Powered By Blogger

Friday, February 24, 2012

kau pergi jua~

innalillahiwainnailaihirajiun....
Lebih kurang jam 3 pagi pada 23hb.Feb.2012, aku dah pun kehilangan seorang insan yang sentiasa menang dalam hati aku. Selepas setahun lebih menanggung kesakitan, akhirnya atuk@ aki bedul pergi meninggalkan kami semua. Aku terkedu seketika demi nak mengesahkan sms dari abah yang masuk awal pagi kelmarin. Atuk dah xde.. aku ulang memo pada sms tu, "atuk dah xde? siyes??" takkan la abah nak main2 plak.. so betul la berita tu. janji mesti aku kotakan. aku takkan terkilan lagi. gegasan balik untuk melawat untuk kali terakhir mesti aku buat. menziarah atuk perkara paling penting berbanding apa2 majlis pun. maafkan aku sahabat2 semua.. aku dan yana tak dapat bersama korang semua sbb kasih sayang dan hormat aku pada atuk melebihi segala2nya.

perjalanan balik dirasakan agak lama dek kesesakan biasa di KL ni. tapi harapan untuk sempat sampai sebelum atuk dikebumikan memang la tinggi. walaupun ada sedikit terkilan sbb tak sempat jumpa buat kali terakhir tapi sekurang2nya aku mmg da jumpa atuk sblm ni.. pada aku he still the same even dalam kesakitan. bukan nak jadi kejam tapi pada aku, biarlah atuk pergi dari terus menanggung kesakitan yang susah nak jumpa ubatnya tu. atuk da boleh berehat sekarang... kenangan2 bersama atuk dan wan berlegar2 je dalam fikiran dan bibir ni tak teragak2 langsung bercerita kisah2 kiteorang dulu.. share la dengan saya ye awak, cuba lah kenal atuk yang saya sayangi ni melalui cerita2 saya.. he's my man..

walaupun aku tak sempat nak tengok wajah atuk tapi susuk tubuh di sebalik kafan tu memang aku kenal. tubuh yang tegap suatu masa dulu tu la yang sentiasa menemani aku dan tak lokek tenaga buat apa kerja sekalipun. begitu jugak sikap ceria dan pemurahnya buat aku gembira dan terasa memang aku ada atuk yang sebenar. dan aku yakin, disebalik kafan tu jugak, wajah atuk mesti setenang dia sedang tido.. atuk, saya mengalirkan air mata disaat jenazah atuk lalu didepan mata saya kelmarin bukan kerana saya sedih dan meratapi atuk tapi kerana saya tau sekejap lagi terputus la hubungan kita dan kita dah dipisahkan antara dua alam. saya rindukan atuk dan terdetik rasa terkilan sbb tak sempat menyentuh atuk sblm atuk dikafankan. saya pun tak sempat nak bacakan yassin di sisi atuk dan bersama2 menemani atuk sblm atuk dikebumikan. atuk, rasakanlah kehadiran saya di tanah kubur atuk sebab saya hadir mengiringi bersama ke stesen terakhir dunia atuk tu. tu je la tanda penghormatan saya buat kali terakhir buat atuk...

atuk, tenang la di sana. kami di sini tak meratapi atuk supaya atuk tak terseksa. kami tetap merindui atuk dan kenangan kita sentiasa subur di hati. jasa dan kasih sayang atuk tak pernah saya kuburkan. nama atuk sentiasa meniti dibibir. begitu jugak dengan wan. korang berdua terlalu hebat di mata cucu ni. terima kasih pernah menjadi atuk saya sehingga saya buang perkataan 'sedara' dan meninggalkan hanya ATUK pada panggilan tu. kasih sayang yang diberi bukan sekadar dari atuk sedara tapi seperti atuk sebenar... saya xkan lupa tu atuk. doa saya xkan putus buat atuk.

buat manusia yang berhati setan tu, harap perasaan puas dan kejayaan tu berada dalam genggaman dan menyelubungi hati.. mangsa yang dituju dah pun penat berperang dengan 'hantaran' ko. amek la seberapa banyak pun harta yang dihajatkan tu dan kami doakan ko pun dapat menghembuskan nafas terakhir semudah atuk.. aku cabar! bersahabat la dengan iblis tu puas2 dan moga2 iblis tu dapat ajar ko cara nak ngucap nnt. oh ye, sediakan tanah banyak sikit tau nnt, takut xcukup. wasiat la pada ahli keluarga yg laen. takut nnt mengaibkan diri sndiri plak sbb tanah xcukup 3 tan nak kambus ko. gud luck!

atuk, saya tetap sayangkan atuk dan merindui atuk selamanya.. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment