Powered By Blogger

Tuesday, January 3, 2012

bila manusia jadi setan..!

astaghfirullahala'zim..astaghfirullahala'zim..astaghfirullahala'zim.. ampunkan aku Ya Allah sekiranya aku mula lalai dan leka. sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah dan tak lari dari kekhilafan..

sebenarnya aku nak marah sangat masa tulis entri ni. perasaan marah bercampur2 dengan sedih, kecewa dan patah hati. aku tak paham nape manusia ni mudah sangat lupa daratan. bila berkisarkan kisah pangkat, darjat dan harta, semua jadi punah.. keluarga jadi pecah belah, masyarakat berkecai2 jadi macam bukit kna bom. semuanya sebab apa? sebab nikmat dunia la! syurga dunia ni la yang jadi rebutan sampai berperang2 sedangkan yang kekal abadi kat sana xde sape nak amek peduli sangat. ni la akibat daripada Islam hanya pada IC dan keturunan. kopiah songkok atas pale pon mudah2 je jatuh ke tanah dan dihenyak2 dengan kaki.. kecewa betul aku!

kelmarin aku jadi saksi pada kisah tragis mangsa ketamakkan orang. da lame aku nak datang melawat tapi dek kekangan masa, baru skrg aku berkesempatan ke rumahnya. seribu kemaafan aku pohonkan pada insan ni yang terlalu hebat dimata aku. budi yang penah dia curahkan, xkan dapat aku balas sampai bila2 pun. orang yang aku panggil aki bedul@atok ni aku pernah iktiraf dia sebagai lelaki gagah. yup! nak tau nape? tahap kecergasan dia melangkaui orang muda2 sedangkan ketika aku kenal dia lebih rapat, umur da cecah 70-an. sumpah gagah! masih larat buat macam2 kerja dan merayau serata2 alam lagi. orang laen kalo da cecah umo 65 ke atas, semua da pencen dan nak rhat je tapi atuk n nek wan tak... dorang sedaya upaya dan selagi ada kudrat tu la dorang teruskan bekerja. kagum betul aku pada kesungguhan dorang dalam menjalankan tugas. dedikasi dan keikhlasan bekerja yang dorng tunjuk masa dalam megaforce security betul2 buka mata aku. aku jadikan dorang idola veteran aku tau... aku adore kebolehan atuk yang fasih berbahasa cina dan tamil tu. dia xpandai membaca da menulis tapi tu lah kelebihan yang Allah bagi pada dia, terang hati dan cerdas minda. aku sendiri yang belajar sampai ada diploma, cakap melayu pon trabur lagi. malu derr.. atuk dan nek wan jugak tersangat la pemurah dan tak lokek pon dengan aku. panggilan cucu tak penah lekang dari bibir dorang memperkenalkan aku pada sape pon walaupun aku hanya cucu pada pangkat sahaja.. banyak da kenangan masa dia sihat yang aku share bersama..

tapi sekarang atuk da tak macam dulu.. tak segagah dulu dah. bergenang air mata aku bila bersua semula kelmarin. atuk da berubah sangat2.. da pudar sinar ceria walaupun dia cuba tersenyum. alhamdulillah dia masih ingat aku dan jae. "cucu atuk da datang.." terkedu aku bila berdepan dengan atuk yang dulu sangat tegap berdiri dan asyik ketawa ceria je, sekarang da transformed 100%. atuk da lumpuh sebelah badan dan dengan sisa2 tenaga yang ada tu la dia cuba berjalan menghesot2 sambil bertongkat. Ya Allah, berat benar dugaan Kau buat hambaMu itu. atuk da semakin lemah dan perlahan.. bak kata nek wan, da dekat sebulan atuk tak makan.. petanda ke tu? berat mata memandang, berat lagi beban digalas atuk. tak larat rasanya aku tengok atuk mengheret kakinya yang da hilang fungsi tu demi dan berjumpa aku. luluh hati aku! atuk masih kenal aku dan cuba sedaya upaya berbual dan bergurau. aku sambut gurauan dia walaupun dada da perit menahan tangis. itu bukan atuk yang aku kenali dah....

aku luangkan masa 2 jam di rumah atuk dan nek wan, berkongsi ape je cerita yang ada. terkilan dan terasa jahatnya aku sebab menyempitkan masa untuk berjumpa dorang. terasa derhaka dan tak mengenang budinya aku pada orang yang besar jasanya pada aku dulu. maafkan saya atuk dan nek wan...

atuk, saya doakan dengan sisa umur yang ada pada atuk tu, atuk gembira walaupun kesihatan makin pudar. bersabarlah dengan dugaan yang menimpa dan kekuatan atuk meneruskan hidup menjadi inspirasi saya.
nek wan, ketabahan wan dalam menjaga atuk turut saya sanjungi. takde contoh terbaek yang boleh saya ikuti selain kekuatan dan pengorbanan wan dalam menjaga atuk.. terima kasih tak terhingga pada jasa dan budi yang pernah atuk dan wan berikan pada cucu ni. saya amat hargai dan takkan saya lupakan sampai mati.

pada manusia setan yang teringin sangat jadi ahli neraka tu, tahniah la berjaya menjatuhkan dan menganiaya saudara kandung sendiri sehingga dia sesiksa tu. tak mengapalah.. ragut la kesihatan dan nyawa dia selagi ko mampu demi harta yang jadi tinggalan dunia tu je. selamat mencari kemaafan dan keredhaan orang bile ko nak mati nanti! harap2 kubur ko xde masalah tak cukup tanah plak disebabkan ko sibuk2 sangat nak bertanah banyak. Gud luck evil..

No comments:

Post a Comment