Powered By Blogger

Tuesday, January 11, 2011

2nd day of sem 2

KECOH!
Pagi2 lagi da berlaku kekecohan.. Pasal kelas yang dianjakkan waktunya dr petang bawak ke pagi dan akhirnya menimbulkan suasana yang berteraburan. Bila da gabung 2 kelas, memang la kelas jadi pack maka terjadilah adegan pinjam meminjam kerusi dari kelas sebelah.. Tengah2 sibuk dengan acara pindah memindah tup2 madam ajak pindah ke kelas sebelah pulak! adessssss..... pindah sekali lagi~ Tapi takde keluhan dari aku sebab aku anggap tu aktiviti sampingan je.. syok jugak awal2 pagi buat kecoh. hahahaha.... Hari ni kelas masih lagi suam2 kuku sebab kelas abeh awal disebabkan batal jugak kelas kedua... nak kata Yes pon xbleh sebab bila kelas awal2 da batal, mesti kelas ganti tu nanti terbawak2 ke akhir sem...

lepas abeh kelas terus merayau kua cari makan. bukan main jauhnye mencari makan sampai ke bandar baru bangi! hahahaha.. betul la cakap mak, aku xkan berubah! bila kaki da pijak pedal.. aku akan pejam mata dan biarkan tangan n kaki yang bawak kete tu untuk aku *pejam mata hati. kalo pejam mata betul2 satgi jadi 'sawi masak sos tiram' si savvy aku.. hahaha.. nauzubillah! mintak jauh la.. jgn la jadi pe2 kat kekasih aku yang kontot tu.. sayang dia! akibat me'raban' jauh sangat, aku hampir terlepas peluang nak mendaftar ko-ku 1st aid.. mujo la adik kesayangan aku dalam batch bachelor dengan rela hatinya mendaftarkan nama aku.. thanks sis! i owe u one..

Dan seawal kul 1 aku dah ada kat hostel.. lepak2 kat dewan sampai kul 3 dengan dik yana n dik yah. banyak jugak la benda dibincangkan. ermmm.... nape kali ni aku tak se'excited' dulu bile diberitahu kelas batal? skang aku da mula rasa kerugian bila kelas batal.. umm~ dah nak berubah ke aku???

well, ni je la xtvt untuk 2nd day.. harap esok xde la citer boring dah..

No comments:

Post a Comment