Powered By Blogger

Thursday, January 5, 2012

bye 2011, welcome 2012~

berakhir la sudah tahun 2011, tahun yang agak keramat buat aku sebab nombornye yang cantik tu.. cantik la sebab sekian lame aku tunggu 20.11.2011 (sebut doploh sbelas, doploh sbelas), akhirnya bertemu jugak. hihi.. sebenarnya ada harapan yang pernah disimpan dari dulu lagi tak berjaya dikotakan pada tarikh keramat tu. tarikh yang boleh jadi kenangan tapi da terlepas pon.. ah kesah plak! nombor je kot?! pe la sangat.. lagipun kita hanya merancang tapi Allah pemilik segala keputusan. life goes on gak, hihi!

ermm... secara ringkasnya pe yang dah berlaku sepanjang 2011, ermmm.... aku berada dalam semester 2 & 3 la dah. terasa serba lengkap dah. permulaan tahun 2011 dimulakan dengan bermulanya khidmat si savvy kat aku. haaaa.... ibu segala permulaan la tu. (bape banyak mula daaa...) however, that was the most awesome present dari parents untuk aku dan akan aku kenang sampai bila2. thanx mak n abah! 

2011 was the love year for me! say what??? yup! it was the beginning of love story dan disepanjang berada di 2011, hati aku tak pernah kemarau dari rasa sayang dan rindu. tak tahu dari mana mulanya rasa macam tu tapi hakikatnya mmg ia berlaku. prinsip 'live my life' yang aku pegang selama ni memang betul2 berlaku. rite now, my life is more alive colored by love air.. suka, duka, ketawa, menangis, gurau, senda dan beberapa perkataan berlawanan yang laen jadi warna2 dalam hidup aku sekarang. kehadiran dia bukan sekadar mengisi kekosongan tapi membawa sejuta kebahagiaan untk aku. dia berjaya bukak hati aku untuk buang jauh semua persepsi negatif tentang subjek yang aku anggap asing memandangkan aku bukan dari aliran ni... ironiknya, aku boleh buat! terima kasih krn prcya pd kemampuan aku dan terus jadi faktor penggalak aku. sape ye orang yang aku sebut2kan ni? it's u LR.. 

dalam 2011 jugak bermacam2 xtvt yang dah aku buat bersama. tak keterlaluan kalau aku katekan, 2011 pemula segala aktiviti berduet kami, since smua org da nampak aku sntiasa dengan dia, so kebanyakkan xtvt, orang pasti nampak aku dgn dia juga. hihi.. best couple la katekan. tahun 2011 boleh dikatakan tahun aktif utk kami berdua. dia pun ada kenangan manisnya jugak.. jadi ahli JPM la antaranya. aku tumpang bangga dengan kejayaan dia tu. she deserved it. tahun tu jugak tahun kiteorng bersukan KSSU dan dabel joy sbb aku dan dia tetap bersama. pe lagi eh? owh, aku jugak diberi kesempatan jadi OC untuk orientasi bebudak baru and it was an awesome moment! terima kasih atas peluang yang diberi, sayang... sebenarnya banyak lagi aktiviti bersama tapi biarla aku dan dia je yang simpan dalam lipatan kenangan kiteorang...

dan penutup yang terindah tahun 2011 adalah datangnya daripada limpah kurnia kasih serta rahmat dari Allah yang tak pernah surut kepada hambaNya ini dan disertakan dengan himpunan kasih sayang yang terindah dari si pemberi kasih dan jugak dari ahli keluarga yang abadi di hati. aku berhak tersenyum pada kali ini... alhamdulillah, akhirnya podium itu aku berjaya jejak.. terasa tak cukup dengan ucapan terima kasih pada si dia yang bertungkus lumus mengheret aku skali dalam rally final tu. segalanya terasa berbaloi... terima kasih sayang, love u infinity.. sem depan kite buat lagi ye?

maasalamah ya 2011.. ahlan wasahlan wamarhababikum ya 2012...

azam aku mudah je.. teruskan legasi azam2 yang lepas dimana aku yakin tak semuanya berjaya aku capai. Doa aku untuk tahun baru ni moga2 Allah sentiasa bersama aku lagi dan sentiasa mendengar doa2 yang aku panjatkan. aku teringin skali lagi jejak kat podium tu but next time, aku nak jejak bersama2 dia, insyaAllah.. harapan aku jugak semoga kasih itu tak pernah putus dari dia dan akan terus menyayangi aku. bolehkan LR?

2012, here i come. be nice to me...




No comments:

Post a Comment