Powered By Blogger

Wednesday, December 28, 2011

piu dan podium itu~

boleh tak kalau nak tersenyum lagi? ^_______________^
haaa... lebar kan senyuman katak tu.. hik3... bukan pe, xdapat nak mengekspresikan senyuman yang real kat sini. pakai ikon jadila. nape nak senyum lebar2 gitu? hihi... gembira la punye pasal asyik je~ eh, mcm kenal je gaya cakap tunggang tebalik ni.. hehe. yup! aku still dalam mood hepi, bersyukur dan macam kurang percaya. dek disebabkan kurang pecaye tu la aku skali lagi memiangkan diri bermain dengan e-citie. kali ni dengan lebih jelas dan besar 'font'nya berbanding skrin enset je... alhamdulillah kenyataannya masih begitu dan tiada perubahan. tak payah nak cubit dan lempang pipi untuk kepastian aku tak mengigau dan itulah keputusan final aku yang lepas..ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH! podium 3.0 pointer yang aku intai2 di entry aku yang lepas, akhirnya berjaya aku jejaki. biar pun dan setinggi mane but.. i made it! besar sangat maknanya pada aku yang sekadar underdog ni. dengan keputusan macam tu sekaligus meletakkan aku dalam CGPA yang selamat berbanding sem lepas yang tergelincir sket dan da cecah RED alert. phewwww lega!

dalam keadaan terkapai2 nak memahamkan setiap satu maksud pada nota, aku bertuah sebab ada yang sudi berada di sebelah untuk ajar, pupuk, bimbing dan buat segalanya untuk aku paham pe yang aku belajar. merata tempat kiteorang jelajah semata2 nak bagi aku belajar dalam selesa dan gembira. macam2 warna dalam nota yang dipetakan khas untuk aku... thanx God, it's work for me. terharu dan kagum betul aku dengan kesabaran dia nak gilap aku yang sedia berkarat ni. budi yang tak akan dapat dibalas dengan apa jua bentuk bayaran sekalipun! result kali ni la hadiah dari aku untuk 'sifu' aku yang tersayang tu dan untuk semua ahli keluarga aku..

mungkin pada orang laen kalau setakat banyak tu je, apelah sangat nak digembirakan tapi pada aku tak! cecahnye aku pd angka tu petanda aku da hampir pulih.. aku xde la bangang sangat lepas injured tu sampai ade yang memandang rendah pada kemampuan aku nak guna otak aku smula. sebenarnya terapi yang korang guna dulu tu xbest langsung.. tu pasal la aku ngamuk masa fisio. tu baru tengok2 kertas n gamba je da sampai aku ngamuk dan sakit pale. so skang takyah fisio2 dah sebab aku da ade physiotherapist aku sendiri. insyaAllah dia boleh bantu aku. dengan kasih sayang, kesabaran dan beribu cara dia nak 'training' otak aku pelan2, aku yakin aku boleh buat. aku harapkan usaha aku dan dia berbaloi dengan adanya izin Allah..

awak LR, macam saya cakap kat atas, tak ternilai sumbangan dan bantuan yang awak hulurkan. tak mampu saya nak sain mana2 cek demi nak bayar segala penat lelah awak. boleh tak agaknye kalau saya teruskan menyayangi awak sampai bila2 pun? boleh tak saya bersama awak sampai tiada noktah sekalipun? infinity la maksud saya.. boleh tak??? awak, terima tak keputusan hasil dari ajaran awak tu sebagai hadiah? awak berjaya polish piupiu awak ni tau.. awak patut berbangga dan letak dalam resume : "antara kejayaan yang pernah dicapai - mengajar si injured otak sehingga berjaya capai target.. subjek medic tau. ingat senang ke?!" haha... terima kasih sifu! sayang dan chenta sifu saya sampai mati.

buat famili yang tersayang, terima kasih atas dorongan yang tak pernah putus, ni pun dikira hadiah dah untuk smua... sem depan aku cuba lagi, insyaAllah! ^_______________^

sekian la entry gembira+tak pecaya+tapi pecayalah+terima kasih yang tak terhingga.. akhirnya podium itu piupiu berjaya panjat. nnt kite panjat same2 ye sifu?

p/s : infinity love~ LRNH

No comments:

Post a Comment