Powered By Blogger

Friday, December 9, 2011

Ombak RINDU, RINDU berombak~

sekarang ni tengah hangat dok citer pasal Ombak Rindu. hari2 ada je status pasal movie yang boleh dikata berhantu la jugak skang ni kat wayang. yang da bace novel, da tentu2 nak tengok juge. yang tak penah tau cite tu dari adaptasi novel, menggagau2 jugak nak masuk panggung. ye la, dari trailer dan statistik terbaru kutipan untuk box office, dalam mase bape hari tayangan je kutipan da juta2. mesti la teruja dan meluap2 manusia nak g tengok. nak2 plak pelakon2nye mantap2.. (dorang cakap la.. aku ikut je.. hihi). dalam kehangatan orang dok memperkatakan kehebatan plot cite yang digarap oleh pengarah LBS hasil adaptasi dari novel tajuk ni, hati aku takde la rase melonjak2 sangat nak g nonton. terasa tawar je... mudah je jawapan kepada perasaan tawar heber ni; rindu aku lagi berombak! bukan setakat berombak je, da klua amaran tsunami pon.. sekuat2 badai ombak rindu kat wayang, menggila lagi tsunami di hati aku... :(.

aku tahan benteng kesabaran aku demi hari yang aku tunggu2 tu. memang la perancangan nak berjumpa tu tertakluk pada terma dan syarat serta ketentuan Allah tapi aku berharap sangat segalanya dipermudahkan. Ya Allah, perkenankanlah doa kami.. Amin.

p/s : teruskan berdoa ye, moge2 xde halangan utk kita berjumpa. miss u much!

No comments:

Post a Comment