Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

sedetik lebih..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

p/s~ 4 u LR

Tuesday, March 29, 2011

ade la yang betulnya...

cuba nilai maklumat di bawah ni...:

kalau betul ini bacaan personaliti aku.. aku terima
aku dah cuba yang terbaik..
cuma tak berapa faham.. dimana silap aku sampai aku tak mampu capai keharmonian tu..
penyayang? semua aku patut berterima kasih pada abah dan mak atas kepercayaan dan keyakinan diaorang pada nama yang dorang berikan~ Nur hayani: Cahaya kehidupan..
Aku cuba nak hidup seaman2 yang mungkin dan bersabar dengan kerenah diri sendiri dan orang sekeliling..
sensitiviti dan toleransi yang aku cuba terapkan, semuanya semata2 aku nak hidup aman di samping semua orang tak kira famili, komuniti dan masyarakat yang lebih besar volumenye..
Kasih sayang jugak la yang membentuk aku jadi manusia. aku tak kisah orang nak benci aku asalkan aku terus menyayangi dengan ikhlas... ikut suka aku la kan?
kesihatan? aku sihat la... buat pe nak fkir sangat kalau lebih menyakitkan... so baik kita sibukkan diri je.. lame2 nanti ilang la sakit..

jadinya Rahsia Personaliti ni.. ermmm.. ade la yang betulnya..

Saturday, March 26, 2011

Chamang Waterfall~

Buat sekian kalinya aku ke sini...
Takkan jemu beb!
Tempat aku bermain sejak orang ajar aku datang ke sini...
Bila da da pandai drive sendiri, makin menjadi2 la aku mengada2kan masa untuk tempat favorite ni..
Tempat ni tempat khas aku dan orang2 yang tertentu je tau..
Insan2 yang terpilih je aku bawak..
Khasnya bestfren dan soulmate aku~ tempat ni memang 'place of our memoir'..
aku sengaja create port2 tertentu untuk kekal sebagai kenangan kita.. jangan bimbang, tempat tu tak bersentuh lagi. Aku takkan calarkan kenangan kita kat situ dan tindihkan dengan kenangan yg baru pulak. Tu janji aku..
Hari ni, buat kali kedua aku bawak rombongan adik2 aku. Kali kedua untuk beberapa orang, kali pertama untuk yang tak pernah sampai lagi..
air agak deras.. aku da start bimbang sebab tak nak hampakan semua. Mujur la port best tu still ada. Port menghadap tepat2 ke cerunan air terjun. Walaupun air yang yng terjun bagai nak rak tu nampak macam nak tsunami je, tapi aku yakinkan dorang, lepas makan dorang still boleh mandi. Mandi tempat cetek2 je la. Ternyata ada la sedikit perbezaan dengan kali pertama dorang datang.
Kali pertama dulu, air tenang dan nasi lemak yang dinikmati pon rase lain macam sedapnya. Sampai ada yang mengigau nak lagi..
So, kali kedua yang penuh dengan planning awal ni.. ermmm agak 2nd grade la.. tapi masih seronok. Kiteorang still jadi yang pertama sampai ke air terjun.. yay!
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan aku anggap walaupon tak berapa menjadi, piknik bersama 2 bijik kereta ni, still berlangsung dengan jayanya...
Thanx dearie sisters : yana, adia, mia dan sal; frens: dila, kiah, amy & alin... lain kali kite datang lg ye? insyaallah kite tengok weather forecast dulu sebelum datang.. Tak nak la terkena air yang betul2 terjun macam siang td. seyau beb! keselamatan korang lebih penting..
We'll be back here soon..
Chamang waterfall, wait for us ok!

Friday, March 25, 2011

Pilot, Roket & Awan Nano~ Gold Coast!

sebelum nak merapu yang bukan2, izinkanlah aku ketawa sepuas2nya..
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! (haa.. kau. da mcm syetan! astagfirullahalazim)
equation pe yang dah aku tulis kat atas tu eh? sebenarnya pada aku, equation tu bermakna sangat2. Dan tu jugak doa seseorang yang harapkan sesuatu yang terbaik untuk aku dan sekaligus yang terbaik untuk dia jugak. Tapikan, bila ditelek2, dibelek2 dan diintai2 semula, equation ni agak mustahil nak di laksanakan. kenapa? ye la.. besar sangat harapan yang diletakkan padahal separuh dari jalan cerita, kita da nampak kepincangannya... masih nak menaruh harapan lg ke?

Buat si pilot~ Dah ada kepastian ke destinasi yang awak nak tuju? Da yakin sangat nak drive n kemudi roket awak untuk ke destinasi pilihan? Pengalaman awak dah cukup ke nak menembusi awan nano yang awak sendiri tak dapat jangkakan apa yang ada disebaliknya?

Bukan nak memandang rendah pada kemampuan awak tapi kita kena ingat, kejayaan awak menakluki awan nano yang awak cuba nak teroka tu, ada harga yang perlu dibayar tau.. GOLD COAST!!

So, will u take that challenge? Jangan malukan institusi per'pilot'an tau... bakal pemenang tiket GOLD COAST ni sangat dasyat bile membahan co-pilot awak ni... takut!

Buat si bakal pemegang tiket GOLD COAST~ Make sure u know what n who u dealing with.. by juz a silly mistake, then u'll be go to GC with ur mahram. legally mahram! hehehe.. seronok jugak ada dua nama panggilan serupa menjadi ipar duai aku.... nanti mesti mak aku pon konpius, apesal la nantu dah xde name lain. nak panggil pon takut keliru dua2.. hahahahahahahahaha. syok meyh!

i'm in the middle who juz sit n relax.. hehe

Thursday, March 24, 2011

terbaeklah!!

wow!
tahniah la ko. berani gile ko kacau aku time aku ngan dorg? terbaeklahh!!!!
berani giler ko malukan aku depan adik2 aku padahal kite da buat deal kan???
siyes jahanam!
aku mintak baik2 kat ko tp ni yg ko bagi kat aku.
sumpah aku terseksa dan sakit ati dengan ko..
tahniah jugak sebab buat aku terduduk dan terbaring sampai aku kecewakan semua..
aku terpaksa keluar dari group dan presentation..
aku terpaksa tinggalkan dia sendirian..
aku terpaksa ponteng kelas..
ko berjaya buat aku mengalah sampai ko dapat pe ko nak kan?
nak tengok aku menahan sampai berguling dan ko berjaya buat aku merangkak ke tempat tu dan buat benda aku tak suka... suka la kan?
ko menang... i give u standing ovasion... big applaused for u.
lepas ni bila lagi ko nak kacau aku?
time aku bersukan?
time aku bersama-sama adik aku?
i dare u... we'll see who will win next time... ko tunggu!

Sunday, March 20, 2011

I guess, it will forever be this way...

Penat dah rasenya nak mengeluh... mak cakap berdosa mengeluh ni tapi memang dah tak dapat tahan dowh~ berat sangat rasa beban kat ati perut ni..dah naik ke dada pon. tu sebab memang terpaksa mengeluh la jugak.. kalo la keluh kesah ni boleh dilepaskan ikut kentut, mau pengsan dah bebudak bilik ni sebab boleh dikatakan aku memang tertekan yang amat2 dan aktiviti membuang keluh kesah tu memang aku kena buat... tu kalau la semudah mengentutkan je kan? tapi tu la, dah Allah ciptakan jugak kejadian mengeluh ni, maka aku pon sebagai hambaNya yang khilaf dan lemah ni, memang akan mengeluh, nak2 bila ada je masalah yang timbul...
Makin hari, makin terasa ada betulnye pe Dr.Badli cakap.. aku tak mungkin mampu nak meneruskan study di sini apatah lagi nak bersaing dengan bebudak yang sememang fresh dalam bidang ni. Cuba la tepis macamana pon tapi sekarang aku da rasa kebenarannya. Dia tau la pe yang dia cakap dan ramalkan... Aku je yang cari pasal dan nak fight konon. Agaknye memang kebetulan je pe yang aku capai semester lepas. Satu kebetulan yang kononnya menaikkan semangat aku untuk terus ada kat sini dan sama2 bersaing dengan dorang. cehh! cari pasal betul....
sekarang ni yang kena tanggung rasa payahnye sape? aku jugak.... padan muke ko!
sesungguhnya aku betul2 terasa sunyi.... aku rasa hidup aku dah tak sama macam dulu. Siyes aku rindu nak jadi NUR HAYANI yang sangat nakal, enjoy dan betul2 mengamalkan prinsip motto "live ur life".. aku sangat bersyukur sebab setiap memori mengenai aku yang dulu tak hilang akibat dari eksiden tu. lega sesangat bila aku masih boleh menyusuri setiap kenangan tu tanpa hilang satu fragment pun.. kalau la boleh dibukukan setiap memori tu, aku mesti tergelak dan asyik tersenyum. Memang seronok jadi aku yang dulu. Memang la banyak suka duka tapi tu la yang jadi pengalaman. Pengalaman yang boleh aku kongsi dengan semua. Aku kan suka berkongsi... hehe.
Kalau la masa boleh diundur, aku nak betulkan semua. Tapi tu la kan.. berangan je la yang lebih. Yang lepas tu lepas la~
Aku rindukan setiap saat menjadi aku, aku dan kawan2 dan yang paling aku aku suka saat aku dan dia. Dia~ Dia la tulang belakang dan cheerleader dalam sume aktiviti yang aku terlibat. Dia la PRS, dia la tukang masak, dia la doktor, dia la manager, dia la sahabat dan dia la kesayangan aku dan sekarang aku sendiri tanpa dia. weyyyy!!! mane ko ha?? ko kan da janji nak besama aku selamanya! ni yang aku hangin ni..... :'(
Skang aku xpasti aku boleh jadi aku yang dulu atau tak.. macam da lost je~

Sumpah aku down skang. Semua prognosis dari diagnosis, da hampir jadi kenyataan.. I'm not belong here, tu la yang tepat! Sikap sombong dan perasan bagus sangat akhirnya memakan diri. Satu per satu keadaan buruk makin mendatang. Buat sekian kalinya, orang memusuhi aku. Aku tak pasti kat mana salah aku dan akhirnya aku dibenci lagi. Adilnya dunia ni untuk aku. Aku sedaya upaya nak permudahkan semua tapi akhirnya aku yang orang nampak sangat menyusahkan... :(

Dalam payah, aku rasa beruntung lagi sebab aku masih ada orang yang menyokong dan ada di samping aku.
Terima kasih abah, mak, abang, yana, ajeh, jae n iwan... keluarga darah aku sampai akhirat.
terima kasih juwita~ sahabat, kakak dan kasih aku sampai akhir waktu..
terima kasih mia, liyana, sal, yana dan yah~ adik2 akak sampai bila2..
terima kasih semua atas kasih sayang, kepercayaan dan sokongan.. Aku sayang korg semua.

Aku dah cuba yang termampu.. nampaknya memang aku tak berdaya. penat sangat dah~
i guess, it will forever be this way...


   

Friday, March 18, 2011

kisah burung dan bunga~

Seekor burung terbang tinggi di awan..
sambil terbang, dia terpandang sekuntum bunga yang sangat mekar kelopaknya..
Jadi, burung pun turun untuk sama-sama merasai keindahan alam sementara masih boleh merasainya...
Lalu datanglah seorang insan yang ternampak akan keindahan alam yang dilengkapi dengan flora fauna yang membuktikan kebesaran Ilahi..
Kerana ingin mengabadikan kecantikan itu, lalu si dia membuat seekor burung palsu dan sekuntum bunga yang tak asli.. dan dia berkata..
" Selagi burung tu tak bertelur 8 bijik dan bunga tu tak layu, selagi itu sayangnya pada seseorang takkan hilang..."
-tamat-






p/s : saya sangat menghargainya dan percayalah, bunga ni takkan layu dan burung tu takkan mampu bertelur pon walau sebijik! dan sehingga itu, kasih sayang saya pada kamu xpernah kurang dan pasti akan makin bertambah dan menebal... terima kasih!

Wednesday, March 16, 2011

Allah Maha Adil..

Hari ni aku tersenyum semula.. =)... Alhamdulillah.
Terasa agak lapang dan sedikit kepuasan la..
mau tak.. 2 hari lepas aku da jadi dak kecik! menangis teresak2 tak pasal2.. sungguh! bukan main2 punya sedih. sakit ati dowh.. waktu aku terpaksa fight dengan.. ahhh! dengan benda tu la, aku terpaksa pulak dengar satu kisah yang sangat mengoyakkan hati aku yang lemah lembut ni.. (cheyy.. lembut la sangat~hahaha).
Aku tak sangka, macam tu sekali 'anjing' yang pernah aku lepaskan dari tersepit dulu sekarang da pandai nak menyalak dan nak gigit aku semula?! astaghfirullahalazim...
Aku terpaksa menadah telinga dan menahan segala vibrate kemarahan aku bila dengar satu persatu pebenda ko da cuba taburkan pada orang lain pasal aku dan ex-rumate ko. FITNAH derr!!! Ko cuba melaga2kan kitaorang dengan cara bercerita pasal kiteorang pada orang lain dan membuatkan seolah2 ko la manusia lemah yang dibuli oleh kiteorang ni.. sorang demi sorang ko kupaskan cerita dan jaja. Aku da cukup panas hati bila ko handal sangat tunjuk baik dan mengata kawan ko sendiri yang pernah bersama ko dan ko sendiri janji akan bersama dorang sampai bila2, KONON!
Tu la janji anjing namenye.. Lepas kiteorang bela ko, bagi ko makan dan jaga dari segala genap penjuru (kecuali gurau2..), macam ni ko balas kat kiteorang? ko bagi taik semula eh? DASAR K**L****N!
Amboi la... sejak bila pulak la ko da pandai nak memberontak sampai sanggup tuduh orang yang bersama ko? tak ingat ke masa ko nangis la, sedih la, kena buli ngan sotong la, hape la... sampai ko sanggup landingkan pale ko kat riba aku semata2 nakkan sokongan. ko lupa ke? sesenang hati je ko nak bukak mulut dan jadi bertih jagung kena panggang eh..
Yang paling aku tak boleh terima dan sangat sentap bila yang bercerita cakap:
 " pasal k.yani.. ermmm.. tak payah la akk tau. tak sampai hati nak cerita.."
 'but why? how bad she's accusing me?"
 lepas bertolak tarik baru la dia nak bercerita... memang aku terkedu dan bak kata arwah nenek aku, 'drop the jaws' la lepas dengar...
kalau setakat 'drop the jaws' takpe la tapi sekaligus drop the tears!..
sampainya hati dia menilai aku macam tu..
dah lupa langsung ke semua benda yang kitaorang da bagi sampai sanggup bukak pekung dan cerita macam2 pada orang lain???
Gila B**i aku sedih.. tak pasal je aku menangis. hilang macho tau tak!
Takpe lah.. kalau betul dah tak suka, itu ko punye pasal tapi biar la aku bagitau ko sikit..
belajar la mengenang jasa orang pada kita.. jangan ingat hidup dengan terhutang budi ni boleh aman.
ye.. aku memang tuju khas untuk ko.. KO MEMANG BANYAK MAKAN JASA ORANG..
ingat semula pebenda ko da penah dapat.. ingat tau..
bagi pihak diri aku, aku maafkan ko tapi nak terima ko semula, aku plak yang terpaksa mintak maaf.
aku mintak maaf sebab terpaksa pejam mata bila ko sendiri yang terjun dalam lubuk biawak dan buaya.
pandai2 la ko nak idup. kiteorang doakan ko selamat. maklumlah selama idup ngan kiteorang ko rase tak selamat kan....
peace yaw!
oh ye, aku ikhlas dengan pemberian aku samada material, fizikal dan kasih sayang.. aku halalkan semua benda yang ko da telan. Gud luck beb..wish u all the best with ur new life.

p/s: Allah maha adil kan...

Friday, March 11, 2011

bukan hari ni.. tolong lah~

dia datang lagi mengganggu~ adehhh
weyyy tolong lah.. jangan la hari ni...
benci derr bila ko datang menyerang kerap dan aku xboleh elak dari menahan serangan ko..
tolong la jangan attack aku depan sape2 pun..
benci jadi lemah dan merunsingkan @ menjelakkan orang lain bila ternampak aku macam ni..
aku mintak sangat2... kacau lah aku bila aku lepak sorang..
time tu ko nak gulingkan aku pon aku sanggup beb!
serang la sepuasnya pastu bagi la aku rileks bila aku bersama dorang..
xsusah sgt kan permintaan aku?
aaaa... why not we make a deal?
masa ko dengar aku tengah sedap2 bergurau senda n lepak ngan adik2 or kawan2 aku, ko dok diam2 je..
join la rasakan kebebasan n kegembiraan aku bila ngan dorang tu.. syok oooo~
pastu bile ko dah xdengar pe2, maksudnya aku da sorg la tu..
haaaa time tu, ko nak guna senjata ko paling maju pon, ko guna la nak attack aku.. kite perang nak? hahahaha.... aku menang gak nanti. ko tengok la..
weyyy.. tolong la aku ek?
simpati la sket kat aku.. dulu ko pon da kacau aku. pe lagi ko xpuas ati? bukan aku yang nak sangat perang ngan ko.. masa tu aku terikat ngan 'kerajaan' lagi.. masa tu aku kakitangan lagi tu yang aku terpaksa fight ngan ko..
skang pon aku still 'kakitangan kerajaan' tapi da masuk skim 'separa kerajaan' (kot???.. hahaha)..
agak bebas dari terikat, so kalau ko dtg smula sebab nak revenge, silakan...
kali ni juz aku ngan ko je.. tapi tu la, kita wat deal la dulu..
paham la aku sket, aku skang tgh belajar... lain dowh ngan masa ko kacau aku dulu..
bleh eh?
the deal is~ do not disturb me while i'm wif them. i'll be fully yours when i'm alone.
deal??
aku janji aku xmarah bila ko mula serang. aku tunggu...

jangan hari ni, esok n lusa ye? aku ade program ngan adik2 kesayangan aku..
tenkiu!

Thursday, March 10, 2011

aku rindu..

bila hati mula sayang, rindu pun sudah pandai bertandang..
aku pernah rasa macam ni satu masa dulu dan mula kabur sedikit demi sedikit dek kekangan masa dan jarak..
pernah terasa penatnya menanggung rasa rindu dan terpaksa menahan sakitnya bila rindu menjalar dan tak lekang dari hati..
kini, terasa seperti mula semula perasaan tu..
kenapa ye?
jawapannya mudah..
kerinduan yang tercipta ni kerana perasaan sayang yang memuncak dan ikhlas aku berikan padanya..
aku sangat menghargai kasih sayang yang dihulurkan dan aku pateri sekukuhnya dihati..
terima kasih kerana sudi mengenali aku yang serba tiada ni..
tak mahu berjanji kerana Allah lebih mengetahui setiap aturannya tapi aku cuba untuk mengikuti perancangan sebagai seorang insan biasa~ ketahuilah kamu, aku akan sentiasa menyayangi kamu dan sentiasa ada untuk kamu.
aku cuba untuk tidak mengecewakan kamu namun seribu kemaafan aku dahulukan sekiranya aku gagal dalam mengotakan kata.

kamu,
perkenalan kita ibarat baru mengorak langkah tapi kenangan yang tercipta sudahpun memenuhi volume 1 siri persahabatan kita..
aku sudahpun menempah lebih dari 10 volume siri berkenaan kisah persahabatan kita ni..
sudi tak kamu bersama aku untuk terus berkongsi pengalaman dan mencipta kenangan baru dengan aku?

kamu adik...
akak ikhlas menyayangi dan tak mengharapkan balasan.
sekarang akak sangat rindu..

Tuesday, March 8, 2011

hepi besday ABAH!!!

Selamat hari lahir ya Abi ku Hj Abu Talib B. Ab Ghani..
orang doakan segalanya yang terbaik untuk abah dan kembali sihat seterusnya sihat sejahtera sampai bila-bila. Doa kiteorang jugak supaya abah setiap saatnya berada dalam lindungan Allah dan dengan harapan yang tinggi jugak supaya rahmat Allah tak pernah putus kepada abah yang kami cintai dan sayangi ni...
Walaupun dikejutkan dengan berita yang agak tak disangka-sangka berkenaan kesihatan abah yang tak berapa menentu sejak akhir-akhir ini, kiteorang tetap yakin abah akan kembali sihat seperti sediakala malah lebih sihat dari dulu..
Pada ulang tahun kelahiran yang ke-62 ni, kiteorang berharap abah sentiasa ada untuk kiteorang dan bersama-sama menyaksikan cucu yang satu abah tu, si adam akan terus membesar.
Doakan kami segala yang terbaik ye abah..
Hepi besday!!! love u..

mengenang budi~

Hati rasa terpanggil nak menulis lagi...  masa sebenarnya tak berapa ada tapi meronta-ronta sangat hati ni ni nak bercerita tentang tajuk ni. lepas macam-macam benda dah jadi, isu ni tersangat la 'sohor' sampai terpanggil nak menulis. topik kali ni 'mengenang budi'... 
teringat pulak pantun glemer dari kecik biasa dengar..
"pisang emas di bawa belayar,
 masak sebiji di atas peti,
 hutang emas boleh dibayar
 hutang budi dibawa mati.."
 tengok.. setakat ni kalo berhutang MARA, habeh2 kuat pon kalau xdapat bayar, penjamin boleh tolong bayarkan.. paling cikai kena tindakan pun:- saman masuk mahkamah, penjara @ blacklist.. tapi kalau da mula terhutang budi, mcmana? ada akta atau undang2 tak untuk mempertikaikan tindakan 'gagal bayar hutang budi' ni? kalau ada, senangnya kita nak terlepas dari perasaan serba salah akibat daripada makan budi lalu terhutang, kan?
Budi ni biasanya dikaitkan bila kita dalam keadaan kesusahan dan tersepit. Setinggi melangit pun ego yang kita dindingi diri, akhirnya runtuh bila kita terpaksa merangkak mintak bantuan orang lain demi melepaskan kesepitan tu. Ketika tu la semanis2 kurma.. eh! semanis2 muka, mulut dan suara dilontarkan demi mendapat simpati n empati dari orang... 
Nak dijadikan mujur pulak, insan yang dia 'gayuti' untuk bantu dia melunaskan masalah dan kesempitan tu, adalah insan yang sememangnya berhati basah dan sentiasa mahu membantu. Maka masalah dia akan selesailah sebentar lagi sebab insan tu pasti akan membantu. Selepas bantuan dihulurkan tanpa ada rasa belah bahagi, dan dia menyambutnya dengan rasa kesyukuran, dan itu lah dinamakan "sudah pun makan budi".. Kemudian fasa yang paling menyakitkan pun tiba bila selepas kesenangan dia peroleh hasil bantuan orang, dia lupakan dan niat asal yang diucapkan selepas dapat bantuan yakni "aku akan balas budi dia", sedikit demi sedikit pudar dari ingatan~ semudah tu jugak mulut akan mengungkap, "alah, bape sangat la dia bagi ritu?! aku tak heran laa..."
Nah.. terhutang la dia pada budi yang pernah orang hulurkan.. 
kalau setakat sorang dia nak makan budi dan berhutang, mungkin tak jadi beban sangat.. tapi kalau dah banyak orang? aiiii... jenuh nak membayarnye wehh!
Kadang2 bukan balasan budi jugak yang diminta. tak perlu la Budi dibalas Budi.. sebabnya kita tau, kebanyakkan budi yang orang hulurkan tu, tak dapat pon kita bayar. tapi sekurang2nya KENANG! 
Buat sekian kalinya kita buang ego kita demi mengenang kesenangan yang kita dapat dari orang yang menghulur tu.. tak susah langsung! kalau rasa xmampu nak mengenang, so bayar la! maksud aku, balas la budi tu semula... pun susah kan?
Jadinya, kalau rasa tak mampu nak kenang atau balas, tak payah la kita merengek2 mintak bantuan orang.. belajar la berdikari dan cari jalan nak setelkan masalah sendiri. Bebas hutang budi..
Terhutang budi lagi teruk dari berhutang emas tau...
fikir-fikirkan lah... selamat beramal!

Thursday, March 3, 2011

i wish i can be there with u...

keramat kan ayat ni?
suke menyebutnya sebab memang tu yang aku harap aku boleh buat walaupun aku takde di samping dorang.
tu la ayat pengganti diri untuk orang-orang yang aku sayang ketika aku tak mampu nak temani dorang..
tapi.. bape lame lagi aku mampu nak sebut ayat keramat ni????
kalau boleh, aku memang nak sentiasa ada dan mampu menyebutnya berulang-ulang tapi rasenye mustahil...
bak kata pepatah.. "im running out of my time.."
kepenatan, keletihan dan beberapa simptom pelik yang aku lalui 2-3 minggu lepas dah ade jawapannya.. 
hahahaha... skali lagi 'benda alah' tu menyerang.
benda alah yang buat aku 'tumbang' 2 bulan lebih pada 2 taun lepas dan benda yang kacau hidup aku 8 taun dulu dan skang ni dia dtg smula.. cheyyyy!!
terbaek larr..
time aku baru nak enjoy2 dan berseronok dalam sesi belajar dan berkawan, dia boleh plak datang semula? dengki betul la... tak boleh tengok orang senang langsung! nak aje tengok aku lembik terbaring je.. sume benda makan, tepaksa buang smula... ubat, ubat, ubat..
well, not for this time..
tak kuasa dah aku nak layan sume benda ni...
selagi aku boleh berdiri dan menapak... aku malas nak baring dan mengerang.
its juz disease.. if not ourselves who should overcome the pain, then who else.. rite?
no biggie la.. juz deal wif it. kalau kite wat xtau, orang pon akan buat xtau kan???? so rilek maaa...
bila penat, aku baring dan rehat..
bila terasa xsihat, aku leh je masuk bilik dan tido...
toilet sentiasa terbuka untuk buat aktiviti pembaziran...
so? ape yg susa?
teruskan aktiviti berbadminton, berboling dan berekreasi bersama adik-adik yang aku sayangi.

boleh lagi ke aku nak sebut "i wish i can be there with u"?
naaaa~ kena betulkan ayat.. " i really want to be there with or for u and i will do it!"

Wednesday, March 2, 2011

awan nano~

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..