Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

akhirnya.. hari dinanti-nantikan tiba jua~

14 November 2011;

Akhirnya hari 'ini' tiba jugak. Kebanyakkan orang terutamanya yang bekerja pasti agak bermuram (pada yang suka bermuram laa..) sebab dikatakan 'monday blues'. Tapi pada yang bergelar calon SPM 2011 dan calon final exam di mestech, maka xde maknenya nak ngada2 sangat nak ber'monday'2 blues... HARI NI KORANG DA START EXAM BUDAK2 SEKALIANNNNNN!!! bukan masanya dah nak tertonggeng2 bangun lambat (pd candidate mestech) dan bukan masanya dah nak bertuisyen2 (pada candidate SPM). Hari ni la korang nak bukak semua empang ilmu yang pernah kita dapat dan belajar sepanjang satu semester/ tahun demi nak hadap exam ni dan curahkan la segala yang ada. (empang ke aku ada? mcm kolah plastik adam je aku rasa... hik3) Good Luck la semua.. All the best and may the best men and mind win...

Subjek microbe menjadi pembuka tirai final exam kali ni.. yerp mcm bese, tanpa rasa gugup sangat tapi xde la yakin mcm model plak aku melangkah masuk. dengan diiringi Bismillah, aku melangkah dan menyedut sedalam2nya udara exam dalam bilik LH1 tu. hurrmmm.... rase bese la jugak.. (haishh dasat btul aku ni.. buat la muke cuak sket kot ye pon..~). masuk memang sengaja dilewatkan maka dok tercangak2 la mencari tempat duduk yang bertuah tu. tup2 memang tuah pun.. haaa amek kau, dok la depan sekali mengadap dinding! hahahaha... da sampai nak tercium dinding dah aku rasa. however, no sweat pal... aku anggap tu la pembukaan yang tebaik aku dapat. dinding yang jarang disentuh tu akhirnya dapat gak merasa belaian aku sekejap2 sementara mencari idea.. (at least mai gak seketoi dua... alhamdulillah)

macamana aku berjalan masuk, macam tu la aku melangkah keluar.. still xde rasa gugup malah kelaparan la plak. pada aku, hari ni hari yang tenang dan lancar sebab satu paper da berlalu dan harapan nak makan ikan kembong bakar+kicap lada da pon tercapai.. ALHAMDULILLAH! jadinya apa lagi yang aku nak rungutkan? Allah da dorong segalanya mudah tanpa ada halangan untuk aku hari ni.. xde sebab aku nak bermuram durja.. jadinya leh la senyum je kan???

1 down 4 to go.. InsyaAllah kite semua boleh buat. macam bese, dah usaha kita doa dan tawakkal je la. tu la bezanya kita sebagai muslim berbanding agama lain. Allah masih bantu hingga saat2 terakhir sebelum kite melangkah ke dewan exam. janji doa, tu je.. jangan la sombong sangat sampai xperlukan pertolongan Allah. kot study smpai habeh ke kulit belakang buku skalipon, dari 4.0 flat yang kite target, Allah boleh tunggingkan jadi 0.4 tau dek keangkuhan kita. ingat tu... aku memang sentiasa beringat tentang ni dan sudi nak berkongsi saling memperingati..

korang semua yang aku sayangi:

awak sayang~ Good luck dear.. saya tau xperlu dipertikaikan lagi dalam usaha awak mengejar target awak. awak da buat yang termampu dan terdaya dan segala boleh dibuktikan di sini, disaat final ni. Make this semester, ur semester! terima kasih atas segala bantuan yang tak pernah susut dari awak. terima kasih sebab sudi mengheret saya sekali dalam pecutan terakhir awak ke garis penamat semester ni. terima kasih sebab tak meninggalkan saya walaupun kasut saya dah tercabut sebelah. TERIMA KASIH SAYANG! penat lelah awak tak dapat saya bayar walau dengan segunung emas sekalipun. saya doakan segala yang terbaik untuk awak. all the best!!

mia, latt & sal~ Good Luck korang.. dengan segala usaha yang korang da buat, korang tak perlu rasa takut. korang pasti boleh! akk kenal setiap satu pada kelebihan korang... buktikan pada semua ok?! kalahkan mana2 geng 4.0flat tuh.... pe la sangat dorang tuhhhh... ahaks! All the best dan melangkah la dengan kalimah Allah nnt. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama korang.. lalui final kali ni dengan tenang ok? Black crew sentiasa bersatu, yearghh!

untuk aku~ yakin la pada kemampuan sendiri. walaupun xdapat nak berdiri sama tinggi di podium 3.0 pointer tu tapi berbanggalah dengan kemampuan untuk jadi pesaing dan fight untuk bersama2 nak cecah podium tu. mana la tau, kot satu hari nnt aku leh gak panjat mata tangga podium tu jugak kan.... (walaupun sekejap). terima kasih semua atas galakkan dan dorongan. terima kasih mak dan abah sebab sentiasa ada dengan aku walaupun tau aku dalam kepayahan nak mengejar bebudak lain ni haa.. terima kasih wahai adik beradik yang sentiasa menggila dengan aku. aku tau korang pon ckp gud luck gak (dlm ati pon boleyyy).. terima kasih sayang atas segala yang pernah diberikan terutamanya Kasih Sayang awak!.. terima kasih adik2 black crew sbb masih bersama disini.. terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat maju jaya kat aku...

terima kasih Allah kerana memberikan kekuatan pada aku.

Good Luck semua!  

No comments:

Post a Comment