindu, ni kan plak sememangnya jauh. HAIYOOOOOO~

KSSU da berakhir, tapi nape pertemuan pon ada pengakhirannya?? hurmmm.....

Thursday, June 9, 2011

let it by gone be by gone~

ermm... xtau dari mana nak mulakan.... nak stat ngan aktiviti harian la dulu. ape sangat yang berlaku skang ni eh? tiap hari ada training, ke hulu ke hilir keluar utk training dan makan. hahaha... tang ke hulu dan ke hilir tu mmg keunikan kiteorng dak badminton ni. xmacam game len, sume tempat da ada utk training. kna kat kiteorng, terhegeh2 mencari menatang court tu. alhamdulillah, berkat kesabaran dan panjangnya akal manager kiteorang, akhirnya 2 mggu terakhir training ni, kiteorang da dapat tmpat yg sempurna nak jalani latihan. thanx manager sayang! hahaha... aku la paling bertuah sbb manager ni bukan setakat manage team, dia la manager peribadi aku! sayang awak la cik manager!! latest tentang team badminton kssu kali ni, kiteorang berjaya mewujudkan team baru kssu versi junior SEMUA.. yay! (maafkan kami senior... tapi gap tu korg yang cipta..). dan kisah training malam tadi memang 1 pengalaman baru. 2 senario yang berbeza pada 2 personaliti yang berbeza.. tabik spring aku bagi kat seorang yang sbelum ni aku anggap dia agak sombong tapi sebenarnya dia 'down the earth' jugak.. sungguh! aku mmg tak pecaya tapi tu la hakikat. kesanggupan dia mendengar 'nasihat' dari seorang yang sangat rendah berbanding dia tu yang buat aku respek sangat2. mulanya segan gegile nak memandai2 bagi tunjuk ajar (da memang badminton ni la yg aku pandai... hik3). maklum la, org yang aku nak ajar tu bkn calang2.. tapi dia sanggup dengar. dari segan jadi seronok.. berkongsi ilmu dgn pensyarah aku sendiri, mcm tak caye je! seronok bila nampak senyuman dia yang BETUL2 SENYUM bila dia dapat tangkap pe yg aku tnjukkan.. hehe. 1st time aku bercakap dengan dia secara bukan akademik. she juz fine actually. paling kelakar, dia menempah aku utk trained dia lagi. ahaks! blushing dowh... insyaallah kalau xde aral ye miss... kan bagus kalau akk yang jadi kapel regu miss tu lebih terbuka pemikirannya.. jangan la berlagak sngat. ilmu yang ada kna berkongsi. walaupun kiteorng ni boleh dianggap pelajar dan kamu tu staff, tapi xsalah kan berkongsi pengalaman... ape daaa nyombong!

pe lagi eh? oo ye.. buat sis KSS, maafkan akk atas segalanya. tu la bukti bila nafsu menguasai akal. so semudah tu nak tulis bukan2 dan akhirnya menyinggung perasaan awak. ok2.. kite ttup cerita lama dan bukak cerita baru. saya tetap menyayangi kamu dan semuanya yang ada di samping saya. let the new era begin.. famili kita akan stick bersama sampai bila2. tegur la saya bila saya mula hanyut dan melupakan..

let it by gone be by gone~

Monday, June 6, 2011

kssu...

lame x update blog ni... xde la alasan lain melainkan bz semata2. sungguh ni! mmg bz bebenor. sejak check in 27hb lepas smpai la sekarang ni, aku ni da idup macam menteri. ke hulu ke hilir tau. bezanya menteri sibuk meeting, aku sibuk la ngan KSSU.. hak3! sebenarnya KSSu da jadi agenda ke2. xde la yang dpt mengatasi perasaan gumbira yang berlipat ganda dek dapat jua ketemu dgn 'buah hati' aku... hik3! sape la lagi kan??? akhirnya rindu terubat jugak lepas nampak dia turun dari bas yang bwk dorg kua dr utan ritu... daym! missed her so much! awal pg aku dpt berkongsi kegembiraan dan kerinduan 2 budak yang da terubat sebab dorg pon akhirnya dapat berjumpa. tapi tak tertanding la tahap kehepian aku, wahahahahahaha!! akhirnya aku tak tido sorg dah.... :)

minggu sukan dimulakan dengan aktiviti sjuta belia kat putrajaya.. weehee~ seronok lak dapat ber'dating' sambil beraktiviti. lepak kat perkampungan Tabung Haji memang menyeronokkan. da jadi rezeki si dia, kot jadi pemidato bidan terjun pon, xpasal je menang RM500! alaaa... da mmg bakatnye ada pada lidah dan akal dia. well, aku tumpang gembira la weh.. i have faith in her.. keyakinan dia, keyakinan aku jugak. caya lah sayang! yang penting.. kita dapat bersama semula.. tu la kemenangan sebenar, ceewah!

berbalik semula ke persediaan KSSU.. bangga jugak dapat join geng badminton. latihan da mula nampak bayangnya. mula dengan fitness dulu sblm latihan. Ya rabbi... fitness ke latihan ketenteraan??? sumpah loose abeh badan aku. sesakit2nya lepas join fitness.. betul ckp ex-coach, aku da ilang stamina. aduiiii.... bape2 hari dalam minggu pertama ni, aku betul2 kalah! tapi lebih menyakitkan bila terpaksa tengok dia memaksa diri nak join training. skang dia da injured. risau tgok terhencut2 mcm tu. xpe la sayang, nnt kite g spital yea. kna g jugak!

ckup la update kot stakat ni. esok ade latihan lagi. nak tdo da.. jom bby kite tdo.. c ya later mr.blog. nyte

Monday, May 23, 2011

do i care? like i care....

cemuih la aku mcm ni... penat! lantak la orang nak kata pe pun. ikut suka la nak luahkan pe pon. yang aku tau.. lepas aku trace semula kejadian demi kejadian.. xde kena mengena ngan aku langsung! buat penat je aku jadi blues lepas baca blog hamba Allah tu. pada aku sendiri punya kesilapan tapi orang lain kna tanggung dosanya. dat's it.. im done!
to blogger who may concern... cuba ingat semula pe yang dah berlaku. hati sape yang terguris waktu tu? dan kenapa skarang baru awak nampak? yang pastinya rel ketapi xkan terpesong sndiri kalau bukan ada yang menrik tuil pesongan atau ada yang mengawalnya dari jauh. betul kan? mungkin pemandu ketapi tu dah terlalu jemu nak ikut trek yang sama setiap hari dan akhirnya ada jurutera yang bina trek lain untuk elak lalu kat trek lama. mungkin pemandu ketapi tu da sedia nak cuba trek baru dan dia rasa sangat selesa dgn perjalanan trek baru. semuanya ada kemungkinan kan? tak adil la nampak kepincangan tu sekarang dan terlupa punca dan titik pemulaan macamana terjadinya semua hal ni. kaji semula ok?
pada aku, hak ingin menyayangi, ingin memanjakan, ingin menjaga seseorang tu adalah individu. so aku berhak nak buat apa aku suka pada sape aku nak. maafkan aku kalau ada yang terasa 'hak'nya dirampas.. this is one of the beautiful sin...~
buat awak, dun wori.. this is not battle or contest of winning something.. its juz a challenge..
i love u..
i love u more..
i love u more than more..
i love u infinity..
i love u till the end..
eternally in my heart..

p/s: fight me that..

Sunday, May 22, 2011

i knew it...

wow! tekaan yang tepat.... pelikkan? tak sampai 5 minit aku post entry tadi, tup2 2nd entry da masuk.. aku sengaja merayau membaca blog orang tadi. macam mengacau2 tangan dalam balang cabutan bertuah, maka ada la blog bertuah yang aku terbaca, blogger tu aku knal la sangat2. skrol pnye skrol, aku terjupa satu entry yang sangat menarik.. i mean 'sangat menarik'.. sebab pe tau? ada perkataan 'akak'.. eh, pasal aku la tu. bila aku baca, berdesup darah naik ke kepala.. Ya Allah, aku dah mengguris hati blogger ini rupanya! ntah bape kali terkedu dah aku hari ni... aku boleh diistilahkan 'perampas'... aku da rampas kebahagiaan dia selama ni. aku terpaksa tengok perselisihan demi perselisihan antara dorang disebabkan hal itu, tapi lepas baca luahan dia, point besar dan sebenarnya kenapa dia buat macam tu adalah sebab kehadiran orang bernama 'akak' tu.. i swear i really dun know.. =(

dear beloved sis blogger, saya mintak maaf sangat2. saya tak tau saya la puncanya ada retak pada hubungan korang berdua. i wish i can do something to repair the damage that i've done. im so sori... 
teruknya aku~

7th day without...~

hrmmmm..... da seminggu pon dok kat umah. sepatutnya hari ni aku da dekat bangi tapi ketentuan Tuhan mengubah segala perancangan. so ade kat sini lagi la gayenye... teringat semula hari yang aku dapat tahu pasal perubahan tarikh utk training tu.. terasa2 lagi kekecewaan memuncak dan sekaligus trigger smula kemarahan aku masa sukan bulan lepas.. pasal tunda game badminton. aku ledak dan lepaskan kemarahan aku pada orang yang tak sepatutnya sekaligus menyinggung sangat2 perasaan dia. macam tu la bile aku emo. aku susah nak marah orang tapi bile semangat aku dicantas, da tak dapat bendung rasa nak mengamuk tu. hasilnya aku 'tebas' semua orang yang ada disekeliling aku. tu la bila nafsu amarah menguasai akal. kekecewaan yang berlaku baru2 ni semuanya kerana terlalu mnaruh harapan tinggi nak balik bangi dan berjumpa dia. terlalu rindu macam empang nak pecah daa.. memang la aku bengang bile dengar citer bangang macam tu. nak meletup rasanya dada. tak pasal je aku mengamuk padahal bukan dia yang uruskan semua tu. padan la muka aku bila orang da merajuk. sendiri yang seksa... 

hari ni aku jadi pendiam.. banyak elemen buat aku jadi mcm ni. mud yang xbape elok disebabkan kecewa dan sedih. i really want to go back to bangi. makin hari aku terasa makin banyak aku menyakitkan hati semua terutamanya dia. aku tak dapat halang benda nak jadi tiba2.. contohnya seseorang yang datang semula mencari aku. pelik gile! aku tau dia xsuka kalau dia dapat tau hal ni. so aku cerita la kat dia. i knew it! memang dia tak suka... tengok, sekali lagi aku lukakan hati dia... aduii, teruknya aku!

kalau ikutkan da xsanggup aku menunggu utk 4 hari lagi tapi kerana nasihat dia, "sabar la.." dan aku ajar hati suh bersabar. tapi kalau hal macam semalam jadi lagi, aku memang tak sanggup nak tunggu dah. aku angkut sume brg dan trus pecut balik dan bersemuka. i mean what i said! 

7th day without... it's disaster~

Saturday, May 21, 2011

6th day without..... & hepi besday jae!

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan wahai Jae.. Allah selamatkan kamu... dasat ko ye cik jae. jenuh aku nelepon, haram kamu angkat. takkan la tido lagi?? grrrrr... 
xsempat aku nak nyumpah, tetibe ade org call.. haaa.. idop pon ko~ lepas nyanyikan lagu hepi besday baru la jae gitau dia dalam court squasy td.. woooo!! atlit squasy la plak dah. memang ade baka atlit belake adik badik aku ni. aku sebenarnya agak terkilan sebab sepatutnya aku da balik sana hari ni tapi dek berlaku rombakan besar2an, terpaksa la aku tunda.. kesian jae. ingatkan dapat la selebret ngan dia. mujo la jae xkisah. minggu depan plak ye jae... aku knal adik badik aku. kalo nak celeb bday, kek2 ni xmain la.. layan stimboat trus. mane lagi kalo bukan johny's kan... (tempat 'famili' bak kate jae..). insyaAllah jae, nnt kite g melantak kat sane. kau tunggu je la. aku suke dengar wish bday dia.. dia nak raket squasy. terbaek la jae.. kite mmg famili raket2. jangan bimbang, aku da sampaikan hajat kau, nanti ade la sebungkus raket squasy datang. nasihat aku, main je selagi daya.. nnt aku datang temankan kau main. hepi besday sis.. even aku hala ke Kl gak rini, tapi aku tak sempat nak singgah sana. just sampai genting sempah je. pastu patah balik. ape punye meeting la ka genting sempah kn?


petang tadi, dengan sengaja aku suh mak n yana bawak adam g jalan2 ke batu10.aku kat umah we. saje je suh bawak adam tu. lagipon da lame benor aku tak ke sane. adam tu lagi la... last sampai umah we pon mase raye taon lepas. nak dijadikan cerita dan rezeki, tak pasal je aku leh terjumpa dengan pak anjang pekan. tu diaaa... satu famili mai. dorang dari KL sebab antar zarith masuk UITM. nape aku cakap rezeki? dapat la aku jupe ahli famili baru p.anjang. sape lagi kalo bukan cucu sulung p.anjang yang baru berumo 56 hari.. alahai comeynye nur aisyah bt daniel faiz. kecik aje aku tengok (xlame besar la.. kn?). petang ni pon kali pertama aku jupe anak2 kecik p.anjang (wife ke2), adam dan iman. hihi.. gathering '2 adam' tadi. suka tengok iman yang sangat murah senyuman. tak macam adam, asyik nak kerut kening je. garang sangat la tu konon, ceh! lepas umah we, ajak la ramai2 ke umah m.andak lak. bukan jauh pon. jalan kaki pon sampai. hahaha... macam nak jalan jauh je aku kan? sume umah mak sedara aku jalan rini. (meby betoi nak g jauh kot.. hihi)


seronok gak aktiviti hari ni. penuh dengan jalan2.. name pon aku suka drive. jupe ngan sume orang (hampir sume), buat aku lagi hepi. so ni la kisah 6th day without...~ untuk jae, hepi besday. nnt ko dapat la pe ko hajatkan. buat awak.. saya rindu awak sangat2. impian nak berjumpa esok (sepatutnya) lebur tapi saya sabar tunggu sampai jumaat akan datang. kite same2 sabar ye... miz u a lot!




 

Friday, May 20, 2011

4th & 5th day without...

larhh... x update blog ye kelmarin? pbnde yang aku buat smpai xsempat nak jenguk mr.blog ni? ermmm... lupe lah. so kna update utk 2 hari trus la ni. dalam 2 hari ni, event yang besar2 xde la. juz meneruskan percutian dengan melayan kerenah BF yang sorang tu. haaa... mmg ada satu benda aneh berlaku kelmarin. orang yang memang aku tak terfikir dan terlalu lama da lost kontek, tup2 anta msg kat aku cakap rindu gile. siap mengimbau kenangan lama dan buat aku buntu. dia kata akhirnya terluah jugak benda yang da lame dia pendam dan mencari2 aku dimana. dia xamek masa lama nak kontek aku semula dan sampaikan rasa ati yang terjeruk tu. sumpa aku terpinga2 dan ~'drop my jaw'.. tak dapat aku nak ceritakan kat sni sebab... ishh mmang tak boleh la! kontroversi!!! dia da buat aku jadi 'ayam berak kapur' rini.. pagi2 lagi da msg. bila aku terdiam, terus tnya kredit da hbeh ke? dia nak topupkan. siyes dia ni??? ah sudah la dah.... dari cerita dia, sptutnya dia da settle down sbb da ade family tapi dia cakap dia xleh lupakan aku since peristiwa tu... gosh! cuak jugak aku... tapi aku xnak melatah. aku kan profesional.. so kna belagak profesional walaupun berpeluh atas bawah. ingat tu, BE PROFESIONAL!
* tapi untung gak, tak pasal2 je aku dapat topap free 2x hari ni.. teehee~

Dalam pening2 lalat mengenangkan sesuatu yang terjadi tiba2, hati aku sentap dengan berita baru aku dapat. berita PENUNDAAN TARIKH LATIHAN KSSU.. Ya Allah, terasa terhempap satu blok bape tan atas badan. lemah selemah2nya aku. tak tau nak disamakan dengan apa lagi menunjukkan betapa hancurnya hati aku. why last minit?!! semangat yang berkobar2 seumpama api tu terpadam macam kena serkup ngan baldi besi.. harapan aku nak melepaskan rindu dan berjumpa dia ahad ni, punah... daym! tak semena2 je aku jadi moody. adam tu aku biarkan aje sbb terlalu bengang. macam biasa, bila aku da marah, mesti ada yang tersinggung secara tak langsung. awak... saya xmarah awak. saya kecewa dengan apa yg berlaku je.. agaknye dia pun kecik ati dengan sikap lepas mulut aku. akibatnya aku sendiri yang seksa. ~padan muke!
hurmm... xde ape aku boleh buat melainkan bersabar. yup! thanx awak sebab nasihatkan saya. juz tambah bape hari je lagi kan? kite jupe jugak nnt...

4th & 5th day without... i'm dead! tak sanggup nak menambah hari tapi tu la hakikatnya. what to do? sabar lah hati~

Wednesday, May 18, 2011

3rd day without...~

hari untuk ke kuantan! hehe.... 'galak' sangat nampaknye.. macam la tak pernah g kuantan (padahal tempat PU & BO je kan kuantan tu?? hahaha..)
hari ni nak hantar adik balik asrama sekaligus angkut la barang dia skali. kan da nak cuti nanti. sambil2 tu leh la bawak BF kesayangan aku g jenjalan. buat sekian kalinya kiteorang 'kidnap' anak orang ni dan bawak berjalan.. (jeles habeh umi dia.. naseb larr.. haha). lg jelas kedengkiannye bila asyik anta sms n bertanyakan hal anak kesayangan dia tu. meragam ke tak.. tido ke tak.. menyusu ke tak.. jawapannye: adam juz fine. siap berjoget2 bile dengar lagu. gelak2 je dan tido lepas menyusu. xde wat hal pon... alaa, adam jln2 ngan atuk, wan dan acik dani dia. da tentu la dia xmeragam. kan dari baby lagi dua orang tu la yang melayan dia. da tentu2 tau cara nak handle cucu kesayangan ni. lek luu umi.. (hihi.. sebenarnye ko nak ikut kan?.. hihi, keje la umi oii. sudah2 la bercuti semata nak berjalan2)
lepas siap amek barang iwan, kiteorang gerak la ke tempat faveret aku.. TC! hulamak aihhh... santek siyot pemandangan TC waktu tengah minggu. biru je air laut. mujo la mak nak melayan kehendak aku nak ke sini. semayang kat surau TC lagi mudah! tu la alasan aku.. hihi. turun je dari kete terus terasa angin.. wow! sumpah aku suke.. aku rasa ni kali pertama adam ke sini. secara realiti la. sebelum ni dia tumpang umi dia je mandi laut. tu sebab aku cakap, dia pernah dengar bunyi ombak ni, dan hari ni dia merasai, tengok dan dengar sendiri bunyi ombak. yup, dia suke! thats my boy.. (aku rasa xde lagi manusia yang xsuka dengan pantai.. jenis mereng ade la kot.. haha)
mase main2 ngan adam, teringat lak kenangan aku ngan bebudak tu kat sni. dari jauh datang semata nak rasa mandi laut kuantan. mia ngan short purplenye, sal n bulat dok asyik la bergambar sana sini, dan.. ermmm... ade la sorang lagi tu. syok ooo bile teringat semula. siyes gigih nak datang ke sini. dan aku da kotakan janji aku kat dorang, ok la tu kan? hari ni plak, aku ajar adam jejakkan kaki ke pasir pantai. ye adam.. ni la pasir pantai. main la puas2.. acik bagi kebebasan. (nanti mandi la smula..) suke tengok dia meramas pasir. aku pon mulekan la rakaman pendek. tengah sedap2 merakam, tup2 kelam kabut iwan menerpa.. aku ingatkan kenape, rupenye adam da siram pale sendiri ngan pasir... hahaha... terbaek la!!! maklum la.. 1st time bagi main pasir real... xdpt mandi laut, mandi pasir la dulu. cepat2 kiteorang clearkan adam. bukan pe.. kan wan bising!
lepas puas main, aku bawak la adam mandi. dia da lapar dan hari pon da petang. kena balik la jawabnye.. masuk je kete, dapat 'diq' dia, terus la nyonyot sampai ttdo. senang kan? hantar iwan balik hostel dan kiteorang pon gerak la balik lipis... sampai umah sebelum maghrib td. da agak da.. umi adam jeles! nak2 bile tengok adam pakai baju yang wan beli kat TC td.. wahahahaha... sabo la umi, nnt korg bawak la adam pegi lagi. bawak mandi lak tau..

well, seronok ajar adam satu pengalaman baru. aku suka laut, air terjun dan sungai dan aku nak dia pon ada minat yang sama. kite kan outdoor person. hari ni termaktub la, adam adalah member club TC acik dani.. hihi

3rd day without her... saya harap satu hari nanti awak akan datang sini bersama saya. cipta kenangan di sini jugak macam dorang semua. saya bawak awak merasai ape yang saya rasa dulu.. awak tunggu ye? how's my 3rd day? yet still missing her a lot....

2nd day without.....~

xde benda sangat nak update untuk hari ni. pagi2 lagi da dimulakan dengan gelak2. mak pulak yang buat pengumuman guna healer kuning yang keramat tu untuk panggil semua makan sarapan. hahaha! membungkas gak la aku bangun. hari ni mula terasa sunyi sebab sejak aku balik, aku xberjumpa lagi BF kesayangan aku. dorang xbalik lagi memandangkan hari ni pon cuti wesak. petang la alamatnye aku dapat jumpe dia. lepas sarapan, mak pon bergegas2 masak gulai ayam kampung (yang sembelih semalam tu la..). siap je masak, terus ajak g raub. kemane lagi kalo bukan ke TF. Even badan trasa xbrape sedap, aku tetap kna ikut. sape lagi nak jadi kawan mak kalo bukan aku kan... macam biasa, beli dan belah la barang kperluan. still kna rush balik sebab abah ada kelas petang ni. da macam ambulans.. rush sane, rush sini..mujo la memang tough. rileks je muke even terasa amat penat. selepas lunch, aktiviti berehat pon berlangsung... xde adam ni, dapat la berehat sket. kalo dia ade, rasenye mau mengamuk aku... hihi. dengar citernye dia da makin lasak, so memang dapat bayangkan betapa hilang sabarnye kalo aku nak rehat tapi xdapat.. so guna la peluang yang ada ni sebaiknya!
petangnya, seperti yang dijanjikan, ajeh memanggil sebab salon da nak dibuka. yep! potong rambut lagi... rambut utk sukan la katekan. xde la aku nak rimas2 so kasi potong perabeh la bai... hihi, aku memang suke style ajeh potong, selesa sangat.. (sori la kengkorang sumer... xdapat lagi nak mengotakan janji xnak potong rambut tu.. len taon la eh?!) dengan bayaran yang 'berpatutan', maka ajeh akan sehabeh baik menjalankan tugasnya. hehe.. encem n comel! tu je la komen yang aku leh bagi.. hahaha...(lantak la.. pe salahnye puji dri sndiri)
lepas ptong rambut, basuh kete la plak. ajeh ni sanggup buat ape je kalo dibayar. betul la kan? tenaga orang tu perlu kita hargai.. so aku xpenah kisah bagi dia upah. dia buat keje ape...~
sebelum maghrib, baru la nampak bayang BF balik.. welcome home adam.. acik rindu sangat kat kamu. haah la.. dia da makin besar. encem! makin bijak nampaknye.. laju je mulut dok nyebut name. bukak ke pntu kete dan terus dukung dia. wow! sudah ade berat badan.. walaupun nampak susut tapi rasenye xsusut timbangan. maklum la.. dalam proses nak berjalan da kan.. kna la ade shape sket body tu.. kelakarnya adam ni, dia suke buat mimik muka. tangan plak dok asyik menunjuk sane sni je.. sape tah yang ajar. seronok jugak menghabehkan masa dengan BF yang sorg ni. memandangkan dia xtido siang sangat, maka cepat la dia mengantuk. sampai berguling2 nak menyampaikan hasrat dia penat dan ngantuk. xpe la adam, esok kite main lagi ye? esok kite berjalan2 ke kuantan tau.. juz us! tinggal la umi dan abi awak ye.. hihi...
malam ni nak tido awal sket sebab esok nak jln agak jauh. so kna rehat cukup2...

2nd day without u baby.. ermmmmm.. trasa alone walau dikelilingi ramai orang.. miz u so much dear. miz the others too...

Tuesday, May 17, 2011

1st day without....

hari ni boleh diklasifikasikan hari 'kekalahan' aku... bukti stamina da merudum tu semakin ketara. pagi2 lagi da kna wat macam2. keje umah tu memang la standard bile balik umah ni tapi yang buat aku xbape paham, mesti ke stiap kali aku balik, upacara sembelih ayam tu berlangsung?? eeiimok! benda yang paling malas aku nak setelkan, proses ayam la... leceh larrrhhh! kalo seko leh la jugak aku terima, ni kang sampai berekor2! nak buat ape la banyak2, bukan ade orang kat umah pon. sumpah malas nak proses tapi nak wat cemane, kang kecik ati lak orang yang beriye2 nak menyembelih. nasib baik la mak xnak menggulai lagi hari ni, kalo tak memang meragam la aku sepanjang hari.
menghadap ayam je da buat aku berpinar2.. bukan pe, jenuh berperang ngan nyamuk dan 'sojar' kecik golongan yang kena sembelih tu la.. xpaham aku ayam kecik tu.. tak nampak ke aku proses ape? AYAM la.. yang dorang dok kerumun nak cagut2 jugak tu apsal? da macam karnivor aku tengok dorang. pedal bangsa sendiri pon dorang nak kidnap.. bengong punye 'budak ayam'.. xsedor diri betul!
selesai proses ayam, aku da start rase best.. toilet time! cam bese la.. pastu mak plak ajak g servis kete. yup! 2 bijik skali gus nak servis. ni betul2 tunggu aku balik nampak gayenye.. cuaca agak panas jadinya aku macam da dapat agak pe yang akan berlaku. totally dehydrated! lebih xtahan bile mak ajak merayau2 sementara tunggu kereta siap. condition yang sedia xbape elok, jadi smkin buruk.. aku terfikir nak balik je dah..
sampai umah, terasa dah xmampu nak buat pe2 tapi keje xselesai lagi. kena masak utk tghri dulu. gagahkan jugak sampai siap. macam ade timing bom, trus je ke toilet lepas tu. that's it! i had enough.. memang kna masuk 'sarang' jugak la akhirnya. aku amek termometer adam dan check suhu.. 40 drjh celcius? rosak ke alat ni? pakai digital dah.. OMG! mencanak kot suhu?! cool fever xde so gna tradisional je la.. i realy nid rest.. mujo dapat rest sbb mak abah kua.. masing2 ade kelas. dapat la jugak bape jam tido. cukup la kot.. (cukop ke?) dapat sket tenaga dah la kan? bukan nak watpe dah malam ni. layan borak ngan mak dan sume orang je...
dats it.. tu je la utk hari ni.. 1st day without her. not fun isn't it? i miz her so much....

Monday, May 16, 2011

1st nite without..... :(

xnak ckap banyak...
since aku tinggalkan dia di KL sentral, aku xmampu nak bercakap ape2. untungnya aku sebab aku sorang je drive. xde sape nak tegur aku kot aku mengesat air mata banyak kali pon. tapi ruginya aku sebab aku terpaksa menahan sakit kat rahang sebab... menahan air mata dr tumpah. ironik kan? pe kena mengena rahang ngan air mata? ah! da memang cenggitu aku rase.. tak reti la plak nak citer secara saintifiknya.. x macho kan aku? alaa... dalam ganas ade gak pinknye.. bese la tu. da la perit berpisah ngan black crew jr. pon xhabeh lg, tup2 terpaksa lak berpisah ngan.. adushhhh!!!!
awak.. malam ni saya terpaksa tido tanpa awak.. saya rindukan segalanya... :(

adakah saya gembira malam ini?

meriah!
siyes meriah acara makan malam yang berlangsung tadi. sampai sekarang terasa nak senyum je. Alhamdulillah, legasi jamuan kecil2an sekeluarga yang kiteorang da terapkan sejak semester lepas, akhirnya berjaya aku bawak ke semester ni. Dan yang paling best, ada pertambahan ahli keluarga baru yang sememangnya menambahkan riuh kat umah aku ni, hik3.. my habibi la tu.. (sayang awak tau..!~iklan sekejap)
dari tengahari sampai ke petang aku keluar ngan dia. perancangan awalnye xde la smpai mcm tu tapi nak buat macamana kan, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menetapkan setiap satu kejadian.. makanya banyak la sessi lencongan berlaku.. hahahaha! biasala tu kan... alang2 da kelua. ape salahnya penuhkan setiap masa yang ada dengan aktiviti yang separa berfaedah tu.. :p (yang pastinya kan... saya hepi dgn habibi sy!)
Lepas selesai aktiviti awalan tadi makan kami beransur la ke pusat membeli belah.. nak shopping barang dapor sket. (hehe.. da mcm mak bapak plak..)
kali ni berbeza sket berbanding semester lepas sebab merata aku merayau nak cari barang keperluan. da panjang kaki la katekan... tak cantik ayam kat sini, merayau cari ayam kat tempat len.. (alasan je tuh.. kih3)
sesudah membeli belah, balik je kiam terus la ke dapor dan kononnye memasak (padahal da lewat sebenarnya).. nampak je simple tapi disebabkan dapornye tersangat la 'besar', maka amek mase la sket.. uniknye kali ni, resepi simple famili ni aku perturunkan pd new member of my famili.. what an awesome experience.. senang berurusan ngan bakal pemilik bisnes famili ni, xyah bnyk arahan, dia tau pe dia buat. pendek ceritanya, dari awal smpai akhir, memang hasil tangan dia lah! terbaek la bby... im proud of u.. 
so upacara makan2 malam tu dan sekaligus menyempurnakan hasrat seseorang (sal), berlangsung dalam serba sederhana tapi meriah.. terharu beb! aku sukekan suasana gembira macam tu. sangat FAMILI! dalam keriuhan tu ade gak rase sebak kat hati.. sebak bukan sebab sedih tapi terlalu gembira. bile aku pandang sorang2 yang ada, aku dapat rasa bertuahnya aku disitu, yup! aku tak bersorangan... dorang semua ada untuk aku... thnx guyz!!!
aku anggap, tu la majlis perpisahan dan penutup untuk semester ni.. kelainan tu pasti ada pada setiap semester.. Gud luck guys. aku doakan yang terbaik utk kite semua.. sehingga berjumpa lg semester depan.. pasti ada nai planta lagi.. dun wori!

mia, bulat, sal & yah~ terima kasih atas segalanya.. akk xpernah berkecik ati dan sentiasa hepi dengan korang semua..
sal, teruskan la membebel kat akk sebab akk suka dan akk tau sal buat gtu sebab care.  i love u so much sis!
mia & bulat~ tahniah atas kejayaan sukan.. akk bangga n tersangat menunggu untuk kite berlatih bersame lagi. this time akk nak mia beat bulat lak... sayang korang sesangat!
yah~ teruskan la bersama kami.. jangan jauhkan diri dr kami sbb kami sayangkan kamu juga...
baby LR~ terus jadi side kick sy ye? sy xkisah awk suapkan gel gamat tu stiap hari.. terima ksih sudi berkongsi n mengajar sy.. sy sygkan awak sblm ni, skrg, esok dan selamanya.. thnx bby!

Thursday, May 5, 2011

miracle six letter...

FRIEND~
Six letter that bring the whole new world...

I may not be your best friend,
but i surely know that i always try to be the best i could be..

I may not seems to care enough,
but i can feel u within my heart..

I may be so cheap that the most expensive gift i save for you
is simply being a friend!

I may not talk that much to you,
but you'll find me waiting
every minute just to listen
to every piece your heart saying!

All my wandering years had,
led me to you and being your friend
which are changing the face of my world...

From the birth to the death, in my life,
i often ask myself where i might go
to make real friend..
but they are not the people
I must travel to find!

They are the people I take with

Because real friend are
Those who can make me believe 
They live in my heart and remains deep inside...

 ~NLR, MJ, LM, SA & KSS.. will u guys with me forever? will you hold my hand, calming me, watching me, laughing, sad, and share the passion and pain with me forever?
 


 

Wednesday, May 4, 2011

that's it...

bak kata member2 yang lain, dua bala da lepas kelmarin. ye la, fasa pertama da berakhir, tinggal 2 fasa lagi.. nampak semua orang lega.. nak tumpang lega jugak la. tapi aku tau, aku xmampu nak buat macam orang lain.. ape2pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada sifu aku sebab dalam saat akhir dia masih nak mengajar dan mentatih aku untuk faham subjek yang sah2 bukan 'jalur' aku.. sekurang2 dia mampu buat aku paham tapi pe kan daya.. thnx baby. u've tried ur best and i really appreciate it. plez dun stop to teach me.. saya tau awak mmg boleh buat. keep it up..
bukan nak mengalah tapi rasenye mmg kna klua smula motto "xpe, kite kayuh pelan2.." da mmg jadi rentak dan adat aku, aku xboleh bersaing dengan korang semua, so memang terpaksa drop gear untuk bergerak.. utk korang semua, wish u all the best.
mia, bulat, sal dan yah~ akk doakan segala yang terbaik utk korg. teruskan legasi 3 pointer dan make it bigger than before... u guyz can do it
baby ~saya sayangkan awak sesangat. kejayaan awak, kebanggaan saya.. awak jangan kayuh pelan2 macam saya.. awak da boleh pecut. its ok, saya pasti mengejar... terima kasih atas segalanya.
my family~ keep praying for me..

that's it... hidup mati ni atas nama kasih sayang dan cinta...

Kerana kasih Allah, aku masih bernafas dan ada di sini dan masih bergelar muslim..
Kerana Syafaat Rasul Allah, aku masih bernaung di bawah ISLAM
Kerana kasih sayang Mak dan Abah, aku kembali mencari ilmu,
Kerana sokongan dan ikatan, adik beradik tetap ada bersama aku..
Kerana gembira dan sayangkan korang~ mia, sal, bulat dan yah~ akk xpernah terfikir nak tinggalkan korang..
dan kerana sayangkan awak LR, saya akan tetap di sini dan fight. trust me

Thursday, April 28, 2011

huwarghhhhhhh!!!!!

gile ah mcm ni! satu bende xleh nak msuk.. yg asik klua masuk~JAMBAN je.. Tak larat gak macam ni. hari ni je da masuk dabel+dabel dose= quadro dose! haih.. ne leh jadi ini macam. mau addicted semula. choiiiii... mintak jauh ler. serik nak sakitkan dorang mcm sem lepas. tak pasal je wat keje menggile. Tapi nampak jugak dah tadi separa menggila.. tido yang sangat lewat (serupa tak tido) kemudian bangun sblum ayam berkokok.. da start gila dah tu. bila xreti dok diam dan mula terasa dahaga je, petanda awal la overdose. hyper da menyerang. mulanya terasa tak nak g kelas wrap anat tapi tetiba terasa xde pe nak buat kat bilik so gerak la jugak g kelas. bawak baju skali untuk dobi. bersiap bagai sang kilat... hehe! aku tau ade yang nak marah aku bergegas jugak nak g kelas padahal rehat tak cukup. tapi nak wat camner?! stay kat kiam pon macam xdapat pe.. da la rindu kat orang tu tak suda2, dok lagi nyeksa diri dalam bilik sensorang. baik la aku henyak g kelas. dalam kelas, tak habeh2 aku ngacau yah. hahaha.. nasib ko la yah.. bagus gak msuk kelas tadi, rase refresh.. da siap kelas, macam2 xtvt buat.. g print+fotostet la.. g dobi la.. g makan la... smpai la kembali ke kiam semula. naik je bilik, terasa still melantun2. halamak, xleh dok diam lagi la. habeh kipas aku cuci. main air dalam bilik air dan mandi. lepas tu baru la solat dan study semula. study?? yo yo oo je stdy. sumpa xmasuk pe. seksa kot jadi macam ni. even da guna PK, still mengganggu. toilet jugak kna berulang. nyampah! hopesfully ini je sem yang mengganggu aku.. lepas ni xnak dah ganggu sape2.. R.i.P je yang terbaik.. hahaha (macam undertaker daa...)
yang sebenar2nya.. aku tersangat tertekan. biochem ni terasa macam bace buku bahse jerman. xpaham sesen pon. apetah lagi la genetic nanti. ah sudah la dahh~
letih dah aku nak mintak maaf pada semua especially abah n mak. i try my best folks.. orang dah tak larat sangat tapi pesanan abah, orang ingat sampai bila2. selagi boleh bernafas n angkat tangan, teruskan berusaha. biar la sampai mengheret kaki sekalipn. baik abah, orang akan buat! tapi sori sangat2 kalau xdapat buat sebanyak yang abah mak harapkan. janji buat kan??? hik3..
abang, yana, ajeh, jae, iwan, adam, jue~korang jangan lupe doakan aku tau. aku dapat best, korg pon rase manisnya.. hahaha. semanis kurma lak tu. jangan la asik memanggil aku 'konkusi'.. aku xnak dah jadi konkusi. betul2 nak guna otak ni...
mia, bulat, sal, adia~ doakan akk leh guna pale n tangan akk tau. injured tak bermakna akak xleh buat. chayokkk utk korg jugak. walahwehh... kagum beb tgok korg sumer stdy. jeles akak tapi akk paham.. enjin da msuk air dan tukar banyak spark plug macam akk, mmg semput sket nak kejar korg. tapi lek luuu... wa follow lu olz tau.. hik3
baby~ trima kasih sentiasa ada utk saya. maafkan saya kalau saya selalu menyakiti awak. bukan niat saya nak buat awak terluka tapi tu je la kemampuan yg saya ada. bukan nak menyorok tapi kalau boleh, saya xnak awak seksa memandang saya. saya memang da penat tapi saya xkan mengalah. sebab pe awak tau.. i do it for u baby.. 

guyz.. gud luck! akk doakan semuanya suksess. korang da tentu boleh buat. buktikan 503+3 adelah yang terbaik! jangan bagi orang yang memandang rendah pada kite terus memandang rendah. sem depan, biar dorang mendongak. bukan nak riak tapi tu la cabarannya.. 

i love u guys n harap kite berjumpa lg sem depan...

update!

study week da pun bermula. yup.. exam nuu minggu depan je. cam bese aku terkial2 lagi. haha... risau tapi leh wat muke selambe je. teruk betul aku ni! perjanjian tetap perjanjian tapi bayang memungkiri da pon nampak. xde niat pon nak mungkir janji tapi terasa tak mampu untuk memenuhi.. ah sudah la dah! caner eh nak wat????
aku risau neh... nak menulis payah lagi ni... arghhhh!!! mujo la gajet utk pergelangan tangan ni mmg banyak. thnx to KPJ sebab xmenyusahkan aku. kalo pakai tradisional pnyer, mmang kna gergaji dan kikir la bagi trim smpai aku selesa nak meletakkan tangan atas meja n memegang pensel. hahaha.. tak sia2 bayar mahal2. ensem pon ensem benda alah braces ni.. macam main boling dorang cakap.. teehee!
aku pon puas ati walaupun tercedera.. 3 medal dalam gengaman. kalau dapat emas utk badminton, lagi ensem! cukup koleksi utk karnival sukan mestech kali pertama utk aku neh. tapi takpe la, Alhamdulillah, aku still puas. Lantak la org nak kata aku tamak pon.. i do it for the sake of my passion to sports. i meant wat i say laaa.... tak sia2 kan? tapi dek kerana bersukan sangat la ada hati yang merajuk dengan aku. alahaiii... pujuk punyer pujuk akhirnya dia tersenyum smula.. hik3! cair gak dengan pujuk rayu aku.. cuak gak bile dia da start wat SILENCE MOMENT tu. xsuke derr tengok dia mcm tu. aku tau dia risau pasal aku. dun wori sis, i tribute all the medal for u guys. kite juara kan kan kan? dun be sad2 dah ye... skang kite strive utk final lak.. no more injury. swear!
skang aku da macam robocop.. tiap hari ade yang tegur. malu siyot! lebih menakutkan bile lecturer pon pasan. habeh la aku.. musnah la harapan nak ke KSSU lak.. (ade hati tuh! teehee~).. jiwa sukan beb! mane leh dipisahkan tapi...(hahaha.. curik ayat mia lak) ah! ade aku kesah? insyaAllah sihat la tangan ni. tak dapat jadi OC utk MSR junior nanti, dapat men kat KSSU ok la kan? (huhu... macam tak tercapai je nak jadi OC..cis!)
pe2 pon.. tahniah utk semua players.. u guys rock!
Gud luck utk exam nnt.. u guyz will rock the hall...
selamat bercuti utk semua... (aku nak main kat KSSU.. teehee~)
utk NLR.. saya sayang awak sangat2. jangan balik kg la.. meh kite lepak kiam smpai bukak cuti nanti.. hahaha gilo!

yup! This blog was updated with joys and happiness...

Monday, April 18, 2011

guyz.. we've made it! congrates...

sampai sekarang aku tersenyum... terasa gila sangat pada benda dah berlaku semalam. yup, aku bangga! adik2 aku yang aku tengok, ajar dan training same2 dah menunjukkan potensi yang besar! hari2 aku perhatikan perkembangan dorang. hati mana tak kembang bila nampak kejayaan dorang depan mata aku jugak. sebak siot!!!!!
liyana manap~ terima kasih sudi bersemuka dengan akak. yana dah buktikan yana boleh. maafkan akk xdapat bagi saingan semalam. jangan takut pada tekanan sebab tekanan itu dari diri sendiri jugak. tahniah! emas mmg milik yana
mia~ akk bangga dengan mia.. tersangat bangga dan berterima kasih sebab mia nak dengar pe akk ckp. mia pon da buktikan mia boleh buat. xpe, jadikan ni satu pengalaman. akk akan bawak mia dan yana melalui pengalaman yang akk penah rasa dulu. dunia tournament badminton. nice game n gud job sis!
liyana razali~ yana pon jadi kebanggaan akk... setia dan sokongan padu yang yana tunjukkan buat akk tersentuh. its ok yana, kali ni yana tak bermain tapi semangat yang yana tunjukkan buat akk lebih boost! tanpa yana kat sebelah akk, akk mungkin xcapai pe yg yana nampak semalam. thnx sis!
sal~ maafkan akk terlalu degil. walaupun sal mndiamkan diri, akk tau sal pon ttap menyokong akk. injured ni akan pulih. dun wori sal.. we will enjoy mcm biasa nnt.
konklusinya.. kita da berjaya! emas, perak dan gangsa hak kita warga 506. sangat manis kenangan ni. kite bolot sume!
akk sayang korg sume n akan bersama korg smpai bile2.. next time emas hak kite sume. insya allah