Powered By Blogger

Saturday, September 11, 2010

Salam Aidiftri 2010~ Syawal 1431H

Salam Aidilfitri Al-mubarak buat seluruh umat Islam tak kira dimana kite berada diseluruh bumi Allah yang barakah ini. Ucapan istimewa ni memang ditujukan khas buat rakyat Malaysia.. selamat hari raya!

Sepatutnya aku ucapkan selamat hari raya ni semalam lagi sebabnye 1 syawalnye semalam. Sori la terlambat sehari. Banyak sangat benda yang berlaku. Yang hepi dan yang kurang hepi bercampur2... hurrmmm~

Pasal persiapan raye tahun ni, terasa macam agak hambar. Untuk diri sendiri la.. Aku tengok parents & adik beradik aku pon macam tu jugak. Tak berapa semangat nak berbaju baru. Kalo aku, aku tau la sebab pe aku jadi 'loleyh'. Yang aku tak paham apsal dorang pon same lemau gak? konpius~ Kitaorang juz tumpang kemeriahan buat preparation family baru abang aku je. Maklum la, keahlian dorang kan dah bertambah. Dari berdua da jadi ber3. Pesiapan untuk ahli yang ke3 tu la yang bagai nak rak! So tengok dorang beli bagai2 baju untuk baby adam pon seronok gak. Nak2 tengok dorang excited wat fitting baju raye kat dak kenit tu. CUTE! Kesian pon ade tengok adam jadi model tapi nak wat cane, da xleh tahan... umi & abi rela sepasang sorang je baju raya tapi untuk anak, 5-6 pasang tu macam tak cukup lagi. Tu baru sorang, kalo da masuk 2-3-4 orang? GULP!! Goshh.. cane eh? Salute kat mak & abah yang membela kitaorang dari kecik sampai la beso kong kang ni. Yet, sampai hari ni abah & mak anggap kiteorang baby dorang lagi. Duit raya tetap ada! hihi tu yang best.. Rase tak nak kawen sebab sayang nak lepaskan status: leh dapat duit raye. Taknak tukar ke status : bagi duit raye! Kawen???? skali lagi GULPP!!! Topik yang paling aku nak elak temporarily. plezzz...

Raye tahun ni.. MENDUNG. Dari pagi sampai la petang cuacanya sedang2 molek je. Tak hujan, tak panas. Mood motion pon agak lembap2 kering sebabnye humid weather macam tu dan ditambah lagi ngan hari raya jatuh pada hari jumaat. Bukan nak cakap mud raye terbantut tapi ade afternoon break untuk menunaikan solat jumaat. Biasanye abah dan adik beraye sakan tapi tahun ni sebelum solat jumaat, dorang da balik. hihi.. Jangan marah, Solat jumaat tu WAJIB!

Keseluruhannya, raya tahun ni sebagai student semula, aku rasa ade sedikit tersekat. Tak macam tahun dulu2 time aku bekerja, aku rase loaded dan xkisah nak hulur duit raye. Even nak kua duit nak tambah stok pe2 pun aku xkisah. But this year, macam tungau sket.. termangu2 je dan rase x bape syok sebab financial tersekat. Bukan takat financial, buat sekian kalinya injury menghantui. Injured kat tangan betul2 menggangu aku. ARGHHHHH!!! idiot guy! dalam banyak2 part badan aku, apsal tangan aku yang ko pilih? Betul2 xde otak! Tengok.. macamana aku nak tolong family aku wat preparation?? SIAL la ko! Banyak gile keje aku terbantut. Tak kesian langsung kat orang. Da tau kiteorang memang xcukup kakitangan setiap kali nak wat pe2 pon, bile ko wat macam ni, lagi la bertambah short staff! Bengong!!! haaaa.. ilang mud aku! Pebenda aku nak cite tadi? haaa.. da ilang! Ni sebab bengkek kat orang yang otak tu ade tapi besar lubang idung dari otak! haish!!

I hate u, dun u get that?! Pe la yang susah sangat nak paham bahase ibunda kite, sayanggg.. i have nothing.. u deserve 4 another person. Carilah yang sekufu dengan kamu. kite tetap boleh jadi kawan, sahabat dan famili even kite xde pertalian sekukuh ikatan kawen. Ikatan persahabatn tu pun da kuat kan? Macamana kita nak bina hubungan suci tu kalau awak terus-terusan menyakiti? it's not worth it.. Lagipun saya memang xlayak untuk awak. Memang la xsetinggi langit dengan bumi tapi terasa gapnye terlalu jauh. Awak tau macamana saya kan? Saya xmampu jadi yang terbaik untuk awak dan ubah segalanya untuk ikut cara awak. I like the way i am. Macamana awak kenal saya dulu, macam tu la saya sekarang. Ye saya agak tomboy dan kasar, so wat? Mak abah pon xdapat ubah saya, so macamana awak rasa awak mampu? Nonsense! Awak penah cakap awak terima seadanya tapi kenapa berubah? Maknanya awak pon da fedap!! Saya tau.. So kenapa nak tipu diri sendiri? Face the truth, we're not meant 2 b 2gether. Saya xtau masa depan kite tapi saya da penah cakap dulu kan? Kite xmungkin boleh jadi sehebat laila majnun sebab kita terlalu berbeza. Saya pernah cakap, cinta tu terlalu kronik dan overwhelming untuk saya. EWWWWW.. Awak ingatkan saya penah cakap gitu?? Jangan cakap awak da lupa... Bermonolog jiwang lak aku.. aishh!

Dari menyakitkan aku physically, dia tambah lagi sakit ati n torture aku secara mentally. Malam raye lak tu! adoi laaaaaa...... Dari seronok2 leh layan big dedi dan macam2 bom, da jadi mud mata rata (Mud boring..). Sebab terlalu pandai, malam raya yang dia pilih nak tambah derita orang. SUWEY! Seksa la jiwa raga bakul batin aku menahan sedih dan marah. Aku xleh nak tunjuk depan famili sebab aku xsuka rosakkan mud orang yang tengah seronok2 wat prep. So buat sekian kalinya bermuka plastik la aku. Tobat seksa!! Saat2 macam tu, aku rindukan kawan baik aku. Kalo dulu, kat dia la aku bercerita dan dengar nasihat dia. Tapi skarang, aku lalui sendiri.. susahnye~ Duhai sahabat, dimanakah kamu...

Aku sendiri da xpasti pe gunanya blog aku ni. Sekadar tempat melepaskan marah, sedih ataupun kecewa je ke? Setiap kali aku melawat page aku sendiri, sumenye berunsurkan kekecewaan. It's not me! Nampak sangat hipokritnya.. Tapi tu yang terbaik. Aku xde tempat nak bercerita dan meluahkan. Memang aku ada sahabat baik tapi selama mana lagi aku nak ganggu life dia. Biarla dia bahagia dan jalani hidup aman di samping anak n hubby. *eceh!

sekali ter'emo la plak.. hehe. tapi memang betul wat?!

Bercakap pasal sedih dan kecewa, aku pernah rasa kecewa dan sangat sedih dengan sahabat aku ni. Sebabnye, sahabat yang bersama2 aku bertahun lamenye tu bagitau dia da jupe jodoh dia. Rase macam 1 bulldozer da hempap atas pale! Siyes! Aku rasa down yang amat2 sangat sebab aku xsanggup berpisah dengan dia. Kerana terlalu rapat, aku terasa tak puas menjaga dan enjoy life dengan dia. Aku xsedia langsung nak lepaskan dia sekaligus menyebabkan semua xtvt, keseronokan, caring dan sayang aku pada dia terputus. Kalo dia da kawen, maknenye dia da terpisah dari aku sebab laki dia lak yang akan jaga dia. Aku terpkir2 yang dia akan lupekan aku dan tak perlukan aku dah. Aku terbayang2 betapa sunyinya aku takde dia nanti. Sampainye hati dia nak tinggalkan aku... Aku amek masa yang sangat lama nak melepaskan dia. Aku anggap hubby dia perampas dan aku memang benci gile!! Tapi.. keputusan dia xberganjak.. Dia tetap akan berkawen. Aku merajuk dan menjauhkan diri dari dia semata2 cuba buat dia ubah fikiran tapi xberjaya. Aku penah terfikir nak putuskan hubungan sahabat tapi perbuatan tu DOSA! Aku kalah dengan pujukan dia sebab dia cakap

"kerana sayang kan ko sebab tu aku kawen. Aku xsanggup nak seksa ko bekorban untuk aku bertahun lamenye sampai ko xde life. Aku pun nak ko ade life sendiri. Kerana aku, ko akan stay macam ni. Relakan aku kawen demi ko dan aku. Kite xkan putus sahabat. Segalanya tentang ko, tentang aku jugak. Sayang aku xberubah pada ko even da terbahagi 2. Mungkin aku lebih sayangkan ko dari laki aku sendiri. Tu janji aku. So restukan la aku.. 4 the sake of our frenship"

Aku mengalah.. Buat sekian kalinya aku mengalirkan air mata masa majlis nikah dia. Aku xmampu nak duduk sebelah dia dan dengar upacara akad nikah tu berlangsung. Aku cuba redha, restu dan terima tapi hati aku terasa berat. Susahnya nak lepaskan dia. Tapi dia tarik tangan aku untuk duduk same2 masa akad nikah dijalankan. Bisikan merayu suruh aku stay dan bagi kekuatan dari ikatan persahabatan yang kitaorang da jalinkan bertahun lamenye untuk bersama meraikan hari bahagia dia. Aku cuba mengelak tapi makin kuat dia tarik tangan aku. Genggaman erat dari tangan yang berinai tu betul2 buat hati aku terusik dan tiba-tiba aku terasa yakin, dia takkan tinggalkan aku walaupun dia da beranak 10. Tu la komunikasi antara aku dan dia.. Cukupla sekadar memandang dan berbicara bahasa naluri, dan kami memahami antara 1 sama lain. Memang x sepatutnya aku bersikap macam tu. Sebagai sahabat, aku patut hepi bila dia da jumpa bahagia tapi aku xmampu.. Aku kehilangan saat2 indah aku dengan dia. Tu yang buat aku rasa bakal disisihkan. Tapi aku silap. Kawen xkan ubah ikatan persahabatan yang terbina hampir 10 taun lamenye.. Ju, aku da cuba yang terbaik.. aku da tunaikan janji aku jadi drebar ko masa ke majlis akad nikah dan stay kat sebelah ko sampai selesai akad nikah. So tibe2 aku ter'emo dan tinggalkan ko sekejap masa majlis berlangsung tu kire iklan je la eh?? hihi..

Well now, she's already have 2 children n live happily wif her hubby. Betul la, baby akan mengeratkan hubungan dalam 1-1 ikatan perkahwinan. Tempias 'mengeratkan' tu terkena kat aku jugak.. Disebabkan kelahiran baby Eisya, aku leraikan semua dendam dan perasaan benci aku pada manusia yang rampas sahabat. Ye la.. balik2 pun, dia tu papa baby eisya gak.. Thanx eisya sebab berjaya lembutkan ati Acik yang keras macam batu ni.

Memandangkan dia da hepi dan ada life sendiri, xpatut la aku bebankan dia dengan masalah dan luahan hati aku. Cukuplah dulu kitaorang pernah berkongsi segala2nya. Cukup la aku share bende2 yang menggembirakan dia je. Yang susah2, payah2 dan keperitan aku alami, biar la aku simpan dan selesaikan sendiri. Banyak lagi yang dia kena fikir since dia dah berkeluarga ni. So, aku bagi dia break.. Tapi untuk dia, aku sentiasa ada. Aku tetap buka ruang untuk dia berkongsi cerita dan masalah. Dun wori jue, janji aku kat ko aku xpenah lupa dan InsyaAllah aku xkan lupe. Selagi aku bernyawa, aku idup dalam ati ko n macam tu jugak dengan ko.

Jadinya blog ni la tempat aku bercerita. hrrmm~~ get use to it mr.blog...




No comments:

Post a Comment