Powered By Blogger

Tuesday, November 8, 2011

Breaking news~ our house has been ransacked!!!!

haha.. macam thriller je tajuk entry kan? memang breaking news pon.. da boleh dikategorikan termasuk dalam list hari2 bersejarah dalam hidupku.. semua perkara yang berlaku tu aku anggap ujian Allah semata. ye la, da dekat ngan exam cenggini, bila berlaku pulak benda yang tak terjangka (kalo da jangka, mesti dapat elak..) kiranya semua dalam ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap perancangan, kejadian dan hikmah disebaliknya. boleh dikatakan agak memenatkan bila terpaksa berhadapan kejadian macam ni lepas penat berlawan dengan klutch dan gear sebab jem dijalanan. tu da jadi satu hal.. tup2 datang lagi satu berita yang betul2 mengundang debar dihati.
" akak, umah kite kena pecah msuk. barang2 habeh ilang.."
astagfirullahlazim..... melalui list lisan yang mia bagitau, anggaran kerugian memang menjerihkan untuk didengar. mencecah hampir RM10K! Ya Allah.... mudahnya bila Allah nak tarik sesuatu nikmat tu. dalam kita menaruh sepenuh kepercayaan pada manusia yang digelar pak guard, tapi hal macam ni masih boleh berlaku. guard pebenda macam tu?!!! baik suh scarlet dan boypren dia je yg jaga pagar. kiteorng pon nampak hari2 dua makhluk Allah tu sentiasa ada kat area pagar. daripada pak guard yang asyik ngeram telo je. da macam ayam dok dalam reban! tak pernah pon nampak dorang gi ronda2. takkan jaga post guard dan pagar je? wahhh!!! mahal la gaji korg kalo cenggitu.. 12jam dok dalam pondok dan main henset. mana kepercayaan pada profession korang kalo macam tu? hiii.. banyak betul nilai etika yang boleh dipersoalkan. kemain lagi  merantai dan kunci pagar.. yang tu handal la sangat, tapi orang masuk xleh lak nak pantau. siyott btoi! bukan sikit2 anak barang yang ilang. setakat ilang laptop tu, standard la... kat surau pon leh ilang. ni set kamera DSLR siap ngan lens macam2 habeh kna hangkut. kamera digital hak kasih hati aku pon kena rembat.. lepas tengok list kehilangan, sumpah penuh tangan yang mencurik tu.. smpai beg skolah orang pon dorang sebat. (xcukup beg la tu.... bengong!) maka berjam2 la g dok kat balai utk repot. punye la special kes sampai 2 balai kena melawat tengah2 malam. lepas BBB kena g kajang lak. sebab? pegawai penyiasat balai BBB xde. (da tido ngulit bini kot?? hihi.. maaf tuannn.. guwau je).. lepas pegawai penyiasat datang dan buat keje dorg, baru la semua dapat tido.. kesian kat latt tido dalam trauma. kiteorng paham perasaan dia.. takpe latt, akk dan sume org ada. insyaallah kite saling menjaga. tak pasal2 je jae yang takde kena mengena dengan KIAM, merasa jadi mangsa keadaan gak.. amacam sis? sonok jalan2 sampai lewat pagi? hak3..
xde nasihat lain yang boleh dikabarkan dah selain, jagalah harta benda anda sebaik2nya. kurang2kan potensi untuk menjadi mangsa dengan meningkatkan security kendiri. kita da tak boleh meletakkan harapan dan kepercayaan pada individu yang berseragam security dah. kadang2 dorang suspek utama.

latt,sabar ye.. setiap kejadian ada hikmahnya. terima qada' dan qadar tu yang terbaik. latt masih bernasib baik sebab hanya barang yang hilang tapi latt masih selamat dari diapa2kan. tu pun dah tergolong dalam lindungan Allah lagi. syukur and appreciate it.

awak sayang..i'm sory for ur lost.. walaupun awak meletakkan harga barang yang hilang tu rendah dari nilai kehilangan latt, tapi saya tumpang simpati sebab saya tau bukan nilai RM yang jadi ukuran tapi nilai estics pada hak kepunyaan tu yang tinggi. i'm sory dear.. however sayang... saya masih bersyukur bukan awak yang diusik. besar sangat syukur saya .. keselamatan awak lebih utama dari harta.

mia dan sal.. jadikan ni sempadan dan tauladan. kita bernasib baik sebab takde barang yang berharga besar macam dorang, kita hilang. walaupun sal pnye beg kna rembat tapi rasanya tu xjadi masalah sangat kan? unless ada nilai estetika jugak, then i felt sory for u too. juz take care of our belongings and ourselves. akk janji akk jaga korg selagi termampu dan kita saling menjaga. anggap la ni ujian untuk jadikan kita lebih bersedia untuk kemudian hari..

Allah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. kami berserah dan terima ketentuanMu. ampunkan kami kerana sentiasa alpa dan leka sehingga kami diuji begini. Kami khilaf ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun.. kami terima qada' dan qadarMu. tiada yang lebih berkuasa selainMu ya Allah....

No comments:

Post a Comment