Powered By Blogger

Sunday, March 20, 2011

I guess, it will forever be this way...

Penat dah rasenya nak mengeluh... mak cakap berdosa mengeluh ni tapi memang dah tak dapat tahan dowh~ berat sangat rasa beban kat ati perut ni..dah naik ke dada pon. tu sebab memang terpaksa mengeluh la jugak.. kalo la keluh kesah ni boleh dilepaskan ikut kentut, mau pengsan dah bebudak bilik ni sebab boleh dikatakan aku memang tertekan yang amat2 dan aktiviti membuang keluh kesah tu memang aku kena buat... tu kalau la semudah mengentutkan je kan? tapi tu la, dah Allah ciptakan jugak kejadian mengeluh ni, maka aku pon sebagai hambaNya yang khilaf dan lemah ni, memang akan mengeluh, nak2 bila ada je masalah yang timbul...
Makin hari, makin terasa ada betulnye pe Dr.Badli cakap.. aku tak mungkin mampu nak meneruskan study di sini apatah lagi nak bersaing dengan bebudak yang sememang fresh dalam bidang ni. Cuba la tepis macamana pon tapi sekarang aku da rasa kebenarannya. Dia tau la pe yang dia cakap dan ramalkan... Aku je yang cari pasal dan nak fight konon. Agaknye memang kebetulan je pe yang aku capai semester lepas. Satu kebetulan yang kononnya menaikkan semangat aku untuk terus ada kat sini dan sama2 bersaing dengan dorang. cehh! cari pasal betul....
sekarang ni yang kena tanggung rasa payahnye sape? aku jugak.... padan muke ko!
sesungguhnya aku betul2 terasa sunyi.... aku rasa hidup aku dah tak sama macam dulu. Siyes aku rindu nak jadi NUR HAYANI yang sangat nakal, enjoy dan betul2 mengamalkan prinsip motto "live ur life".. aku sangat bersyukur sebab setiap memori mengenai aku yang dulu tak hilang akibat dari eksiden tu. lega sesangat bila aku masih boleh menyusuri setiap kenangan tu tanpa hilang satu fragment pun.. kalau la boleh dibukukan setiap memori tu, aku mesti tergelak dan asyik tersenyum. Memang seronok jadi aku yang dulu. Memang la banyak suka duka tapi tu la yang jadi pengalaman. Pengalaman yang boleh aku kongsi dengan semua. Aku kan suka berkongsi... hehe.
Kalau la masa boleh diundur, aku nak betulkan semua. Tapi tu la kan.. berangan je la yang lebih. Yang lepas tu lepas la~
Aku rindukan setiap saat menjadi aku, aku dan kawan2 dan yang paling aku aku suka saat aku dan dia. Dia~ Dia la tulang belakang dan cheerleader dalam sume aktiviti yang aku terlibat. Dia la PRS, dia la tukang masak, dia la doktor, dia la manager, dia la sahabat dan dia la kesayangan aku dan sekarang aku sendiri tanpa dia. weyyyy!!! mane ko ha?? ko kan da janji nak besama aku selamanya! ni yang aku hangin ni..... :'(
Skang aku xpasti aku boleh jadi aku yang dulu atau tak.. macam da lost je~

Sumpah aku down skang. Semua prognosis dari diagnosis, da hampir jadi kenyataan.. I'm not belong here, tu la yang tepat! Sikap sombong dan perasan bagus sangat akhirnya memakan diri. Satu per satu keadaan buruk makin mendatang. Buat sekian kalinya, orang memusuhi aku. Aku tak pasti kat mana salah aku dan akhirnya aku dibenci lagi. Adilnya dunia ni untuk aku. Aku sedaya upaya nak permudahkan semua tapi akhirnya aku yang orang nampak sangat menyusahkan... :(

Dalam payah, aku rasa beruntung lagi sebab aku masih ada orang yang menyokong dan ada di samping aku.
Terima kasih abah, mak, abang, yana, ajeh, jae n iwan... keluarga darah aku sampai akhirat.
terima kasih juwita~ sahabat, kakak dan kasih aku sampai akhir waktu..
terima kasih mia, liyana, sal, yana dan yah~ adik2 akak sampai bila2..
terima kasih semua atas kasih sayang, kepercayaan dan sokongan.. Aku sayang korg semua.

Aku dah cuba yang termampu.. nampaknya memang aku tak berdaya. penat sangat dah~
i guess, it will forever be this way...


   

No comments:

Post a Comment