Powered By Blogger

Saturday, March 10, 2012

sahabat...~

apa beza kawan, rakan, teman dan sahabat?
pada aku maksudnya hampir sama iaitu seseorang atau beberapa individu yang tiada pertalian darah yang berada di samping kita untuk menjalani hidup ni bersama. tak kiralah berapa umurnya, jantinanya, bangsanya; asalkan kita saling mengenali, cukup la sebagai mendefinisikan ikatan itu. tanpa kita sedar, dari kita lahir sampai la umur yang ada sekarang, koleksi 'kawan' itu mungkin da menjangkau ribuan.. ye lah, bape ramai dah kite kenal manusia laen selain adik beradik sendiri.. klisenye kite akan sebut.. 'kawan aku tu...', 'rakan kelas dulu2..' pe level status kawan ni? pernah dengarkan pepatah ni; "kawan tu masa berada".. habeh bile kite dah tak berada? mane dorang pegi?? amacam.. best tak ada kawan?

teman, macamana plak entrepretasinya? sape plak sahabat?

malas la nak bagi definisi teman ni.. xde la best sgt jadi teman pd seseorang.. pe yang kita semua dambakan adalah.. SAHABAT. susah oo nak cari manusia yang kite boleh jadikan sahabat. nak berkenalan dan berkawan tu senang tapi nak naikkan iktiraf tu jadi sahabat, aduuuuu sikit punya susah beb! takat nak menyakitkan hati kawan, carutkan aje dah leh gaduh besar dan putus kawan. tapi ngan sahabat ni, carut2 dan bertumbuk pon belom tentu dapat retakkan ikatan persahabatan apatah lagi memutuskan. macam tu sekali tingginya persefahaman dan kasih sayang sesama mereka. elemen penting yang ada dalam ikatan ni, KASIH SAYANG. tu sebab ade gak pepatah utk sahabat; " sahabat ibarat sebutir permata di tengah padang pasir; sekali terjumpa, digilap, dicanai sehingga berkilat dan disimpan sebagai harta yang tidak ternilai harganya" haaaa... macam tu sekali nilainya seorang sahabat disisi kita. dah kite anggap mahal macam tu, tak sayang ke???

persoalan yang perlu kita jawab bila nak ada sahabat: mampukah kita jadi seagung itu pada manusia lain? mampu tak kita menjaga perasaan, zahir dan batin seorang sahabat tanpa mencalarkan walau segaris luka sehalus lembar benang di hatinya? mampu tak kita memelihara maruah dan keselamatannya walaupun hebat dikacaugugat oleh anasir luar? mampukah kita pertahankan pertalian agung itu dan menjadi sahabat sebenarnya dan bukan sekadar pada nama? ikhlas tak dengan nama Allah, kita dalam berkongsi kasih sayang dan segalanya yang ada dalam ikatan persahabatan tu? mampu tak kita berlaku adil dalam bersahabat?

mampu tak???

jangan salahkan sesiapa jika sahabat mula menjauhkan diri..
jangan bertanya kenapa ikatan tu mkin pudar..
jangan bersedih sekiranya simpulan itu dah mula longgar dan akhirnya terlerai..
sebab.. kalau kita jawab MAMPU pada semua soalan di atas,
maka kepedihan dan kesedihan takkan berlaku...

pada diri aku yang serba kekurangan ini, jawapan MAMPU itu hanya boleh aku janjikan dengan InsyaAllah...  aku cuba buat yang terbaik demi persahabatan yang aku simpulkan talinya. maafkan aku jika ada yang merasakan simpulan aku terlalu kuat sehingga meleraikan simpulan orang lain... semuanya kerana takdir yang menemukan aku dengan insan itu...

p/s : utk awak, jadi sahabat saya sampai ke akhirnya ye?

No comments:

Post a Comment