Powered By Blogger

Friday, November 4, 2011

terkejut+terkedu= sedih~redha

sesuatu yang tak terjangka, menjengah ruang masa aku hari ni.. mood yang tak berapa stabil sebab banyak sangat benda nak dibuat pada 1 masa diganggu plak dengan dering enset yang aku sendiri terlupa nak silentkan... sendiri rasa nak marah sebab sape ajelah yang ngacau tengah2 orang sibuk nak buat presentation. takkan la nak gak kol dalam waktu kelas. tapi tak jadi nak marah sebab yang kol tu abah dan nada suara agak berlainan masa memberi salam.. ada yang tak kena...
" pak anjang kita dah tak ada..."
pak anjang? pak anjang mana? xkan la........ tekaan memang tepat. dari getaran suara abah mengesahkan 'perasaan lain' yang aku rasa tadi.. Pak anjang awie yang sinonim dipanggil pak anjang pekan dah kembali ke rahmatullah pagi tadi.. innalillahiwainnailihirajiun... tak semena2 aku rasa perasaan aneh menjalar.. sedih! aku terasa susah nak terima, terkilan dan berasa serba salah sangat2 sebab aku tak mampu balik dan melawat untuk kali terakhir. dari suara abah tadi, aku paham perasaan abah yang kehilangan abang dan adik dalam masa selang setahun je.. berkali2 aku mintak maaf sebab memang xsempat nak ke pekan disebabkan masih dalam jadual dan ada kelas. abah cakap xpe dan jangan susah hati. dorang dalam perjalanan nak ke pekan. aku betul2 tak tau nak buat apa dan terasa lemah sangat.. kenapa aku masih xmampu nak bersama mak anjang dan keluarga sedangkan aku dah ada kelebihan kenderaan..
maafkan saya pak anjang.. terkilan rasanya tak dapat bersama, bacakan yassin dan menyentuh pak anjang untuk kali terakhir. tak sangka pertemuan 3 bulan lepas  merupakan pertemuan terakhir kita. Ya Allah, terkilannya hati ni...
mak anjang & mak anjang siti.. sabar dan tabahkan hati. kita hanya merancang tapi Allah pemilik segala keputusan.. jodoh kita dengan pak anjang sampai setakat ni je. kami tau mak anjang kuat.. kami sentiasa ada dengan mak anjang sampai bila2..

takziah buat faiz, iqbal, zarith, adam dan iman.. redhakan lah pemergian ayahanda. memang mengejut tapi kami tau kalian cukup tabah nak menghadapi kehilangan ni. kami turut merasakan mendung dalam keluarga ni sebab pak anjang ayahanda kami juga. dah sampai masanya korang bersatu dan saling menjaga.. Faiz lah ketua keluarga sekarang.. walaupun dah berkeluarga, zarith, adam dan iman memerlukan abang long mereka untuk tunjangkan keluarga semula. iqbal, mulakan la langkah dewasa dengan berfikir kepentingan adik2 dan ma.. adam dan iman terlalu kecik nak paham ni semua. kasihankanlah dorang yang masih perlukan kasih sayang abah tapi dah terputus disaat puting masih dibibir...

kami akan sentiasa merindui kamu pak anjang.. pak anjang sentiasa hidup dihati kami..

al-fatihah

1 comment:

  1. maafkan saya andai saya xdapat mengurangkan sedih hati awak...tapi saya menambahkan lagi sedih hati awak dengan perkara yang tak sepatutnya...tabahkanla hati awak..ada hikmah disetiap kejadian...bersabar dalam mencari hikmah yang tersembunyi..

    ReplyDelete