Powered By Blogger

Thursday, March 10, 2011

aku rindu..

bila hati mula sayang, rindu pun sudah pandai bertandang..
aku pernah rasa macam ni satu masa dulu dan mula kabur sedikit demi sedikit dek kekangan masa dan jarak..
pernah terasa penatnya menanggung rasa rindu dan terpaksa menahan sakitnya bila rindu menjalar dan tak lekang dari hati..
kini, terasa seperti mula semula perasaan tu..
kenapa ye?
jawapannya mudah..
kerinduan yang tercipta ni kerana perasaan sayang yang memuncak dan ikhlas aku berikan padanya..
aku sangat menghargai kasih sayang yang dihulurkan dan aku pateri sekukuhnya dihati..
terima kasih kerana sudi mengenali aku yang serba tiada ni..
tak mahu berjanji kerana Allah lebih mengetahui setiap aturannya tapi aku cuba untuk mengikuti perancangan sebagai seorang insan biasa~ ketahuilah kamu, aku akan sentiasa menyayangi kamu dan sentiasa ada untuk kamu.
aku cuba untuk tidak mengecewakan kamu namun seribu kemaafan aku dahulukan sekiranya aku gagal dalam mengotakan kata.

kamu,
perkenalan kita ibarat baru mengorak langkah tapi kenangan yang tercipta sudahpun memenuhi volume 1 siri persahabatan kita..
aku sudahpun menempah lebih dari 10 volume siri berkenaan kisah persahabatan kita ni..
sudi tak kamu bersama aku untuk terus berkongsi pengalaman dan mencipta kenangan baru dengan aku?

kamu adik...
akak ikhlas menyayangi dan tak mengharapkan balasan.
sekarang akak sangat rindu..

No comments:

Post a Comment