Powered By Blogger

Tuesday, March 8, 2011

mengenang budi~

Hati rasa terpanggil nak menulis lagi...  masa sebenarnya tak berapa ada tapi meronta-ronta sangat hati ni ni nak bercerita tentang tajuk ni. lepas macam-macam benda dah jadi, isu ni tersangat la 'sohor' sampai terpanggil nak menulis. topik kali ni 'mengenang budi'... 
teringat pulak pantun glemer dari kecik biasa dengar..
"pisang emas di bawa belayar,
 masak sebiji di atas peti,
 hutang emas boleh dibayar
 hutang budi dibawa mati.."
 tengok.. setakat ni kalo berhutang MARA, habeh2 kuat pon kalau xdapat bayar, penjamin boleh tolong bayarkan.. paling cikai kena tindakan pun:- saman masuk mahkamah, penjara @ blacklist.. tapi kalau da mula terhutang budi, mcmana? ada akta atau undang2 tak untuk mempertikaikan tindakan 'gagal bayar hutang budi' ni? kalau ada, senangnya kita nak terlepas dari perasaan serba salah akibat daripada makan budi lalu terhutang, kan?
Budi ni biasanya dikaitkan bila kita dalam keadaan kesusahan dan tersepit. Setinggi melangit pun ego yang kita dindingi diri, akhirnya runtuh bila kita terpaksa merangkak mintak bantuan orang lain demi melepaskan kesepitan tu. Ketika tu la semanis2 kurma.. eh! semanis2 muka, mulut dan suara dilontarkan demi mendapat simpati n empati dari orang... 
Nak dijadikan mujur pulak, insan yang dia 'gayuti' untuk bantu dia melunaskan masalah dan kesempitan tu, adalah insan yang sememangnya berhati basah dan sentiasa mahu membantu. Maka masalah dia akan selesailah sebentar lagi sebab insan tu pasti akan membantu. Selepas bantuan dihulurkan tanpa ada rasa belah bahagi, dan dia menyambutnya dengan rasa kesyukuran, dan itu lah dinamakan "sudah pun makan budi".. Kemudian fasa yang paling menyakitkan pun tiba bila selepas kesenangan dia peroleh hasil bantuan orang, dia lupakan dan niat asal yang diucapkan selepas dapat bantuan yakni "aku akan balas budi dia", sedikit demi sedikit pudar dari ingatan~ semudah tu jugak mulut akan mengungkap, "alah, bape sangat la dia bagi ritu?! aku tak heran laa..."
Nah.. terhutang la dia pada budi yang pernah orang hulurkan.. 
kalau setakat sorang dia nak makan budi dan berhutang, mungkin tak jadi beban sangat.. tapi kalau dah banyak orang? aiiii... jenuh nak membayarnye wehh!
Kadang2 bukan balasan budi jugak yang diminta. tak perlu la Budi dibalas Budi.. sebabnya kita tau, kebanyakkan budi yang orang hulurkan tu, tak dapat pon kita bayar. tapi sekurang2nya KENANG! 
Buat sekian kalinya kita buang ego kita demi mengenang kesenangan yang kita dapat dari orang yang menghulur tu.. tak susah langsung! kalau rasa xmampu nak mengenang, so bayar la! maksud aku, balas la budi tu semula... pun susah kan?
Jadinya, kalau rasa tak mampu nak kenang atau balas, tak payah la kita merengek2 mintak bantuan orang.. belajar la berdikari dan cari jalan nak setelkan masalah sendiri. Bebas hutang budi..
Terhutang budi lagi teruk dari berhutang emas tau...
fikir-fikirkan lah... selamat beramal!

No comments:

Post a Comment