Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

mara oh mara..

penangan duit mara... dalam masa seminggu je aku da tengok macam2 barang dan gadjet paling latest ada di genggaman student mestech yang dapat cek sara hidup sem lepas.. banyak tau. RM4200! bayangkan pada sape yang tak pernah seumur hidup pegang duit lebih dari RM1000 tup2 dapat sedebak betul RM4200.. dasat sungguh perasaannya. waktu menunggu cek yang macam segan2 je nak kunjung tiba, semua da panas punggung. hari2 dok menonggeng kat kaunter finance sebab nak tau status "cek saya da sampai ke belum?".. sampaikan orang yang menguruskan bahagian pinjaman mara tu naik lemas dan terasa nak siram je budak2 yang asyik bertanya tu dengan minyak panas. Manusia bernama k.shima tu plak, time2 tu la nak nikah kawen. so tekanan sangat2. sume orang tertekan sebab ade peringkat2 untuk dapatkan cek. ada batch pertama yang dah dapat cek lepas final exam sem lepas, dorang da raya katak mengabiskan duit tu. orang batch brikutnya mestila tertanya2 bilalah turn dorang pulak nak merasa jadi 'OKB' plak. macam benda dah diangan2kan. lepas puas menunggu dan dah bertangki2 makian dan umpatan dikumpulkan, akhirnya impian tercapai.. CEK MARA SUDA MARI!!! nampak lah wajah2 ceria dan senyuman makin lebar sebab barang yang diimpikan macam dah sebelah tangan dalam jangkauan. betul telahan aku bila cek dah didepositkan dan cek dah ditunaikan, sepantas kilat malah lebih pantas dari kelajuan cahaya, mereka-mereka ini melunaskan hajat yang dipendam agak sekian lama.. ye, handset baru dalam genggaman, laptop baru diusung ke sana sini, pakaian baru dah menguliti badan, kasut baru mula menapak, gadjet2 lain yang tak penah nampak sebelum ni da mula bergayutan di sana sini. mungkin ada yang lebih advance, kenderaan baru! eh aku tak terlibat yea... tu bukan hasil duit mara.. tu kerana ehsan dan kasih sayang serta galakkan dari parents aku yang sangat aku cintai... so aku bukan tergolong dalam mempunyai barang serba baru hasil dari cek mara...
macamana penerimaan dan persepsi aku pada perkara ni? hahahaha.. aku dah ada pengalaman la. aku penah rasa macamana dorang rasa sekarang. menjadi shoplifter yang sangat dasat. baru dapat rm3riban je tapi macam2 aku beli. serik dowh! so bila kali kedua ni aku dapat, pada aku xde barang yang baru. cuma menaiktarafkan barang. ye aku da ade kesayangan baru dan aku perlu duit untuk maintenace dia. savvy hensem aku tu perlu dititik beratkan, phantom black the 2nd lover aku tu pon perlukan perhatian aku, aku masih perlukan 2 pasang kasut untuk melengkapkan keperluan. bukan untuk 'action' tapi aku ni kasar dan lasak orangnye, jadinya aku perlukan 2 pasang kasut untuk mengelakkan lusuh dengan cepat... keperluan kan?
belum pon sempat bulan kedua berganjak, ramai yang dah mengeluh sebab duit semakin susut tapi badan makin naik. hahahaha.. (aku la tu). bukan badan je tapi belanja untuk barang baru tu memang dasat. bila da beli handset dasat2, kena la beli kit kelengkapannya sekali kan? maklumlah, gadjet aje da bape harga korang beli. menganga aku dengar bile harga handset sama harga dengan maintenace tayar kete. korang biau betul?!! hehe.. takpe la, dah memang korang nak kan benda alah tu? puaskan hati masing2 tapi jangan menyesal. tak mengapalah, hak masing2.. asalkan korang ade reserve untuk sem depan dan bayar yuran, udah la..
mak n abah~ terima kasih sebab dah jadi MARA untuk kiteorang sebelum MARA bagi pinjaman pulak. aku dah dapat lappy, aku dah dapat blueberry yang aku idamkan, paling ultimate~ Savvy! aku tak perlukan swift, myvi, BLM or satria neo. Savvy cinta pandang pertama aku dan mendapat restu mak selepas aku pilih. semuanya sebelum dapat cek mara.. alhamdulillah, aku tak perlukan gadjet baru dah. tinggal aku nak belanja untuk life dan kelengkapan harian.. yang penting makan~ mak abah pesan makan biar cukup! jangan kerana barang lain, aku kebulur....

mara oh mara~ kerana kau orang tersenyum, kerana kau ada yang menangis....

No comments:

Post a Comment