Powered By Blogger

Wednesday, October 5, 2011

apa ada pada nama...

sambil2 belek status, gambar2 dan komen teman2 di laman sosial cyber, terlintas sekejap satu pertanyaan..
"macam2 nama orang sekarang ni.."
nak2 pada orang yang baru bergelar mak bapak.. nama mesti secomel baby yang dilahirkan. bersuku-suku kata dah bila menamakan anak. nak berbelit lidah pun ada. setiap pujian mesti datang dengan pakej~
" alah2 comeynye baby... nama pun dasat! nak berbelit makcik nyebutnye.."
 mesti bangga n kembang kencup daddy n mummy baru tu. siap ade definisi makna yang indah untuk nama terpilih tu.. untung la si anak. memang da jadi trend nama kena ikut arus pemodenan dan terkini. tapi sayang... nama dah datang berpakej dengan mksud nan indah, da lengkap pembuka, pertengahan dan siap penutup pun namun.. panggilannya tetap sekadar; 'baby', 'boboy', 'gurlgurl', 'danny', 'khyle', 'shasha'... laaaa... kalo da nak banyak tu je panggil, apsal panjang2 sangat bagi???? da sampai tergeliat atuk dan nenek nak panggil, tup2 banyak tu je tinggal.. wat penat je..
bukan nak mengata sebab pada nama aku sendiri pun sewenang2nya dipendekkan. tu yang aku sendiri tak dapat nak jawab. lepas dikaji (secara mudahnya la..), NUR HAYANI terlalu indah maksudnya.. 'cahaya kehidupan'.. aku suka maksudnya sebab hidup=live=survive.. aku ada pada semua ciri tu. aku anggap aku survival sehingga sekarang dan tersangat mahu hidup yang mampu memberi kehidupan kepada orang laen.. aku suka motto "live ur life" yang aku pegang berkurun tu.. sekurang2nya aku still boleh gembira sampai sekarang walaupun banyak benda dah aku hadapi. walaupun kebanyakkan orang pandang nama tu terlalu berbeza dengan pemiliknya tapi aku suka! aku suka cara abah menerangkan kenapa nama tu dipilih untuk aku.. dia nak aku hidup dan memberi kehidupan pada orang laen... teruskan menyayangi, mencari kasih sayang dan disayangi,  bolehkan?
aku suka apa yang ada pada aku dan aku harap aku xubah apa2..
so apa ada pada nama? lu pikir la sendiri...

No comments:

Post a Comment